Penari dan penyanyi Korea Selatan, Babi menyatakan dia sudah tidak dengan orang Malaysia yang menjadikan nama pentasnya sebagai sasaran ejekan.
Babi merupakan ahli anggota Fly With Me, dengan nama di IG Babi Fly telah mengecam netizen dari Malaysia yang mempersendakan nama pentasnya.
Ejaannya sama dengan kata bahasa Melayu yang bermaksud โbabiโ, rakyat Malaysia mula membanjiri bahagian komen di Instagramnya dengan gurauan.
Ada yang turut menyatakan dia adalah Babi paling cantik di dunia.
Ada juga yang memintanya untuk menukar nama panggungnya kerana nama itu seperti kata untuk menyumpah seranah di Malaysia.
Babi, yang nama sebenarnya adalah So-young, kemudian menyiarkan kenyataan marah dan menyatakan bahawa dia tidak lagi berminat dengan Malaysia atau bahasanya kerana sikap para pengkomen yang ditunjukkan oleh netizen dari Malaysia.
โWarga Malaysia yang datang ke sini semata mata mengejek nama saya, kenapa kamu buat macam ni kat aku? Hanya kerana nama aku menjadi gurauan, korang gembira ke?
โAku tak berminat dengan bahasa korang dan tak kisah pun apa maksud nama aku dalam bahasa korang..โ
โDan aku tak kenal pun negara korang sebelum ini, tetapi kini aku langsung tak berminat untuk mengetahuinya,โ tulisnya di Instagram.
Babi juga memberi amaran bahawa mereka yang terus mengejeknya akan dilaporkan dan disekat dari akaunnya.
โJika benda macam ni masih berlaku lagi selepas korang tengok post ni, aku akan report kamu semua dan block,โ tulis Babi dalam keadaan sangat marah.
Ramai peminat K-pop Malaysia menyatakan rasa malu kerana apa yang berlaku. Mereka menganggap itu satu bentuk pembulian siber.
Seorang peminat K-pop berkata: โOrang-orang yang jahil ini tidak tahu agaknya bahawa perkataan โbabiโ tidak hanya terdapat dalam bahasa Melayu,โ tulis seorang pengguna di Twitter.
Ada yang meminta Babi agar terus tabah dengan apa yang berlaku. Mereka memberikan sokongan kepada Babi dan sentiasa berada di belakang Babi.
Tahun lalu (kalau tak silap), Dua Lipa pernah menyunting kembali kapsyen di post di media sosial miliknya kerana memanggil ayahnya babi.
Dalam bahasa Albania, babi adalah ayah.
Dua Lipa menjelaskan, dia sebenarnya tak kisah orang kecam dia dekat post lain, namun sebab itu ditujukan kepada ayahnya, dia mahu post itu bermakna.
Oleh itu dia terpaksa menuka kapsyennya.
โSaya sebenarnya [mungkin] akan mengguris hati mereka kalau cakap benda ni, sebab saya tidak pandai bercakap Bahasa Melayu, walaupun saya bercakap bahasa lain.โ
โDi rumah saya bercakap dengan bahasa asal kami. Saya nak orang menghormatinya.โ
Berbeza dengan beberapa artis yang membesar dari muda di negara seperti UK dan AS, Dua Lipa dikenakan peraturan hanya berbahasa Albania.