Bintang kontroversi, Serge Aurier sekali lagi menimbulkan kontroversi, di mana kali ini dia menganjing Oleksandr Zinchenko.
Baru baru ini Zinchenko menyatakan bahawa dia akan sanggup berhenti bermain bola sepak pulang berjuang untuk mempertahankan negaranya jika dipanggil.
Kenyataan itu disambut dengan nada sinis oleh Aurier. Di mana dia meminta pemain itu berhenti berdrama dan pulang sahaja ke negaranya sekarang.
Zinchenko yang kini tinggal di UK, menegaskan dia sanggup meninggalkan kehidupan mewah dan selesa di negara itu jika Ukraine memanggilnya untuk mengangkat senjata.
Bekas pemain pertahanan Spurs itu yang kini bermain untuk Galatasaray menuduh pertahanan Arsenal itu cuma berdrama.
Sebelum ini ramai pihak melabel Zinchenko suka menangis untuk kamera.
Beberapa tahun lalu, ESPN melaporkan petinju sensasi Ukraine, Vasiliy Lomachenko telah pulang ke negaranya untuk menyertai barisan tentera yang berjuang di medan perang.
Mungkin Aurier mahu Zinchenko seperti itu agaknya. Aurier menulis: “Sudah sudah la berdrama tu, hentikan drama kamu, dan balik segera ke negara kamu tu. Seorang sukarelawan sejati tidak perlu tunggu orang panggil pun, pergi sahaja.”
🗣️ Serge Aurier calls out Oleksandr Zinchenko after claiming he would fight for his country:
"A volunteer doesn't need to be asked, just go." pic.twitter.com/1iq4CMVHjx
— Football Talk (@FootballTalkHQ) April 8, 2024
Negara Zinchenko diceroboh Rusia sejak Februari 2022. Dengan Zinchenko secara peribadi telah menyumbang £1 juta kepada kemanusiaan di negara kelahirannya.
Zinchenko sebelum ini menyatakan bahawa dia memang nak balik untuk angkat senjata berjuang untuk negaranya. Namun keluarganya menasihatinya agar kekal sahaja di UK dan berjuang dengan cara lain untuk membantu negaranya.
Minggu ini Zinchenko menegaskan bahawa dia tidak takut untuk berada di tengah medan perang. Dia berkata kepada wartawan BBC: “Jawapan saya jelas, saya akan pergi berjuang jika negara saya perlukan saya dan panggil saya.”
Zinchenko akui sukar untuk menerima apa yang berlaku di negaranya. Di mana ramai rakan rakannya di bangku sekolah kini terlibat dalam mempertahankan tanah air mereka.
Pada awal kariernya, Zinchenko pernah bermain di liga Rusia dan mengakui lama sudah tak berhubung dengan bekas rakan sepasukannya di sana. Namun sekarang ada beberapa rakannya di sana dahulu telah menghantar mesej sokongan kepadanya.
Oleksandr Zinchenko: Arsenal footballer would fight in Ukraine if called up https://t.co/ut6sADLtfx
— BBC News (UK) (@BBCNews) April 4, 2024
“Sejak pencerobohan itu ramai yang mesej saya dan saya tidak boleh salahkan mereka kerana ini bukan salah mereka. Takkan saya nak minta mereka keluar ke jalanraya dan melakukan protes. Itu akan membuatkan mereka dipenjarakan.
“Saya tak akan lupa apa yang Rusia telah buat kepada kami, kepada rakyat kami. Dan saya akan ajar anak anak saya tentang perkara ini. Dan anak anak saya nanti akan ajar pula anak mereka. Apa yang dilakukan mereka ini tidak boleh diterima.”