Alf-Inge Haaland, bapa kepada Erling Haaland, telah menjadi viral kerana hantarannya tentang Arsenal selepas kekalahan memalukan Manchester City 5-1 di Stadium Emirates pada Ahad.
Walaupun penyerang Norway itu berjaya mencatatkan namanya di dalam senarai penjaring selepas jaringan pembukaan Martin Odegaard, ia mendorong The Gunners untuk terus mendahului dan menambah 4 lagi gol.
Selepas menjaringkan gol keempat perlawanan, Myles Lewis-Skelly kelihatan meniru keraian ikonik Haaland, sementara Gabriel telah pun mencetuskan kekecohan lebih awal dengan meraikan tepat di hadapan penyerang tinggi lampai itu.
Ini jelas sekali berkaitan dengan apa yang Haaland lakukan pada pertemuan pertama mereka di EPL musim ini. Haaland dengan biadap telah membaling bola ke belakang Gabriel ketika Man City mengikat Arsenal.
Selepas tamat perlawanan, Haaland menganjing Arteta meminta pengurus itu kekal merendah diri. Datang Myles Lewis Skelly menegur Haaland. Terus penyerang Norway itu bertanya: “Kau ni siapa?”
Ini kerana Skelly ketika itu tidak dikenali lagi.
Erling kekal tenang di tengah-tengah provokasi ketika City ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, bapanya tidak begitu tenang.
Arsenal, yang belum memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dalam dua dekad, masih ketinggalan enam mata di belakang Liverpool.
Arsenal kemudian membuat satu hantaran di X dengan kapsyen: ‘Pasukan ini’ dengan gambar Myles Lewis Skelly mengajuk keraian Haaland.
Selepas kekalahan teruk itu, bekas pemain City yang berusia 52 tahun itu – yang membuat 181 penampilan di Liga Perdana sepanjang kariernya – menggunakan media sosial untuk menambah bahan bakar ke dalam api.
Dia menulis sebagai balasan kepada hantaran Arsenal:
“«Pasukan Ini» yang memenangi segala-galanya. Ehhhhh, tidak.”
«This Team» that wins everything. Ehhhhh, not. 🩵 https://t.co/B81Ais3J6a
— Alfie Haaland (@alfiehaaland) February 2, 2025
Komennya nampaknya menyindir kekurangan trofi Arsenal semasa era Guardiola.
Peminat Arsenal segera meminta Alfie Haaland menunjukkan jumlah trofinya sepanjang kariernya di kelab dan pasukan kebangsaan.
Yang lain membalas: “Dia ada bawa pulang ‘trofi’ dua stud Roy Keane melekat pada kakinya”.
The Gunners telah menduduki tempat kedua dalam dua musim terakhir. Dan masih belum di kedudukan terbaik dalam persaingan kejuaraan EPL musim ini.
Sejak mengambil alih pada 2019, Mikel Arteta cuma memenangi 1 Piala FA. Walaupun pengurus Sepanyol itu mendakwa dia sudah memenangi 3 trofi dengan mengambil kira 2 perisai komuniti dimenangi Arsenal di bawah kendaliannya.
Namun musim ini Arsenal jelas dalam persaingan serius untuk merebut kejuaraan EPL dan juga Liga Juara Juara Eropah.