Bintang bola sepak Brazil, Kaka sering dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak paling kacak dan baik hati.
Bukan sahaja penampilannya, pemain tengah menyerang itu terkenal kerana kepantasannya, kebolehan menggelecek, dan kehebatan menjaringkan gol.
Dalam kerjayanya, Kaka bermain untuk kelab terkemuka Eropah seperti AC Milan dan Real Madrid. Dia juga dipilih untuk mewakili skuad juara Piala Dunia 2002 dan juga bermain dalam Piala Dunia FIFA 2006.
Dia adalah salah seorang pemain yang paling menonjol bersama-sama seperti Ronaldo dan Ronaldinho – ketika era mereka.
Kaka juga seorang yang alim dan kuat pegangan agama. Pemain seperti Alexander Pato pernah berkongsi cerita bagaimana di AC Milan, Kaka digelar budak gereja atau orang gereja oleh pemain di sana kerana dia tidak suka bersosial di kelab mala,, kaki perempuan, atau berjudi, minum arak dan sebagainya.
Pato berkata: “Ketika saya tiba di AC Milan, saya didekati oleh Ronaldo (R9), dia meminta saya memilih untuk masuk kumpulan mana. Dan beliau [R9] memberikan saya majalah Plaboy dan berkata: ‘Kau nak join kumpulan aku, ataupun kumpulan orang kuat agama Kaka? Yang ada benda benda macam gereja di dalam loker di bilik persalinan’.”
Alexandre Pato:
🗣️ “I entered AC Milan's locker room at 17. Ronaldo gave me a Playboy magazine and said 'be in my group or in Kaka’s (the religious one)." 😂😂 pic.twitter.com/idh8U5UvnF
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) April 9, 2020
Pato tidak menceritakan mana satu pilihannya. Korang rasa?
Ronaldo adalah pemain yang gemarkan parti sama seperti beberapa pemain Brazil yang lain ketika itu.
Beliau adalah pemain penyerang terbaik di dalam generasinya dan antara pemain terbaik sepanjang zaman.
Namun kariernya dimusnahkan oleh kecederaan dan masalah berat badan beliau yang semakin sukar dikawal.
Kaka pula memang dikenali dengan sikapnya yang kuat pegangan agama. Beliau sendiri pernah menyatakan, tanpa keajaiban dari Tuhan, dia mungkin sudah tidak ada di dunia.
Hal ini kerana, pada usia 18 tahun beliau terjatuh di kolam renang dan mengalami cedera pada tulang belakang.
Beliau hampir meninggal dunia pada ketika itu. Mujur keajaiban membolehkannya hidup dan berjaya menjadi pemain bola sepak.
Kisah Kaka direject isterinya atas alasan ‘awak terlalu baik untuk saya’
Pada tahun 2005, Kaka berkahwin dengan kekasih dari zaman sekolahnya, Caroline Celico di Sao Paulo. Pada tahun 2015, kedua-duanya mengumumkan perceraian di media sosial. Kini, Caroline telah mendedahkan sebab menarik di sebalik perceraian mereka.
Alasan Caroline adalah kerana Kaka terlalu baik untuknya dan lelaki yang sempurna tiada kekurangan sebagai suami. Dia tidak suka kerana Kaka langsung tidak pernah menyakiti hatinya.
“Kaka tidak pernah mengkhianati saya, dia melayan saya dengan baik, dia memberikan saya keluarga yang indah, tetapi saya tidak gembira, ada yang hilang.
“Masalahnya, dia terlalu sempurna untuk saya,” kata Caroline Celico dipetik daripada laporan Daily Mail.
🚨🗣️ Kaka's ex-wife (on why she divorced him back in 2015) : "Kaka never betrayed me. He treated me well, he gave me a wonderful family." 👀❌⬇️
"But I was not happy… something was missing. The problem was, he was too perfect for me." 😳
Kaka's ex wife revealed the reason she… pic.twitter.com/pB7FEkgBfN
— Scarlett Audrey (@scarletAudrey10) April 13, 2024
Pada 2019, Kaka mengumumkan pertunangannya dengan seorang lagi model Brazil Carolina Dias. Namun tidak lama selepas itu Caroline berkahwin dengan Eduardo Scarpa Juliao pada 2021.
Membuatkan Kaka ditinggalkan perempuan sekali lagi. Cuma kali ini tidak pasti sama ada alasannya adalah sama, ‘awak terlalu baik untuk saya’. atau sebaliknya.
Bekas juara Piala Dunia Brazil, Kaka mengumumkan persaraannya pada 2017. “Saya sedang bersedia untuk meneruskan bola sepak dan mempunyai peranan berbeza, tetapi saya tidak lagi menjadi pemain profesional, seorang atlet,” katanya kepada televisyen Globo ketika itu.
“Saya ingin mengambil bahagian dalam kelab dalam peranan yang lebih kepada seperti… seorang pengurus, pengarah sukan — seseorang di antara padang dan kelab.”