Axelsen Pilih Zii Jia Lawan Paling Sukar Di Indonesia: “Saya Menang Pun Sebab Nasib”

Viktor Axelsen memenangi Terbuka Indonesia 2022 dalam acara perseorangan lelaki. Sepanjang perjalanan dia menjadi juara, dia mengakui bahawa dia telah bertemu dengan lawan yang hebat.

Axelsen bertemu Zhao Jun Peng di final dan menang selesa di Istora Gelora Bung Karno (GBK), Senayan Jakarta, dalam dua set dengan mata 21-9 dan 21-10.

Axelsen mengakui lawan yang ditemuinya di Terbuka Indonesia semuanya beraksi dengan baik. Namun, dia telah menyebut satu nama sebagai cabaran paling getir iaitu Lee Zii Jia dari Malaysia.

Axelsen turut menentang pemain pilihan tuan rumah iaitu Antony Ginting di suku akhir.

Axelsen berkata: “Saya tidak boleh menamakan satu nama tertentu yang lebih hebat daripada yang lain. Ramai pemain yang bagus boleh mengalahkan anda jika anda tidak bermain dengan baik sejak dua minggu lalu.”

“Perlawanan terakhir menentang Lee Zii Jia adalah perlawanan yang saya perlu berjuang sekeras mungkin. Kami bermain dengan sengit semalam.”

Paling menarik pemain no.1 dunia itu menganggap nasib telah menjadi sebab dia menang. Kerana dari segi corak permainan, Lee Zii Jia berhak menang ke atasnya.

“Dia boleh menang perlawanan semalam. Anda boleh katakan nasib menyebelahi saya semalam. Hari ini saya sangat gembira dapat bermain dengan baik di final,” tambah Axelsen.

Axelsen dan Zii Jia bertemu di separuh akhir, Sabtu lalu. Dia dipaksa bermain permainan 3 set oleh perseorangan lelaki Malaysia selepas tewas pada perlawanan pertama, perlawanan berakhir dengan skor mata 19-21, 21-11, dan 23-21.

Tambah Axelsen, kemenangannya di Terbuka Indonesia mempunyai makna yang besar. Sebabnya, sudah menjadi impian untuknya bergelar juara di Istora.

“Kemenangan ini amat bermakna buat saya, lebih-lebih lagi bermain di venue legenda Istora Senayan. Menjadi impian saya untuk memenangi kejohanan di sini,” kata Axelsen.

Ini adalah kemenangan kedua Axelsen di Istora. Sebelum ini, dia turut menjuarai Indonesia Masters selepas menewaskan Chou Tien Chen pada Jun lalu.

Para peminat dan pemerhati turut bersetuju bahawa pertemuan Zii Jia dan Axelsen adalah yang terbaik kali ini.

Malah ada yang menganggap mereka seharusnya bertemu di final.

Mana tidaknya, setenang tenang Axelsen pun boleh naik angin bila bertemu Lee Zii Jia yang liat.

Ada yang beranggapan pada ketika ini hanya Lee Zii Jia yang memiliki kualiti yang mampu mencabar Axelsen.

Malah ada yang meramalakn Zii Jia dan Axelsen bakal menjadi seteru baharu dalam dunia badminton.

Ada yang menegaskan bahawa adalah tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Lee Zii Jia dan Viktor Axelsen adalah dua pemain terbaik dunia ketika ini.

Agak menarik juga apabila satu satunya keputusan yang diretweet semula oleh Axelsen adalah keputusan separuh akhir Terbuka Indonesia menentang Lee Zii Jia.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di