Ayah Mesut Ozil, Mustafa Ozil mempersoalkan tindakan anaknya bersara mengejut daripada bola sepak antarabangsa pada 2018. Sambil membidas segelintir pihak yang mempergunakan anaknya. Dia turut mengecam ejen Ozil, iaitu Erkut Sogut yang menyokong tindakan Ozil mahu bersara pada masa itu.
Ayahnya pernah menjadi ejen kepada Ozil namun berlaku perbalahan antara mereka dan membuatkan Ozil memecat ayahnya sendiri.
Ayah Ozil menuntut pampasan kira kira setengah juta euro daripada Ozil kerana memecatnya mengejut. Dan dia memenangi kes itu di mahkamah. Sejak daripada hari itu karier Ozil diuruskan oleh Erkut Sogut.
Arsenal star Mesut Ozil forced to pay out £493,000, after father Mustafa Ozil takes him to court after sacking him.pic.twitter.com/SutoKrnB0y
— Segun_thebook (@SSnetwoork) November 12, 2014
Ozil mengumumkan dia bersara daripada bola sepak antarabangsa pada 2018 kerana serangan rasis daripada peminat, pundit dan media Jerman ke atasnya. Ozil menegaskan bahawa dia tidak dihormati sebagai orang yang pernah membantu negara itu menjadi juara dunia.
Ozil menjadi kambing hitam kegagalan Jerman melepasi peringkat kumpulan Piala Dunia 2018.
“Saya orang Jerman ketika menang, dan orang pendatang ketika kalah,” tegas Ozil dengan nada sinis dan kecewa.
Ozil ketika itu meneruskan kariernya dengan Arsenal sebelum berpindah ke Fenerbache serta Istanbuk Basakeshir. Dia mengumumkan persaraaan penuh daripada bola sepak tidak lama selepas itu.
Ayah Ozil kecewa dengan cara karier antarabangsa Ozil berakhir dengan kebencian dan kontroversi di Jerman. Sambil menyatakan jika dia boleh memutarkan masa, dia akan membantu anaknya agar lebih baik.
“Jika saya ada tongkat sakti, saya akan memutarkan masa kembali. Karier Mesut tak boleh berakhir seperti ini. Saya tak boleh menerimanya sehingga ke hari ini. Saya sedih dan kecewa, serta terluka.”
Selepas 92 kaps dan menjaringkan 23 gol untuk Jerman, Ozil membuatkan ramai terkejut ketika dia mengumumkan persaraan antarabangsanya.
Dia menikmati karier di Arsenal dengan 44 gol daripada 254 penampilan. Dia juga membuauat 159 penampilan untuk Real Madrid dan membantu kelab itu menjulang La Liga 2012.
Ayahnya kekal skeptikal, kenapa anaknya membuat keputusan bersara semudah itu daripada pasukan kebangsaan. Dan mengesyaki ada pihak cuba mengambil kesempatan ke atas Ozil.
Ayahnya kemudian membidas tindakan Ozil yang suka memuat naik status di media sosial tentang perkara yang dianggap sensitif. Misalnyua dia suka membincangkan perkara selain daripada sukan sebagai seorang atlet.
Ozil telah dikenakan tindakan oleh Arsenal kerana memuat naik status menyokong etnik Uighur yang dianggap mencampuri urusan politik negara lain.
Ozil juga pernah mempersoalkan tindakan masyarakat Islam di dunia ketika saudara seagama mereka ditindas.
Kemudian Ozil dikecam peminat di Jerman kerana seringkali membanggakan asal usul mereka dari Turki. Di mana rumah Ozil dihiasi perabot dan perhiasan serta rekaan dari Turki.
Salah seorang peminat pernah mempersoalkan: “Dengan semua binaan, perhiasan dari Turki, tetapi kamu memilih bermain untuk Jerman.”
Perkara itu tidak menyenangkan hati ayahnya yang menganggap Ozil seharusnya mengelakkan diri daripada bercakap tentang perkara seperti itu dan fokus kepada bola sepak semata mata.
Pada Oktober, Ozil menunjukkan solidaritinya kepada Palestin. Dia memuat naik bendera Palestin dengan kapsyen: “Berdoa untuk kemanusiaan, berdoa untuk keamanan.”
Ayahnya menegaskan bahawa Ozil dipengaruhi persekitarannya yang tidak sihat sebagai seorang atlet. Sambil membidas ejen pemain itu sebagai tidak menjaga anaknya sebaiknya.
“Mesut dipengaruhi persekitarannya, yang tidak bagus untuknya. Kamu tidak boleh anggap Jerman negara xenophobic [membanggakan bangsa mereka semata mata], itu adalah negara kelahirannya, dan tiada peluang sama sekali itu berlaku.”
“Kenyataan itu bukan daripadanya, Jujurnya saya rasa ada orang ambil kesempatan pada Mesut. Saya rasa dia dipergunakan untuk kepentingan perkara tertentu.”
“Kamu banyak membaca tentangnya di akhbar namun sebagai ayah kamu tidak mahu banyak membacanya. Sebaliknya, sebagai ayah, saya sentiasa mendoakan dia tinggalkan sahaja dunia media sosial dan tidak membincangkan tentang asal usulnya, agama dan pendirian politiknya, Dia seorang atlet.”
“Mesut pada masa itu dijaga oleh ejennya Erkut Sögüt. Jadi saya bertanya kepada diri sendiri: “Bagaimana kamu membenarkan pemain ini bersara pada masa itu daripada skuad kebangsaan? Mesut diundi sebagai pemain terbaik tahunan skuad kebangsaan sebanyak 5 kali.”
“Ianya anugerah yang hebat dan penghargaan luar biasa kepada pencapaiannya. Kemudian dia keluar dengan begitu sahaja? Ini tak seharusnya berlaku sama sekali. Dia ada tanggungjawab ke atas pemain di bawah kendaliannya.”
Beberapa minggu lalu, Ozil dikatakan antara calon untuk jawatan Pengurus Besar pasukan kebangsaan Turki. Namun ayahnya kurang setuju dengan pilihan itu dan berharap Ozil akan berkhidmat untuk Jerman sama ada sebagai penasihat atau jurulatih.
Ayahnya sentiasa mahukan Ozil berkhidmat untuk Jerman. Malah ketika muda, Ozil sudah mahu memilih mewakili Turki namun ayahnya menentang idea itu. Ketika itu ayahnya masih lagi ejen dan pengurus peribadinya.
“Mesut selalu memberitahu saya dia mahu mewakili Turki, kerana dia cakap darahnya merah [warna Turki]. Saya berkata kepadanya, kita semua darah merah. Dan saya berjaya memujuknya untuk mewakili Jerman.”
Mesut Özil'in babası Mustafa Özil: "Mesut bana, 'Benim kanım kırmızı. Türkiye için oynamak istiyorum' dedi. Ben de ona; 'Hepimizin kanı kırmızı' dedim. Sonrasında Almanya'ya ikna ettim." pic.twitter.com/ckSoeasbSW
— Boşuna Tıklama (@bosunatiklama) November 8, 2023