Ayah Khabib Nurmagomedov Meninggal Dunia Kerana Covid-19, Satu Kehilangan Besar The Eagle Dan UFC

Bapa dan jurulatih Khabib, Abdulmanap, meninggal dunia pada hari Jumaat kerana komplikasi penyakit koronavirus yang dihadapinya..

Arwah memainkan peranan besar dalam kehidupan anaknya dan juga kerjaya profesional  Khabib Nurmagomedov sebagai juara UFC.

Bercakap pada bulan September 2019, sebelum mempertahankan gelaran UFC melawan Dustin Poirier, ‘The Eagle’ berbicara tentang pentingnya ayahnya berada di penjuru gelanggang.

Juara ringan UFC juga menyentuh pengaruh ayahnya itu berikutan kemenangannya di UFC 242.

“Ayah saya juga jurulatih saya, saya ingat dia dulu dan terutama sebagai ayah dan kemudian sebagai jurulatih,” jelas petarung yang masih belum dikalahkan itu lagi.

View this post on Instagram

Father.

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

“Saya rasa tidak mudah baginya untuk membesarkan saya sebagai petarung dan sebagai anak lelaki. Saya rasa itu sangat sukar. Saya sendiri sekarang menjadi ayah, saya mempunyai seorang anak lelaki. Saya memahami apa yang dia rasakan kepada saya.”

“Dia memainkan peranan besar dalam hidup saya, dan hingga kini dia masih terus menjadi jurulatih saya dan tentu saja ayah saya.”

“Keluarga memainkan peranan besar dalam hidup saya. Saya selalu mendahulukan mereka. Saya tidak melihat perkara yang lebih penting dalam hidup ini daripada keluarga. Saya fikir kita harus selalu mengutamakan mereka.”

Khabib seringkali diusik rakannya dan media, mahu melaporkan kesalahannya kepada ayahnya. Ini kerana The Eagle masih lagi seorang yang terikat dengan adab seorang Muslim yang diterapkan ayahnya walaupun dia merupakan seorang juara dunia.

Abdulmanap meninggal dunia pada usia 57 tahun kerana komplikasi COVID-19.

Dia menderita serangan jantung setelah didiagnosis dengan coronavirus, yang memerlukan pembedahan kecemasan.

Dia kemudian dua kali dimasukkan ke dalam koma akibat perubatan dengan keadaannya dilaporkan “serius tetapi stabil.”

Tetapi dia tidak lama kemudian dinyatakan meninggal dunia di sebuah hospital di Moscow.

Kehilangan Abdulmanap pastinya kehilangan besar kepada dunia UFC dan juga kepada Khabib Nurmagomedov.

Abdulmanap dikenali dengan ketegasannya dan Khabib sangat takut dan hormat kepada ayahnya itu.

Abdulmanap juga sentiasa tegas dalam isu agama selain daripada pertarungan. Oleh sebab itu Khabib sentiasa diingatkan agar tidak sesekali ingkar kepada agamanya dan menunjukka contoh terbaik kepada para peminatnya.

Conor McGregor yang merupakan seteru utama Khabib Nurmagomedov antara yang terawal menyatakan kesedihan dan ucapan takziah.

McGregor menganggap ianya satu kehilangan besar.

“Kehilangan seorang ayah, seorang jurulatih, dan penyokong yang mendedikasikan dirinya kepada sukan ini. Takziah dan bersemadilah dengan tenang Abdulmanap Nurmagomedov.”

Sebelum ini Conor McGregor juga memberikan kata kata semangat kepada Abdulmanap, dengan mengetepikan perserteruan di antara kem mereka di atas gelanggang.

Sebelum ini Abdulmanap sudah membantu anaknya menubuhkan gym MMA di Rusia untuk membantu kanak kanak di sana menceburkan diri dalam sukan itu.

Berikut adalah beberapa petikan ucapan takziah untuk keluarga Khabib.