Avril Lavigne: Ratu Punk Rock Kanada Yang Menjana RM104.3 Juta Ketika Berusia 18 Tahun

Avril Lavigne adalah artis yang memiliki adaptasi zaman serta konsep yang sangat baik.

Avril memulakan karier muzik secara serius ketika berusia 17 tahun lagi. Dia memang sudah dikenali dengan gaya dan kemampuan vokal yang sangat mantap.

Pada 2008, Forbes menyenaraikan Avril sebagai artis ke-7 dalam ranking artis nama besar dalam pembikinan.

Ketika itu Avril lebih kepada artis punk rock yang berimej tomboy.

Jika anda merasakan setiap benda di dunia ini memerlukan guru profesional untuk anda bermula untuk menjadikan anda hebat dan berjaya, tunggu dulu.

Avril melakukannya dengan self taught ataupun belajar sendiri. Dia belajar gitar, piano dan dram dengan sendirinya. Tak perlu dia upah guru muzik profesional!

Jangan pulak kau nak jadi doktor dengan youtube pulak. Ini untuk bidang teknikal macam muzik, sukan ke, kau nak berjaya dalam perbahasan ke, bolehlah kau bermula dengan asas kau dan minat mendalam.

Avril belajar semua itu ketika kecil dengan rakan-rakannya. Ala macam kau dulu belajar kod gitar dengan lagu anthem wajib untuk budak jamming, hidup bersama.

Avril gemar membawakan lagu yang dicipta dirinya sendiri kerana ia lebih jujur dan straight to the point. Seorang yang berani dalam meluahkan apa yang dia rasa di dalam liriknya.

Pada 2002, anak muda kelahiran Kanada ini berjaya memiliki album sendiri diberikan nama Let Go.

Album yang sangat cepat seperti mekuri untuk melonjakkan nama Avril Lavigne. Perkembangan muzik punk dan imej gotik ketika itu membuatkan Avril cepat diterima peminat sebagai punk-girl yang menjadi sweetheart oleh peminat remaja.

Ianya sesuai dengan citra pendengar ketika itu.

Dari gadis kepada wanita punk rock!

Album Let Go mendapat 6 platinum. Selepas itu, Avril meneruskan cengkamannya dalam industri dengan album ke-2, Under My Skin yang menerima 3 platinum.

Lagu Nobody Home antara lagu yang menunjukkan kualiti vokal Avril yang semakin baik. Sustain dan gegaran suara termasuk falsetto yang sangat baik kawalan vokalnya.

Avril dianggap artis terbaik pernah dilahirkan Kanada sebelum munculnya artis yang menjadi kegilaan korang  Justin Bieber. Maaf, abang kurang sikit dengan JB ni.

Pada 2007, Avril menghasilkan Album The Best Damn Thing. Transisi Avril menjadi semakin matang seiring dengan usianya. Muzik yang lebih baik susunannya dan lebih variasi.

Menariknya, Avril berjaya melakukan transisi itu di dalam muziknya.

Lagu Girlfriend menjadi single pertama diperdengarkan kepada peminat sebelum album keluar.

Ramai peminat masih merasakan Avril akan bergantung kepada imej remaja ala-ala lagu Sk8er Boy, kau tengok tajuk pun dah dieja macam budak wicet.

Jika ini berlaku, Avril tidak akan mampu meluaskan audien beliau. Namun mengejutkan, lagu When You’re Gone menunjukkan satu sisi yang berbeza.

Gaya lebih matang dan alunan lebih mendayu.

Jika dalam album sebelum ini beliau ada menghasilkan lagu, i’m With You yang juga slow tetapi lirik lagu tersebut sangat straight.

Ramai akak-akak yang sebelum ini tak kisah pun pasal kehadiran Avril ni mulai mendengar muzik Avril Lavigne.

When You’re Gone pula memperlihatkan lirik yang lebih matang dan bunyi vokal yang lebih kepada seorang wanita yang dah bersedia nak berlaki.

Pada 2011, Avril memberikan naskah Goodbye Lullaby yang masih mampu dijual 2 juta salinan di seluruh dunia.

Avril menampilkan vokal lebih garang dengan lirik yang lebih matang.

Tetapi beberapa lagu seperti What The Hell masih membawa peminat Avril sejak album pertama terbang bersama beliau untuk menikmati alam gadis punk dan ala-ala remaja lepak dekat time square.

Kesemua album tersebut dijual lebih 35 juta salinan dan banyak kali album beliau sold out termasuk di nengara yang payah nak nyanyi orang putih iaitu Jepun.

Dan hampir kesemua tour Avril, tiketnya sold out.

Beberapa singles Avril dijual sebanyak 20 juta unit secara keseluruhannya. Antara yang paling menyengat Don’t Tell Me. My Happy Ending, The Best Damn Thing dan Girlfriend.

Girlfriend adalah single Avril paling berjaya dengan lebih 7.3 muat turun. Itu tak kirang lagi yang haram, tu rasanya jauh lagi banyak.

Tapi ada beberapa lagu yang kurang glamor di arus perdana sangat sedap. Antaranya seperti I Don’t Give yang menjadi lagu selalu dinyanyikan Avril Lavigne di mana mana persembahannya.

Tidak lupa juga lagu seperti Mobile yang bagi aku memang sangat best. Santai dan vokal yang menyerlah.

Selepas lama menyepi, pada 2012, Avril menerbitkan album yang dinamakan dengan namanya sendiri (self-titled).

Tahun 2012 juga Avril pernah datang ke Malaysia tau tak. Lavigne juga menulis untuk artis lain. Antara lagu yang ngetop adalah Breakaway dinyanyikan oleh Kelly clarkson.

Beliau memberikan lagu itu kerana ketika itu katanya lebih ngam dibawa oleh Kelly Clarkson yang ketika itu naik mendadak namanya selepas kejayaan di American Idol.

Muzik Avril semakin mendapat perhatian dan diikitiraf dengan beberapa lagu Avril menjadi runut bunyi dalam filem seperti Eragon, Sweet Home Alabama, Bruce Almighty, Legally Blonde 2, The Princess Diaries 2, The House Bunny, dan paling padu dalam Alice in Wonderland.

Avril memiliki beberapa jenama di bawah beliau termasuk fesyen, wangian dan banyak lagi.

Tanggungjawab Sosial

Walaupun dikenali dengan lirik lagu keras dan imej punk, Avril sangat aktif dalam kebajikan. Berjuta wang disumbangkan Avril dalam Avril Lavigne Foundation.

Avril lebih banyak menumpukan kebajikan untuk kanak-kanak yang menderita penyakit kronik dan kelainan upaya.

Pada 2013, Avril berkahwin dengan Chad Kroeger (Nickleback). Sebelum itu Avril sudah bekerjasama dengan Chad dalam beberapa projek dan akhirnya jatuh cinta.

Namun pasangan ini berpisah pada 2015.

Tahun yang sama, Avril memberitahu yang dia sedang menderita Lyme Disease.
Kini Avril masih bertarung dengan masalah kesihatan beliau!

Namun pada 2018, beliau mengumumkan comeback selepas teruk terkena penyakit kronik itu.

Beliau kemudiannya mengeluarkan single Head Above Water dan beberapa lagi lagu untuk mengumumkan semula kepulangannya ke arus perdana.

Imej yang lebih matang namun tetap Avril Lavigne yang kita kenal dulu.

Avril Lavigne kemudian tampil dengan satu projek bersama Nicki Minaj. Di mana dia membawa lagu Dumb Blonde.

Ianya disambut dengan gembira para peminatnya. Avril kembali aktif bertemu peminatnya dengan beberapa persembahan pentas.

Hanya ada 1 Avril Lavigne

Vokal dan gaya muziknya sangat kita kenal. Aksi Avril di atas pentas jarang menghampakan.

Ketika peak nya, Avril Lavign Avril Lavigne mengumpul kekayaan USD25 juta / RM104.3 juta pertamanya ketika berusia 18 tahun pada tahun 2004, dengan sekitar USD14.8 juta ataupun RM62 juta daripadanya adalah hasil daripada album Under My Skin.

Pada 2020, Forbes melaporkan nilai kekayaan Avril Lavigne adalah di paras USD50 juta walaupun dia lama tidak beraksi di pentas nyanyian kerana berehat sebelum itu.

Avril Lavigne antara artis yang sangat baik persembahan live termasuk akustik.

Suaranya yang nyaring dan sebutan vokal yang jelas menjadikan Avril selayaknya menjadi artis.

Avril adalah artis yang sangat sinonim dengan punk rock dengan imej wanita yang meminati color pink.

Jika Kurt Cobain adalah grunge! Avril Lavigne adalah queen of punk rock yang pernah menjadi trend setter!

“I would say just be yourself. Do what you want to do and don’t let anyone change you. Know who you are as an artist and where you want to go stylistically and stick to your guns. Fight for who you are.”

– Avril Lavigne

lavigne almbum

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang