Ayah Mbappe Dedah Amalan Rasuah Dalam FA Cameroon Punca Mbappe Pilih Perancis

Ayah kepada Kylian Mbappe akhirnya tampil mendedahkan kenapa anaknya tidak bermain untuk Cameroon berbanding Perancis.

Kylian Mbappe berada dalam prestasi yang terbaik untuk Perancis di Piala Dunia 2022. Namun sebenarnya dia boleh telah tampil untuk Cameroon jika dia memilih untuk mewakili negara itu beberapa tahun lalu.

Ayah Mbappe menafikan Mbappe lupa asal usul keluarga mereka dari Afrika. Malah ayah kepada penyerang itu mendedahkan bahawa Kylian Mbappe pernah berusaha untuk bermain untuk tanah airnya.

Tetapi amalan rasuah memaksanya untuk melupakan Indomitable Lions.

Ketika itu Mbappe masih muda, dan ayahnya bertanya kepada FA Cameroon kalau mereka boleh memberikan peluang kepada anaknya untuk menunjukkan potensinya.

Malangnya, ada pegawai dalam FA Cameroon atau Fecafoot telah meminta sejumlah wang daripada ayah Mbappe jika mahu melihat anaknya diberikan peluang beraksi untuk negara itu.

Orang itu memberitahu ayah Mbappe ianya adalah salah satu cara yang digunakan ibu bapa di Cameroon untuk melihat anak mereka beraksi dalam sesebuah pasukan.

Mbappe ketika itu benar benar kecewa kerana ditolak dan dinafikan peluang untuk menunjukkan kemampuannya dengan cara sebegitu.

Bapa kepada penyerang Perancis Kylian Mbappe telah menceritakan semua yang berlaku. Kecewa dengan apa yang berlaku, telah memaksa anaknya bermain untuk Les Blues berbanding Cameroon.

Mbappe dilahirkan di Paris, anak kepada bapa yang berasal dari Cameroon, Wilfried. Ibunya pula dari Algeria, tetapi dia telah berusaha untuk bermain bola sepak pasukan kebangsaan senior untuk Negara Afrika Tengah tempat bapanya berasal.

Wilfried berakata: “Pada mulanya, saya mahu anak saya bermain untuk Cameroon tetapi, seseorang di dalamPersekutuan Bola Sepak Cameroon mengenakan sejumlah wang yang saya tidak patut bayar untuk membuatkannya bermain untuk Cameroon.”

“Di Perancis mereka tidak mengenakan apa-apa bayaran.”

Beberapa tahun selepas itu, Mbappe menjadi bintang remaja luar biasa. Dia membantu Perancis menjadi juara dunia pada 2018. Berjaya mendapatkan kontrak luar biasa dengan PSG.

Piala Dunia 2018 di Rusia, dia berjaya menjaringkan empat gol, termasuk satu dalam kemenangan 4-2 menentang Croatia pada perlawanan akhir.

Dia menjadi pemain remaja kedua yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia selepas legenda Brazil Pele.

Memang banyak pembongkaran dibuat menunjukkan bahawa rasuah berleluasa dengan panggilan pasukan kebangsaan di Afrika, di mana merit bukan menjadi pertimbangan mereka.

Mbappe adalah bakat elit dalam bola sepak pada hari ini. Beliau antara pemain terbaik dunia yang memiliki kemampuan luar biasa.

Kepantasan dan ketajaman di hadapan gol adalah aset utama Kylian Mbappe.

Mbappe seringkali dicanang bakal menjadi bakat terbaik eranya menggantikan Ronaldo dan Messi yang semakin menuju ke penghujung karier mereka.

Pada tahun ini, Mbappe sekali lagi menjadi bintang penting Perancis dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Piala Dunia milik mereka.

Baca yang lain