Kisah sebuah percintaan tragis tentang cinta yang tidak berbalas dalam lagu Sk8ter Boi nampaknya bakal ke layar perak tidak lama lagi.
Sk8ter Boi merupakan salah satu naskah legenda milik Avril Lavigne. Ianya mengisahkan seorang ballerina [penari balet] yang meminati seorang budak skater, tetapi terpaksa menolak cinta lelaki itu kerana dia tidak fikir dia tidak sesuai untuk dirinya yang popular.
Baru-baru ini, Avril Lavigne mendedahkan rancangannya untuk membuat filem yang diilhamkan oleh single hit “Sk8er Boi”. Filem ini dijangka akan ditayangkan bagi memperingati ulang tahun ke-20 lagu itu.
Dalam siaran podcast She Is the Voice di iHeartRadio, Avril bercakap tentang album baharunya, yang kembali kepada genre pop-rock alt dan dibantu oleh Travis Barker.
Dia juga mengimbau kembali album debut 2002 Let Go yang membawa kejayaan kepadanya.
Terima kasih kepada dua lagu hitsnya, “Complicated” dan “Sk8er Boi”, kata Avril yang menghargai lagu yang membuatkan dia digelar ratu pop punk.
Bercakap kepada Lisa Warden, Avril berkata: “‘Sk8er Boi’ kekal sebagai lagu kegemaran untuk dinyanyikan di konsert.”
Avril Lavigne kemudian mendedahkan bahawa ketika dia membuat persembahan di televisyen, pasti ada orang yang akan memintanya menyanyikan lagu tersebut.
Lantas dia mengerti betapa istimewanya lagu itu, bukan hanya kepada dirinya, namun kepada para peminatnya.
Avril Lavigne to turn Sk8er Boi into a film for song’s 20th anniversary: “I’m going to take it to the next level” https://t.co/uSBvZQlk39 pic.twitter.com/UiIHsNVM5M
— Kerrang! (@KerrangMagazine) December 15, 2021
Oleh itu Avril bertekad mahu membawa ianya ke layar perak.
“Saya mahu membawanya ke dalam filem,” tambahnya.
Bagaimanapun, Avril tidak mengesahkan sudah mendapat lampu hijau untuk menerbitkan filem tersebut atau mengulas lebih lanjut tentang projek itu.
Avril kemudian menerangkan: “Lagu ini mengisahkan tentang seorang budak skater dengan penampilan “seram” yang sukakan ballerina di sekolahnya.”
“Gadis popular itu sebenarnya meminatinya, tetapi menolak lafaz cinta crushnya itu kerana terlalu mementingkan status sosial.”
Avril Lavigne is making Sk8er Boi into an actual movie and our teen selves are screaming pic.twitter.com/RR08I9ssoO
— boohoo (@boohoo) December 15, 2021
“Siapa sangka, lima tahun kemudian, budak yang disangkanya tidak okay itu menjadi bintang terkenal dan sering muncul di kaca TV.”
“Balerina itu pergi ke konsert bekas crushnya itu dan mengenang kembali kisah cinta mereka pada masa lalu.”
“Sementara itu, teman wanita baru lelaki skater itu menyindir seorang wanita yang memandang rendah kekasihnya dahulu.”
Ini bukan kali pertama “Sk8er Boi” dipertimbangkan untuk adaptasi skrin besar. Malah pada 2003, Paramount Picture pernah menyuarakan minat mereka mahu menerbitkan filem cinta remaja berasaskan lagu itu.
Malangnya ketika itu tiada siapa pun yang sanggup menulis jalan cerita dan skripnya.