Ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Walaupun keletihan mereka akan cuba memastikan anak mereka berada di dalam rumah dan selamat.
Memiliki anak anak juga memberikan keseronokan tersendiri melihat mereka membesar. Aanak adalah anugerah yang tidak ternilai harganya.
Namun bukan sepanjang masa boleh berseronok. Ini kerana tanggugjawab menjaga anak ini membuatkan ibu bapa harus mengelakkan diri daripada cuai dan terlepas pandang.
Selain itu, jika korang seorang ayah, pastinya malas nak kena bebel dengan bini sebab rumah berselerak selepas duduk bersama sama dengan anak di rumah, ketika isteri keluar atas urusan tertentu.
Telah viral seorang ayah bernama Michael Weber Jr yang menggunakan cara genius untuk memastikan kesemua anaknya tak nakal serta berada di sisinya ketika dia sedang tidur.
Dia telah meminta anak-anaknya yang nakal enegertic melukiskan gambarnya yang sedang tidur.
Jadi kesemua fokus dengan subjek untuk mereka lukis. Dan si ayah pula mengambil kesempatan untuk tidur.
Michael memberitahu kepada anak anaknya, pemenang akan mendapat hadiah coklat.
Michael tidur nyenyak di atas sofa sambil berbalut selimut. Anak akanya pula sedang fokus melukis gambarnya.
Kelakuan si Michael ini disedari oleh isterinya Monica. Ketika itu Monica baru balik daripada membeli belah.
Alangkah terkejut dan rasa kelakar pun ada Monica melihat kelakuan suaminya itu. Monica tahu bahawa suaminya keletihan dan mahu berehat.
Monica menulis dalam akaun media sosialnya: “Saya tinggalkan bebudak ni di rumah supaya lebih tenang membeli barang keperluan dapur… dan apabila saya pulang, jadi macam ni.”
“Saya yakin dia adalah lelaki yang paling bijak saya pernah kenali.”
“Dia telah membuatka budak budak ni melakukan seni semulajadi sementara dia sedang berposing AKA tidur.”
“Pemenang akan mendapat coklat. Tetapi akuilah bahawa Michael Weber Jr adalah pemenang tunggal.”
“Bagus Michael, bagus.”
Macam macam kan? Itulah parenting yang memerlukan kreativiti untuk memastikan tugasan menjaga anak dapat disempurnakan dengan sebaiknya.
Dan pada masa yang sama, boleh curi curi tidur dan berehat kan.
Kiriman oleh Monica Weber itu mendapat respon yang luar biasa. Ada yang merasakan ia memang idea yang genius.
Ada yang melihat ia sangat kelakar, yang penting anak anak selamat dan tak nakal tanpa pengawasan daripada si ayah.