Awek Lamine Yamal Mengamuk Kantoi Curang Secara Live Streaming

Teman wanita Lamine Yamal, Alex Padilla telah kantoi curang ke atas pemain itu. Di mana Alex Padilla telah duduh di atas riba jantan lain ketika berseronok bersama mereka.

Ketika dirakam, Alex Padilla sempat memarahi lelaki tersebut menyatakan bahawa, video itu akan memberikan dia masalah. Lelaki tersebut membuat sesi live streaming mereka sedang berparti dan berpesta pora.

Alex Padilla yang kemudian teperasan bahawa detik dia sedang diriba itu disiarkan secara langsung telah memarahi lelaki yang bernama Izan Fernandez: “Kau ni bongoklah, kau ni buat aku mampus ni hanat.”

Ya, kerana Alex Padilla sedar video itu akan membuatkan dia kehilangan Lamine Yamal yang merupakan bintang bola sepak Barcelona dan hero Sepanyol. Pemain yang bakal menikmati kontrak bernilai puluha jutaan euro selepas ini daripada kelab dan tajaan jika dia terus cemerlang di atas padang.

Video tersebut cepat tular. Dengan peminat Barcelona menyindir Alex Padilla: “Ini bukti perempuan itu sukar diduga. Dia membuang rumah mewah, kereta mewah demi seorang lelaki yang nampak seperti anak manja [spoil brat].”

Sementara yang lain pula menyatakan bahawa, Alex Padilla akan menyesali perbuatannya yang tidak setia dengan pemain tersebut.

Selepas video tersebut tersebar, pasangan tersebut, Alex Padilla dan Lamine Yamal dilaporkan saling menyahikut antara satu sama lain. Membuatkan peminat berspekulasi bahawa mereka berdua sudah putus. Sebelum ini mereka berdua seringkali memuat naik gambar di lokasi yang sama.

Sebelum ini mereka akan berahsia tentang hubungan mereka. Namun ketika Sepanyol meraikan kejuaraan Euro 2024, Lamine Yamal dilihat menjemput aweknya itu datang masuk ke padang bersamanya.

Lamine Yamal akan kembali semula ke Barcelona untuk menyertai pasukan tersebut yang dikendalikan oleh pengurus baharu Hansi Flick. Musim lalu dia menjadi pemain utama Barcelona dan Sepanyol.