Spencer Elden, bayi yang muncul telanjang di salah satu kulit album muzik rock yang paling ikonik – Nevermind oleh Nirvana – menuntut saman ke atas kumpulan tersebut. Ini kerana mendakwa dia dieksploitasi secara s*ksual sebagai seorang kanak-kanak.
Dalam tuntutan mahkamah yang diajukan di mahkamah daerah California terhadap banyak pihak, termasuk anggota kumpulan yang masih hidup, janda Kurt Cobain, Courtney Love, dan label rakaman yang mengeluarkan atau menyebarkan album dalam tiga dekad terakhir.
Elden menuduh defendan menghasilkan p0 r n0 grafi kanak-kanak dengan gambar itu, yang memperlihatkan dia berenang telanjang ke arah wang kertas dolar dengan alat sulitnya nampak jelas.
Tuntutan tersebut menuduh defendan ” telah melakukan eksploitasi s*ksual kanak-kanak secara komersial terhadapnya sejak dia masih di bawah umur hingga sekarang … defendan dengan sengaja menghasilkan, memiliki dan mengiklankan p***nografi kanak-kanak komersial yang menggunakan Spencer sebagai imej”.
Elden, yang berusia empat bulan ketika gambar itu dibuat, mengatakan dia telah mengalami “kerosakan dan aib seumur hidup” dari kulit album tahun 1991, termasuk “tekanan emosi yang ekstrem dan meninggalkan kesan kekal kepada manifestasi fizikal”, ditambah dengan kehilangan pendidikan, tidak ada gaji, dan hilang “kenikmatan kehidupan ”.
The man whose baby portrait was used for the cover of Nirvana's 'Nevermind' has filed a lawsuit alleging that the nude image constituted child pornography. https://t.co/yK8K4wyBLR
— NBC News (@NBCNews) August 25, 2021
Tuntutan itu mendakwa gambar itu “grafik s*ksual”. Elden menganggap Nirvana telah sengaja membuatkan dia menyerupai “pekerja s*ks – yang menagih dahagakan wang kertas”.
Selain itu Elden menyatakan bahawa tidak pernah dibayar untuk tampil di kulit album. Dengan menyatakan ibu bapanya tidak pernah menandatangani borang persetujuan untuk gambar itu digunakan secara komersial. Gambar itu diambil oleh pengurusan Nirvana, khusus untuk kulit album.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Elden hanya dibayar $ 250.
Elden menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya $150,000 daripada setiap 15 defendan yang difailkannya, ditambah dengan kos guaman, dan meminta agar kes itu diadili dengan juri.
Itu bersamaan dengan setiap defendan dituntut membayar RM630k setiap seorang dan jumlah keseluruhannya ialah RM9.45 juta. Itu belum campur yuran guaman.
Defendan belum membalas tuntutan itu, atau memberikan komen secara terbuka.
Pada tahun 2016, Elden merakam semula gambar itu untuk surat khabar New York Post untuk menandakan ulang tahun ke-25 album itu. Ketika itu dia tidak pula menyatakan dia tertekan dari kecil kerana gambar itu. Malah bangga menyatakan dia sebahagian daripada sejarah yang sangat penting dalam industri muzik.
Elden mengatakan: “Hebat sekali tetapi pelik menjadi sebahagian daripada sesuatu yang sangat penting sehingga saya tidak ingat.”
Dia malah sudah beberapa kali mengingatkan dunia bahawa dia adalah baby Nirvana tersebut dengan beberapa muat naik di media sosial selain daripada sesi fotografi khas dengan NY Post.
Namun selepas itu, pada tahun yang sama, dia memberitahu Rolling Stone bahawa dia merasa malu dengan gambar itu. Dia berkata:
“Baru-baru ini saya berfikir, ‘Bagaimana jika saya tidak ok dengan dengan kemaluan saya yang diperlihatkan kepada semua orang?’ Saya tidak mempunyai pilihan.”
Pada tahun 2007, dia mengatakan kepada Sunday Times bahawa “agak menyeramkan kerana banyak orang melihat saya telanjang. Saya berasa seperti bintang filem dewasa paling popular di dunia “.
Robert Fisher, pereka kulit album itu mengatakan gambar itu diilhamkan oleh Kurt Cobain melihat sebuah dokumentari mengenai bayi yang dilahirkan di dalam air.
“[Dia] menyangka gambar itu akan menjadiu kulit album yang sangat hebat. Kami tidak begitu melihat ianya dari sudut grafik. Lalu kami pergi bersama bayi itu berenang. ”
Fisher sangat terkejut kerana gambar itu dianggap sangat ikonik dalam sejarah muzik.
Fisher menyatakan gambar bayi itu adalah sindiran balik oleh Nirvana kepada pihak yang menganggap mereka menandatangani kontrak dengan label mainstream kerana wang semata mata. Bayi itu menggambarkan Nirvana yang sedang cuba mencari wang walaupun di dalam air dan mereka hanyalah seorang bayi.
Kirk Weddle, yang mengambil gambar itu, mengatakan kepada Guardian pada tahun 2019: “Saya masih berhubung rapat dengan Spencer. Saya pernah berfikir, ‘ ketika anak itu berusia 16 tahun, dia akan membenci saya sangat sangat!’ Dia tidak, tetapi dia rasa sangat bertentangan dengan gambar itu pada realiti.”
“Kerana orang lain semua mendapat wang, manakala dia pula pula tidak. Saya setuju dengan dia, kerana dia berhak mendapat sesuatu daripadanya. Tapi, label rakaman sentiasa mementingkan poket sendiri je untuk mereka tebalkan.”