Axelsen Julang Kejuaraan Dunia Kedua, Dan Trofi Keenam Musim ini

Viktor Axelsen dari Denmark memenangi gelaran Kejohanan Dunia BWF keduanya pada hari Ahad, menewaskan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand 21-5, 21-16 pada perlawanan akhir di Tokyo.

Pemain nombor satu dunia, Axelsen hanya tewas satu perlawanan perseorangan musim ini dan terlalu sukar untuk ditewaskan oleh bintang yang sedang meningkat naik berusia 21 tahun, Vitidsarn.

Axelsen, yang memenangi emas Olimpik tahun lalu, turut meraih gelaran dunia di Glasgow pada 2017.

Pemain Denmark berusia 28 tahun itu berada dalam prestasi cemerlang minggu ini di Tokyo, mara ke final tanpa kalah satu pun perlawanan.

Dia mengawal dari awal menentang Vitidsarn yang terkejut dengan taktik Axelsen yang lebih agresif dengan beberapa siri smash kencang.

Vitidsarn telah cuba melakukan segalanya untuk menyelamatkan pertandingan ini pada set kedua, tetapi ia masih tidak mencukupi untuk menghalang Axelsen.

Bintang Denmark itu mendapat sokongan padu daripada peminat tuan rumah di Jepun kerana statusnya sebagai no.1 dunia.

Kemenangan itu memberikan Axelsen gelaran keenamnya musim ini.

Pemain nombor 17 dunia, Vitidsarn beraksi di final kejohanan dunia pertamanya, setelah menumbangkan juara bertahan Singapura, Loh Kean Yew pada suku akhir. Dia dianggap pemain muda yang luar biasa oleh Loh sebelum ini yang memuji kelincahan dan refleksnya.

Kunlavut Vitidsarn, juara dunia remaja tiga kali, cuba untuk menjadi juara dunia perseorangan lelaki senior pertama Thailand.

Kejayaan ini sudah pastinya mengukuhkan lagi kedudukan Viktor Axelsen di kedudukan no.1 dalam ranking dunia. Seolah olah tiada siapa yang mampu merampasnya daripada beliau pada tahun ini.

Baca yang lain