Ruben Amorim akui pemain pemain Everton menikmati kehadiran pengurus baharu dengan lebih bersemangat.
Manakala Man United pula tidak begitu. Dia akui David Moyes melakukan tugasannya lebih baik ketika mengambil alih pasukan di tengah tengah musim berjalan berbanding dia.
Man United hampir menalan satu lagi kekalahan. Dan berkeringat untuk bangkit mengikat Everton 2-2 dalam aksi di Goodison Park.
Everton mendahului 2 gol pada separuh masa pertama menerusi Beto dan Abdoulaye Docoure.
Man United membalas 2 gol itu pada aksi separuh masa kedua menerusi gol Bruno Fernandes dan Manuel Ugarte.
Keputusan seri itu sebenarnya bukan keputusan yang baik untuk United yang masih terperangkap di 5 kedudukan terakhir liga.
Dan Ruben Amorim segera membandingkan impak kehadiran pengurus baharu di Everton berbanding dengan Manchester United.
“Benda mudah adalah David Moyes melakukan tugasannya lebih baik daripada saya. Semudah itu.
“Kemudian ada beberapa perkara kecil seperti memenangi satu, dua perlawanan, ia adalah berakaitan kepercayaan. Dan tekanan juga tidak sama.
“Saya tak pasti, namun yang saya pasti, kita semua harus memberikan pujian pemain Everton terutama sekali jurulatih mereka. Dan kami harus melakukan perkara yang sama.”
Ruben Amorim was asked why Everton have made a flying start under David Moyes while Manchester United are struggling under him…#MUFC | #EFC pic.twitter.com/k8Qb46FWq8
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) February 21, 2025
Ruben Amorim dilantik menggantikan Erik Ten Hag beberapa bulan lalu. Dia terus bergelut untuk membina kestabilan pasukan dengan sistem permainan bek bertiga.
Sementara Moyes yang sebelum ini dipecat oleh West Ham, kembali ke Everton pada bulan lalu, kepulangan yang dinantikan peminat mereka.