Australia Lebih Rela Bayar Denda RM1.15 Billion Berbanding Menganjurkan Sukan Komanwel 2026

Sukan Komanwel 2026 kini berdepan risiko akan ditunda ke 2027. Sukan Komanwel adalah sukan yang melibatkan negara negara bekas jajahan British.

Dan edisi 2026 adalah edisi ke-25 sukan tersebut. Malangnya kini, Sukan Komanwel 2026 masih tiada penganjur.

Ianya selepas tuan rumah yang dipilih sebelum ini, Australia telah menarik diri daripada penganjuran sukan tersebut.

Australia lebih rela membayar denda USD234 juta ataupun sekitar RM1.15 billion berbanding meneruskan sahaja usaha menganjurkan sukan itu.

Hal ini kerana perkiraan terbaru dibuat oleh kerajaan negara itu mendapati bahawa kos keseluruhan penganjuran akan mencecah USD7 billion atau sekitar RM33.12 billion.

Banyak faktor yang diambil kira oleh negara itu yang kini sama seperti kebanyakan negara lain di dunia, dalam fasa untuk membangkitkan semula ekonomi pasca pandemik,

Konfederasi Sukan Komanwel (CFG) kini membuka peluang kepada mana mana negara yang mahu menganjurkan sukan itu.

Namun buat masa ini masih tiada negara yang sanggup untuk mengambil alih. CFG sedia untuk terpaksa menunda sukan itu kepada tahun 2027 jika masih tiada penganjur yang berminat.

Buat masa ini CFG masih memikirkan solusi untuk penganjuran sukan Komanwel 2026 ini.

Situasi lebih malang apabila Kanada pula turut menarik diri daripada membida hak penganjuran Sukan Komanwel 2030 hanya beberapa minggu selepas Australia berbuat demikian.

Ianya selepas Menteri Sukan Kanada, Joseph Schow mendedahkan anggaran kos untuk penganjuran sukan itu adalah C$2.7billion atau sekitar $2b billio (RM9.42bn).

Ia dianggap liabiliti yang terlalu tinggi untuk kerajaan pada ketika ini.

Delegasi pembida hak penganjuran sudah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka meminta maaf kerana tidak dapat meneruskan bidaan tersebut.

Kanada merupakan calon utama untuk menganjurkan sukan itu pada 2030. Memandangkan tidak banyak negara Komanwel yang ada kuasa ekonomi yang baik dalam penganjuran sukan itu.

Banyak faktor diambil kira oleh Kanada. Isu tiada tajaan yang besar atau serta gagal mendapatkan hak penyiaran yang mampu memberikan pulangan modal kepada penganjuran telah menjadi isu utama.

Analisis pakar menunjukkan risiko kerugian mencecah 93% yang akan merugikan pembayar pembayar cukai.

Kerajaan merasakan lebih baik wang itu dilaburkan di sektor lain. Ini ditambah dengan bebanan hutang negara tersebut yang agak tinggi ketika ini selepas pandemik.

Baca yang lain