Ketua juri AJL menjadi subjek kecaman dan kritikan daripada netizen selepas tidak menyenaraikan bebeberapa lagu yang dianggap berkualiti seperti dari Naim Daniel – ke final AJL 35.
Beberapa hari ini ramai yang mempertikaikan kredibiliti Azmeer sebagai ketua juri. Malah ada yang menganggap beliau perlu digantikan. Kerana keputusan penjurian yang diketuainya kerapkali menimbulkan keraguan.
Namun Azmeer mempertahankan dirinya. Dengan menyatakan, para penyanyi itu sendiri harus bertanggungjawab kerana melakukan beberapa kesilapan kecil yang membuatkan mereka tersingkir dan gagal lolos ke finale.
Azmeer – selaku Ketua juri separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) – menyatakan bahawa kesemua lagu yang bertanding di separuh akhir adalah karya terbaik. Namun ada beberapa aspek yang membuatkan markah mereka dipancung.
Misalnya lagu Naim Daniel yang menurutnya terlalu kuat bunyi gitar. Pada malam itu Man Kidal tampil dalam persembahan Naim Daniel.
Ramai menganggap persembahan itu sebagai penyelamat malam yang dianggap agak hambar. Namun Azmeer ada pandangan lain.
Dipetik dari Harian Metro, Azmeer berkata: “Semua lagu (di SFMM35) adalah juara. Bukannya tak bagus, cuma dari sudut pemarkahan ada kurang sedikit. Contohnya lagu Sembah nyanyian Naim Daniel, juri merasakan bunyi gitar terlalu mengganggu vokal. Saya faham, dalam persembahan ada konsep yang diketengahkan, namun keindahan lagu juga penting,” katanya.
Korang dah dengar ke lagu Naim Daniel masa SFMM35 haritu?
Ni lah yg Ketua juri cakap lagu ni tak masuk #AJL35 sebab bunyi gitar Man Kidal mengganggu lagu ni. Part mana yang ganggu weh?
Hattan siap suruh dia dengar balik lagu ni tanpa gitar 🤣 pic.twitter.com/4GVJm1EeME
— Nazzzzzzzzzzzzzzzzz (@_NazriH) December 16, 2020
Selain itu Azmeer menegaskan popular sahaja tidak cukup untuk melayakkan mereka ke final, contohnya lagu Sakit nyanyian Yonnyboii dan Zynakal.
“Saya suka lagu itu, tetapi ia lebih kepada lagu popular dan bukan lagu pertandingan,” katanya.
#shahalam Beberapa kesalahan kecil menjadi punca beberapa lagu yang dijangka melangkah ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) tidak layak bertanding di pentas akhir itu.
— Harian Metro (@hmetromy) December 16, 2020
Oleh itu Azmeer meminta para peminat faham tentang cara permakahan diberikan..
“Semua orang buat salah sebab kita manusia. Ada salah sikit-sikit saya tak ‘pancung’ (potong markah) sebab tidak bererti lagu itu tak bagus. Kalau saya ada kuasa, saya nak 17 lagu bertanding di AJL35, tapi kita kena faham hanya 12 lagu dipertandingkan.”
“Saya harap peminat boleh faham dari sudut teknikal. Contohnya, walaupun Aishah ada sedikit kekurangan ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu, tapi melodinya bagus. Ini pertandingan untuk lagu, bukan pertandingan nyanyian. Jangan hukum komposer kalau ada kesilapan daripada penyanyi,” katanya.
Berikut adalah 12 lagu diumumkan layak ke AJL35 iaitu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi), Gundah (Ernie Zakri), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).
Tahniah 👏🏼🎉 12 lagu yang akan bersaing di Pentas Berprestij #AJL35
1 ⇥ Belenggu Rindu
2 ⇥ Hati
3 ⇥ 7 Nasihat
4 ⇥ Semalam
5 ⇥ Peluang Kedua
6 ⇥ Hutang
7 ⇥ Kau Sakiti
8 ⇥ Gundah
9 ⇥ Gila
10 ⇥ Jangan Khianati Aku
11 ⇥ Eh
12 ⇥ Aku Bidadari Syurgamu pic.twitter.com/QDS0pJWdN0— tv3malaysia (@tv3malaysia) December 15, 2020