Awek Jude Bellingham Didakwa Seorang Call Girl

Teman Wanita Jude Bellingham dilaporkan telah bersama dengan ramai lelaki lain daripada golongan elit. Dan kini dia bersama pula dengan Jude Bellingham.

Call girl adalah wanita yang memberikan perkhidmatan khas menemani pelanggan mereka.  Ada yang menggelarkan golongan ini sebagai pelac*r kelas atasan.

Dan Ashlyn Castro dilaporkan seorang call girl. Dia didakwa sudah menemani beberapa selebriti dan tokoh sukan yang menggunakan khidmatnya. Ini termasuk Jamie Foxx.

Ashlyn dikatakan ada akaun di laman escort orang kaya di Dynastyseries.com.

Ashlyn dilaporkan pernah bersama dengan bintang F1 Lewis Hamilton, bintang NBA LaMelo Bell dan Treance Mann. Sebelum dia kerap menjadi peneman kepada  Jamie Foxx dan ramai lagi.

Dia malah pernah muncul dalam video klip Drake yang menampilkan Justin Bieber.

Kemudian barulah dia berpacaran dengan Jude Bellingham yang kini merupakan pemain Real Madrid dan pasukan kebangsaan England.

Pasangan tersebut muncul di hadapan umum ketika Bellingham berada di tempat duduk penyokong menyaksikan Real Madrid vs Girona.

Ibu Bellingham turut bersama dengan pasangan tersebut pada ketika itu. Malah ada yang berspekulasi bahawa daripada raut wajah ibu Bellingham dia tidak suka akan wanita itu.

Ramai peminat Jude Bellingham mencadangkan agar pemain itu meninggalkan sahaja wanita itu.

Namun pihak Ashlyn Castro kemudian tampil mempertahankan bahawa wanita itu tidak pernah menjadi call girl. Dia selalu berdamping dengan selebriti lain dan ahli sukan yang lain hanya sebagai kawan.

Ashlyn dikatakan memiliki ramai rakan dari kalangan atlet dan juga selebriti Hollywood.

Rakan Ashlyn, Brian Parker yang juga jurugambar peribadi wanita itu menjelaskan bahawa gambar gambar Ashlyn telah diambil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dari Instagramnya dan digunakan untuk membuat fake profile di laman web Dysnasty Series.

Parker berkata: “Foto dalam laman web itu adalah daripada Instagram Ashlyn. Ashlyn tak pernah terlibat dengan mana mana web dewasa macam yang kamu laporkan.

“Semua foto yang anda tulis ‘foto terkini’ adalah foto lama dia di IG. Dan semua orang boleh melihatnya.

“Ashlyn seorang yang sangat ramah. Saya tak tahu kenapa ramai tak puas hati dengan dia. Dia hebat. Saya dan Ashlyn baik baikk sahaja.”