*Gambar Neymar dan Lisa sekadar hiasan*
Seorang wartawan Brazil yang palatao, telah mendedahkan bahawa Neymar dan teman wanitanya ada satu kontrak hubungan sosial yang pelik dan sangat terbuka atau dibenarkan untuk curang.
Di mana teman wanitanya tidak kisah kalau Neymar bersama dengan dengan wanita lain asalkan dia tak mencium wanita itu di bibir.
Dan satu lagi syarat, ketika Neymar berhubungan fizikal dengan aweknya, Neymar harus menjadi seperti Tejo yang memakai alat kontrasepsi.
Itu antara syarat syarat dalam kontrak tersebut menurut wartawan itu. Berita itu cepat menjadi perhatian media besar lain seperti Daily Mail.
Neymar and his girlfriend ‘agree THREE bizarre conditions that allow the PSG star to be unfaithful’ https://t.co/yoCZN8JrRf pic.twitter.com/sSHK9EtuPo
— Daily Mail US (@DailyMail) June 20, 2023
Neymar kini berpacaran bersama teman wanita baharunya, Bruna Biancardi. Dan wartawan itu mendedahkan bahawa Neymar benar benar menyukai syarat tersebut yang dianggap rahsia antara Neymar dan aweknya sahaja.
Neymar was accompanied by his girlfriend Bruna Biancardi the moment he attended the wedding of his friend Chris Gueddis 😍❤️ pic.twitter.com/KIqEHgLPZ0
— Sportsman of the year (@savageoflagos) June 20, 2023
Neymar memang terkenal dengan kontroversi di dalam dan di luar padang. Malah penaltinya ketika dia bergelar pemain remaja di Santos boleh membuatkan FIFA koyak dan mengharamkan teknik yang digelar paradinha itu.
Beberapa bulan lalu, peminat PSG meminta Neymar berambus. Mereka berkumpul di hadapan rumah Neymar. Ianya kerana Neymar dikatakan suka berfoya foya ketika dalam proses pemulihan kecederaannya.
Dia malah suka tidur lewat kerana bermain poker di atas talian.
Lebih mengeruhkan keadaan Neymar mengetik like pada post yang menyatakan bahawa PSG hanya kelab kecil berbanding Neymar, ketika peminatnya mempertahankan pemain itu daripada cemuhan penyokong PSG.
Ketika bercuti, Neymar baru baru ini dilihat bersama dengan Bruna Marquezine di Miami, ketika dia sedang bercinta dengan Biancardi.
Kisah cinta Neymar dan ibunya memang agak kontroversi. Sebelum ini ibunya pernah bercinta dengan lelaki lebih muda daripada Neymar. Dan Neymar sempat meraikan percintaan itu dengan menghadikan lelaki itu hadiah. Malangnya cinta ibunya dengan pucuk muda itu tidak lama.
Kini netizen pelik kenapa Neymar dengan terbuka menunjukkan dia bersama wanita lain.
Menurut laporan wartawan wartawan Eran Bastos dari media Em Off Brazil, sebenarnya Neymar memang dibenarkan bersama dengan mana mana wanita dia suka. Asalkan dia tidak bercumbuan di bibir dengan wanita tersebut.
Dan kalau Neymar melakukan hubungan fizikal dengan aweknya, Neymar diminta menggunakan alat perlindungan pada kerisnya. Kerana teman wanitanya tidak bersedia lagi untuk beranak.
Seterusnya, teman wanita Neymar sama sekali tidak boleh menjalinkan hubungan dengan mana mana lelaki.
Teman wanita Neymar pantas menyerang wartawan tersebut. Dan dia terus memaparkan mesej dia kepada Erlan Bastos di media sosial: “Di mana kau menemui cerita sampah yang kamu sebarkan kepada dunia ni sayang oi? Perjanjian apa ni?”
“Berikan bukti kalau ada! Jika kau tak tunjukkan bukti, bersedialah kau menerima surat saman yang besar untuk kau pikul nanti.”
Wakil kepada Neymar sendiri menyatakan bahawa berita itu palsu belaka. Neymar malah sedang merancang untuk memiliki anak dengan Bruna Biancardi.
🚨🇧🇷Neymar again, is the subject of claims of infidelity.
⁉️The PSG star who is expecting his first child with Bruna Biancardi is alleged to have had a fling with a Brazilian influencer known as Fernanda Campos.
❌The player’s camp has already denied accusations of cheating. pic.twitter.com/4nGceVRF8d
— David Ben (@_davyben) June 18, 2023