Peminat bola sepak beragama Islam luah rasa terharu melihat azan berkumandang di tengah tengah stadium Anfield.
Liverpool bukannya tempat asing untuk umat Islam di UK. Di mana di bandar tersebut terdapat masjid bersejarah yang bernama Masjid Al Rahma yang siap dibina pada 1953 oleh komuniti Islam di Liverpool yang diketuai arwah Al Haji Aj Hizzam.
Skuad Liverpool di bawah Jurgen Klopp sendiri banyak bergantung kepada bintang beragama Islam seperti Sadio Mane, Mo Salah, Shaqiri dan ramai lagi yang membantu kelab itu mencapai kejayaan era moden termasuk juara EPL dan UCL.
Satu perkongsian dibuat menunjukkan bahawa azan berkumandang secara langsung di Anfield oleh Mikhaael Mala sempena iftar. Dengan ramai pengunjung stadium turut merakamkan detik itu.
Mikhaael Mala menulis: “Sangat berbesar hati dapat membuat seruan azan di Stadium Anfield pada hari ini. Dan kami menerima banyak perhatian daripada komuniti Liverpool.”
@mikhaaelmala Had the pleasure of calling the Azan at Anfield Stadium today Alhamdulillah. We had a huge turnout from the community in Liverpool. liverpool adhan ramadan anfield
Sebelum ini satu kajian dibuat di mana bandar Liverpool terutama sekali Liverpool FC telah banyak membantu untuk mengekang Islamofobia di UK.
Satu kajian dibuat oleh Universiti Stanford menunjukkan bagaimana pengaruh Mo Salah membuatkan semakin ramai warga Britain semakin tidak fobia dengan Islam.
Sebelum ini mereka sangat takut dengan apa sahaja yang berunsurkan Islam. Kehadiran Mo Salah malah membuatkan penyokong Liverpool menyelitkan nama ‘masjid’ yang menjadi tempat ibadat orang Islam di dalam chant Mo Salah.
Cara keraian Mo Salah yang sentiasa sujud syukur selepas menjaringkan gol juga mendapat perhatian ramai pihak. Di mana peminat peminat di UK menghormati keraian itu. Tiada yang membaling objek ke atasnya ketika dia meraikannya, kerana mereka semakin cakna bahawa sujud itu adalah salah satu bentuk tanda kesyukuran dalam agama Islam.
Beberapa tahun kemudian, jenayah kebencian ke atas agama Islam telah menurun kepada 18.9%.
Dan kajian itu menyimpulkan bahawa peranan Mo Salah telah membantu dalam memperkenalkan Islam kepada UK. Di media sosial tweet kebencian dan mengutuk agama Islam juga berkurangan dengan drastik selepas kehadiran bintang Liverpool itu.
What happened when @MoSalah joined @LFC?
Hate crimes in the surrounding area declined by 19%.
The # of anti-Muslim tweets sent by Liverpool fans was cut in half.
Evidence (by: @wpmarble @a_alrababah @salma_mousa_ @aasiegel ): "Can Exposure to Celebrities Reduce Prejudice?" pic.twitter.com/ue9QhduB1Z
— John B. Holbein (@JohnHolbein1) June 1, 2019
Beberapa tahun lalu, Klopp menyatakan bahawa kelab itu menghormati keagamaan setiap pemain termasuk yang beragama Islam. Maka tiada larangan untuk mana mana pemain untuk bersolat atau berpuasa.
Ditanya sama ada Klopp mengawal rutin harian pemain, pengurus itu menyatakan dia langsung tak ada masalah dengan perkara itu.
Klopp malah gembira dan berbangga dengan pembentukan pelbagai budaya di Liverpool.
“Saya gembira kerana kami mempunyai banyak ‘Multi-Culti’. Saya boleh mengatakan [mempunyai] duta Muslim yang terbaik di dalam pasukan adalah sangat hebat, “kata Klopp dalam filem terbarunya berjudul The End of the Storm seperti yang dipetik oleh Goal International.
Jürgen Klopp | Our boss gives an insight on how he has integrated Mané’s & Salah’s routines before Matchday’s and after warmups.
What a guy ♥️⤵️ pic.twitter.com/XARdL6gIl1
— LFC Transfer Room (@LFCTransferRoom) December 5, 2020
Seterusnya, Klopp juga mendedahkan bagaimana kelabnya bertolak ansur dengan pemain Muslim ketika mereka harus melaksanakan kewajiban solat.
“Mereka yang beragama Islam sering mencuci badan mereka dalam keadaan tertentu.”
“Sebelum memanaskan badan, dan setelah memanaskan badan, ianya memerlukan masa. Oleh itu, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, “kata Klopp.
“Kami hanya mempunyai satu jam ketika kami tiba di stadium dan ketika kami kembali ke bilik persalinan setelah melakukan pemanasan untuk memberikan peluang melakukan ritual ini [doa]. ”
“Kami perlu memberikan masa sebanyak dua minit kepada mereka untuk melakukan ritual [doa] tersebut. Ianya sangat senang untuk memberikan dua minit ini untuk membuat mereka melakukan sesuatu yang mereka anggap sangat penting, “katanya lagi.
'I’m not a control freak': Klopp on pre-match routines, red cards and his dad https://t.co/7PTtFKY5W9
— The Guardian (@guardian) November 11, 2020
Sudah dari dulu
Tahun sebelum ini Jurgen Klopp pernah mendedahkan bahawa pemain Liverpool yang beragama Islam seperti Sadio Mane, Mohamed Salah dan Emre Can (ketika bermain di Liverpool) tidak pernah lupa menunaikan solat.
Malah Klopp menyatakan para pemain lain menganggap rutin dan kewajiban harian pemain pemain Muslim tersebut sebagai sebahagian daripada mereka.
Di mana, pemain yang bukan beragama Islam tidak ada masalah untuk turun lebih awal ke stadium untuk membolehkan para pemain muslim tersebut menunaikan solat terlebih dahulu.
Klopp memuji kekuatan mental dan fizikal pemain yang beragama Islam. Kerana menurutnya, mereka sangat kuat dan bertenaga dan tidak pernah meminta pengecualian khas – terutama sekali pada bulan ramadan.
Hanya kelab yang memberikan mereka latihan khas pada bulan puasa kerana mengambil kira perbezaaan waktu diet mereka yang perlu sesuai dengan latihan yang sesuai.
Klopp juga tidak pernah melarang pemainnya daripada berpuasa kerana menurut beliau itu adalah urusan agama yang harus dihormati. Cuma sebagai jurulatih beliau dan pembantunya memberikan panduan dari sudut kecergasan dan apa yang patut.
Klopp berkata: “Saya tidak ada masalah dengn puasa mereka, saya menghormati agama mereka, mereka sentiasa hebat dan mereka memberikan yang terbaik sama ada ketika mereka berpuasa atau tidak,” kata Klopp semasa sidang media final UCL menentang Tottenham Hotspur beberapa musim yang lalu.
“Ada hari-hari ketika Sadio Mane atau Mohamed Salah masuk menggunakan ruang di bilik persalinan kerana mereka sedang bersolat [jika tidak ada ruang solat], dan pemain lain menghormati mereka.” kata Klopp.
“Dalam kehidupan ini, ada banyak perkara yang lebih penting daripada bola sepak.”
Liverpool manager Jürgen Klopp speaks about #Muslim players at the football club and how they accommodate for them.
Footage: Channel 4 News pic.twitter.com/xEl0tfuMrg
— ilmfeed (@IlmFeed) April 24, 2018
Oleh kerana itulah, media turut menghormati pendirian Sadio Mane dan rakan rakannya yang lain yang beragama Islam.