Ayah Luis Diaz Dedahkan Anaknya Berimpian Bermain Untuk Barcelona

Ayah kepada Luis Diaz memberitahu media bahawa Luis Diaz merupakan peminat tegar Barcelona. Dan sentiasa berimpian untuk menyarung jersi Blaugrana.

Luis Diaz menjadi pemain elit di eropah terutama sekali selepas menyertai Liverpool. Di mana kariernya semakin meningkat naik. Dia kini menjadi pemain penting Jurgen Klopp di Liverpool begitu juga, untuk pasukan kebangsaan Colombia.

Diaz mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sadio Mane. Dan dia sangat cemerlang dengan peranan itu.

Ayah kepada Luis Diaz iaitu Luis Manuel Diaz mendedahkan bahawa anaknya peminat setia Barcelona sejak di bangku sekolah lagi. Lebih menarik ayah Luis Diaz menyatakan perkara itu dengan memakai baju Liverpool.

Dia berkata: “Ya benar, anak uncle, Luis Diaz adalah peminat setia Barcelona. Tetapi dia tak pernah beritahu saya, ‘hey ayah saya tertarik dengan ini [perpindahan ke Barca]’. Dan ianya adalah impiannya untuk pergi ke Barcelona dan bermain di sana.”

“Saya sebenarnya tak tahu sangat bercakap tentang topik ini, cuma kita lihat daripada online. Ya, memang impiannya untuk bermain di sana, namun buat masa ini, saya benar benar berterima kasih di atas cara layanan Porto dan Liverpool meyambut kedatangan anak saya.”

“Jika suatu hari nanti dia bermain untuk Barcelona, tiada masalah, mereka pun kelab elit.”

Mungkin agak sukar untuk melihat Liverpool melepaskan Luis Diaz ke Barcelona. Kecuali pemain itu sendiri mendesak perpindahan. Namun situasi kewangan Barcelona ketika ini tidak begitu bagus, ianya juga boleh menjadi tembok halangan.

Namun tiada apa yang mustahil kerana Laporta sentiasa ada cara untuk mencari kelompongan dan peluang untuk mendapatkan pemain bintang yang mereka mahukan.

Dalam perkembangan lain, ayah Luis Diaz baru dibebaskan oleh penculik minggu lalu. Dia sebelum itu diculik bersama isterinya ketika bercuti di Colombia.

Ibu Luis Diaz dibebaskan lebih awal. Namun ayahnya ditahan untuk beberapa hari lagi. Dan akhirnya penculik setuju untuk membebaskan ayahnya.

Luis Diaz benar benar bersyukur akhirnya kedua dua ibu dan ayahnya kembali semula ke pangkuan keluarga mereka.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali