Ayah Dedah Wan Kuzain Dan Wan Kuzri Sedia Wakili Harimau Malaya

Beberapa tahun lalu Wan Kamal mendedahkan bahawa Wan Kuzain tidak sedia untuk komited sepenuhnya kepada Harimau Malaya.

Ini kerana anaknya berimpian mewakili Amerika Syarikat yang berada dalam persaingan Piala Dunia. Berbanding dengan Malaysia yang sukar untuk melihat negara kita bermain di pentas setinggi itu.

Wan Kamal pernah menegaskan bahawa Wan Kuzain berminat bermain untuk pasukan Sukan SEA Malaysia kerana mahu mengekalkan tahap kecergasan sahaja.

Ketika itu Wan Kamal berkata: “Pembetulan hala tuju Kuzain untuk terus bermain dengan professional kelab dia dekat US dan USA dalam World Cup, itu yg pasti. Dia cuma berminat untuk bermain dengan Malaysia U23 dalam Sea Games lagi pun MLS is off season during the SEA game.”

Namun setelah beberapa tahun kemudian, Wan kamal menegaskan, anaknya kini terbuka hati untuk mewakili pasukan Malaysia.

Bukan sahaja Wan Kuzain, malah seorang lagi anaknya, Wan Kuzri turut berminat untuk mewakili Harimau Malaya.

Wan Kamal berkata: “Tolonglah faham, maca sukan lain, bola sepak profesional adalah tentang bisnes untuk kekal dan terus kompetitif sepanjang karier profesiobal mereka.”

“Jadi saya percaya Kuzain dan Kuzri akan bermain dengan kelab di sini, di Amerika Syarikat.”

“Namun kedua dua mereka dengan rasa rendah hati sedia mewakili Harimau Malaya jika dipanggil. Mereka juga mahu menyumbang sesuatu kepada pasukan kebangsaan Malaysia.”

Ini pastinya perkembangan yang akan menarik perhatian Kim Pan Gon. Adakah Wan Kuzain dan Wan Kuzri akan bermain untuk Harimau Malaya?