Axello Bertemu Dr Zul: Kisah Naskah Merah Dari Pajam Ke Putrajaya

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Dr Zul) dikenali dengan gayanya yang santai melayan anak muda di media sosial apabila tiba ke bola sepak.

Sesunggunya beliau disenangi dan dihormati ramai kerana gayanya yang tidak terlalu protokol ketika mendekati golongan muda yang meminati bola sepak.

Semua orang tahu Dr. Zul meminati Liverpool dan menjadikan Mohamed Salah sebagai pemain yang dia minat lalu banyak menceritakan tentang pemain itu di media sosial.

Saya pula hanyalah penulis sukan, yang bergelut bertahun tahun membina audien, untuk mendengar hujah bola sepak.

Beberapa tahun yang dulu, di KPLM segalanya bermula. Ketika mereka meminta aku mencari nama pena aku pilih Axello. Aku sentiasa tak tahu nak terangkan macamana. Dan aku boleh katakan ia bukan kerana moto Suzuki Axelo.

Tak pernah pun aku fikir apa maksud di sebaliknya. Namun hari ini, Dr. Zul menyatakan dia merasakan memilih nama tu sebab minat Brazil agaknya dan meminati nama pemain bernama Marcelo.

Seorang bek sisi yang bagus dan berderet kejayaannya dengan Real Madrid.

Beberapa minggu lalu, naskah sulung aku berjudul, Liverpool Mahkota Eropah berada di pasaran. Perancangan awal nak menjadikannya naskah untuk dijual di PBAKL.

Namun isu wabak yang melanda global membuatkan ianya dibatalkan tahun ini. Lalu kempen menjual buku banyak aku gerakkan di media sosial.

Pada suatu hari, tiba insan berhati mulia memperkenalkan dirinya Mohamad, memberikan idea untuk aku menghantar naskah buku itu ke Putrajaya.

Lalu aku meminta alamat Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Nama yang menjadi kebanggaan akau selaku fans Liverpool. Aku bangga kerana seorang insan penting di negara aku merupakan penyokong Liverpool macam aku.

Lebih uniknya, beliau sebelum ini merupakan mufti Wilayah Persekutuan dan kemudian dilantik menjadi Senator. Besar tanggungjawab beliau, dan ianya lebih daripada sekadar tugas kepada bangsa dan negara. Malah beliau berbakti untuk agamanya.

Banyak post Dr Zul yang sebelum ini memberikan kepercayaan bahawa Liverpool akan beroleh kejayaan jua selepas ini.

Siapa sangka Liverpool musim lalu menjadi juara UCL dan tahun ini menjadi juara EPL.

Berbalik kepada nama Axello itu, reaksi aku tetap sama dengan. Aku sentiasa tak tahu nak terangkan macamana. Dan aku boleh katakan ia bukan kerana moto Suzuki Axelo.

Mohamad menyatakan, apakata aku sendiri menghantarnya kepada Ustaz. Lalu aku terus teruja. Dan memang bak kata orang, kecil tapak tangan, stadium Pajam aku tadahkan.

Lalu, ia mulai memberikan aku harapan. Aku cuma diamkannya, tak berkongsi dengan korang. Kerana Mohamad berkata dia perlu memberitahu Dr. Zul.

Dan tidak lama kemudian satu mesej masuk bertanya: “Bila Axello free, pada hari bekerja?”

Selepas bersembang berkali kali ibarat Sporting Director dan ejen pemain yang membincangkan kontrak. Maka klausa dipersetujui, Jumaat.

Dia menyatakan: “Kalau dulu senang je nak jumpa YB. Asal dia ada di ofis, boleh terus jumpa dia. Sekarang ni beliau dan jadi Menteri, kekadang jadual dia padat dan sebab itu kena set betu betul.”

Aku faham, dan aku tak kisah. Kerana aku tahu bukan kecil tugasan yang digalasnya.

Lalu aku berkongsi cerita itu dengan jejaka bernama Bukhari Othman yang selama ini, Shah Rafi ingatkan dia dah ada anak tiga. Tetapi ternyata dia masih bujang dan aktif mencari calon.

Sambil bercerita dengannya, aku dan menjadi teruja dan excited.

Lalu mengesahkan bahawa kita set masa 9 pagi.

Barulah aku berani share screenshot menyatakan bahawa Dr Zul sebenarnya pernah membaca analisis aku pasal Liverpool.

Masa tu ada la korang menunjuk gambar korang bertemu Dr Zul. Aku mulai mengetap bibir. Korang tunggu, Jumaat ni aku pun ada gambar dengan beliau.

Aku tak nak kongsi awal sebab saja nak bagi kejutan. Namun satu perkara yang jelas, aku akan expect Dr Zul akan tanya, kenapa ambik nama Axello? sebagai nama pena.

Aku sentiasa tak tahu nak terangkan macamana. Dan aku boleh katakan ia bukan kerana moto Suzuki Axelo. Itu benda yang terus berada dalam kepala aku.

Awal pagi ini (7 Mac 2020), aku dan beberapa rakan aku bergerak ke Putrajaya. Kau bayangkan, aku baru habis menonton Liverpool dan tidur sekejap terus gerak ke Bangi untuk berkumpul di sana.

Si Bukhari tak mengapa, dia segar sebag Liverpool kalah. Dia adalah jiwa Man United sejati.

Lalu kami bertolak ke Putrajaya. Dengan agak tergesa gesa bak cik Jimi.

Setiba di sana kami dialu alukan dengan baik. Rasa macam tak percaya. Semua pegawai di sana sangat ramah dan mesra.

Lalu masanya pun tiba, beliau yang baru menyatakan dia adalah peminat Liverpool dan Kedah itu, meminta kami masuk dan bertemu dengan Dr Zul.

Kaki aku rasa terketar. Tak pasti itu aura ke-19, errr EPL ya ataupun sebaliknya.

Sebelum masuk, Mohamad memberitahu aku bahawa Dr Zul memang minat bola dan dia memang nak mendekati golongan muda.

Tetapi Dr Zul mahu bergurau dengan santai tanpa ada yang terasa seperti dibuli secara siber dengan troll yang berat.

Kebetulan, aku berpegang dengan cara yang sama. Aku tak suka troll yang melampau dan serangan peribadi di media sosial.

Mohamad pula menyatakan bahawa beliau dan Dr Zul duduk di Nilai je. Aku pun dengan bangganya menyatakan aku dari Pajam.

Dan beliau juga memberitahu aku dia dah lama follow aku kerana Liverpool dan Kedah. Memang kena la.

Kami pun masuk ke ofis Dr Zul.

Di sana aku terketar, terkelu. Bila Dr Zul ajak bersembang. Ahhh sudah.

Perkara pertama dia tanya, macam aku dah jangka, kenapa nama Axello?

Aku tak dapat jawab sekali lagi. Kerana aku sentiasa tak tahu nak terangkan macamana. Dan aku boleh katakan ia bukan kerana moto Suzuki Axelo.

Paling mengejutkan Dr Zul berkongsi kisah dengan kawannya yang ada di situ.

“Ini Axello, penulis buku Liverpool Mahkota Eropah. Dia non muslim, tetapi kawan kawan dia semua Muslim. Dan mereka berkawan sangat baik.”

“Ibunya seorang Muslim, betul tak?” soal Dr Zul mahukan verifikasi maklumat itu.

Aku jawab “ya”.

Dr Zul bertanya bagaimana emak aku boleh masuk Islam.

Aku menjawab: “Sebenarnya Dr Zul, adik saya masuk Islam dahulu kerana suaminya, dan kemudian emak saya ikut adik saya.”

“Biasanya anak ikut emak kan, kali ni emak saya ikut anak dia.” Dr Zul tersenyum dan dia tahu bahawa kisah itu unik.

Lalu aku menghulurkan naskah buku dengan cop jari di atasnya sebagai ilustrasi Liverpool Mahkota Eropah.

Dan aku bercerita, aku (dengan Dr Zul saya bahasakan diri saya ye, ni untuk cerita je… eii) nak hasilkan buku yang unik.

Di luar negara sudah ada naskah tentang taktikal bola sepak. Dan di Malaysia aku nak buktikan kita pun boleh.

Ternyata Dr Zul berminat dan dia bertanya, apa pula analisis kegagalan Liverpool tadi masa kena 4-0 dengan City.

Aku menyatakan pemain kena sentiasa 100% berdepan City, dan Liverpool dah hilang fokus itu. Game yang selayaknya kalah.

Namun Dr Zul dan aku sempat memberitahu mereka yang ada di situ, di mana ada Aqram  (Arsenal) dan beberapa fans kelab lain lagi, “Tak apa, kalah pun dah juara kan.”

Dr Zul bertanya apa beza Klopp dan Guardiola dan aku pun terus jawab la dari segi beza man management dan taktikal.

Sebelum ini Dr Zul meminta aku menceritakan tentang Mohamed Salah.

Aku menyatakan Salah lebih daripada seorang pemain, beliau adalah ikon perpaduan di dunia ini. Lalu aku ceritakan kembali bagaimana Salah membantu mengurangkan masalah Islamofobia di UK dan Eropah khasnya.

Dr Zul menyatakan: :”Saya harap dapat ke Anfield nanti, dan nak jumpa Mohamed Salah. Klopp susah sikit, sebab saya tak pandai bahasa Jerman,” seloroh beliau.

Selepas beberapa topik kami bincangkan akhirnya kami pun tiba ke sesi bergambar.

Dan Aqram bergurau menyatakan tangannya panas pegang mafla Liverpool. Tak disangka bisikannya tiba di telinga Dr Zul, seraya berkata: “Tukar la ke Liverpool sekejap.” Semua orang tergelak di situ.

Sesi kami pun berakhir. Dan Dr Zul menyatakan dia akan membelek buku Liverpool Naskah Eropah itu nanti bila ada kelapangan.

Kami meninggalkan bangunan itu dengan rasa bangga dan puas.

Dan pada malam ini, buku Liverpool Mahkota Eropah ada di Putrajaya di pejabat Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

YNWA!