Seorang hakim di Amerika Syarikat telah menolak saman terbaru seorang lelaki terhadap Nirvana berhubung kulit album ikonik 1991 yang memaparkannya sebagai bayi telanjang.
Spencer Elden, 31, berkata gambar dalam album itu menunjukkan penderaan seksual kanak-kanak. Tetapi hakim berkata sudah terlambat untuk mendakwa dia dieksploitasi.
Elden tidak ada lagi kes untuk mengambil tindakan undang-undang kerana dia tidak boleh memfailkan saman lagi. Tetapi pasukan peguamnya memberitahu media AS bahawa dia akan merayu.
Tuntutan itu meruju kepada foto Elden berenang telanjang ke arah wang kertas dolar. Elden berkata dia tidak boleh memberi kebenaran untuk gambar itu digunakan dan menuntut ganti rugi $150,000.
Defendan termasuk jurugambar Kirk Weddle serta bekas ahli Nirvana Dave Grohl dan Krist Novoselic, serta Courtney Love, isteri kepada penyanyi mendiang Kurt Cobain.
Elden nak saman Nirvana dan beberapa orang lagi
Elden memfailkan saman pada 2021, mengatakan dia masih mempunyai hak untuk memfailkan saman atas foto itu.
Dia berkata fotonya semasa bayi menyebabkan dia mengalami “gangguan emosi yang melampau dan kekal”. Dia juga mengakui kehilangan pendapatan dan “kenikmatan hidup”.
Tuntutan itu ditolak dan difailkan semula pada Januari lalu.
Sebagai tindak balas kepada tuntutan mahkamah terbaharu, seorang hakim di Los Angeles berkata Elden memfailkan tuntutan mahkamah melebihi tarikh akhir.
Pada bulan Januari, Nirvana bertindak balas terhadap permintaan untuk menggugurkan tuntutan Elden, yang mereka sebut tidak berasas.
“Dakwaan Elden bahawa gambar pada kulit album Nevermind adalah ‘po**nog*rafi kanak-kanak’ adalah satu jenaka,” kata peguam yang mewakili ahli kumpulan Nirvana, Dave Grohl dan Krist Novoselic; balu mendiang Kurt Cobain, Courtney Love; dan Kirk Weddle, jurugambar yang mengambil gambar untuk kulit untuk Nevermind.
Menurut peguam itu, jika teori Elden adalah wajar, sesiapa yang memiliki pita dan CD Nevermind boleh didapati bersalah memiliki bahan luc*h kanak-kanak.
Lagipun, peguam itu menyambung, Elden nampaknya menikmati populariti sebagai “bayi Nirvana.”
“Dia telah dibayar untuk menyalin foto itu, berkali-kali; dia malah melukis tajuk album…di dadanya; dia telah menghadiri rancangan bual bicara memakai baju renang dengan warna yang sama dengan kulitnya; dia menandatangani kulit album untuk dijual di eBay; dan dia telah menggunakan penampilannya [ pada kulit album] untuk cuba memikat gadis.”
Spencer Elden juga malah pernah membuat semula gambarnya pada album ‘Nevermind’ sebagai orang dewasa cuma tak berbogel la. Dia pada masa itu menyatakan dia berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah muzik – merujuk Album Nevermind sebagai salah satu album rock ikonik sepanjang zaman.
Elden setakat ini telah membuat semula kulit album Nevermind sebanyak tiga kali ketika dia masih remaja dan dewasa. Ia dilakukan untuk menandakan ulang tahun keluaran album Nevermind 10, 20 dan 25.
Namun selepas otu dia mengubah pendiriannya.
“Apabila saya baru bangun tidur saya sudah pun menjadi sebahagian daripada projek besar ini,” katanya.
“Ia agak sukar. Anda berasa seperti anda terkenal dengan perkara yang sukar untuk dipercayai,” kata Elden.
“Sukar untuk tidak marah apabila anda mendengar berapa banyak wang yang dihasilkan oleh projek itu.”
“Apabila saya pergi ke permainan besbol, saya berfikir pada diri saya sendiri, ‘Ya Tuhanku, semua orang di padang besbol ini mungkin telah melihat ‘batang’ kecil saya,’ saya rasa seperti hak asasi manusia saya dicabuli,” kata Elden.
Tetapi dalam wawancara lain, Elden mendedahkan lebih banyak perkara positif mengenai kulit album. Ketika itu dia tidak pula menyatakan dia tertekan dari kecil kerana gambar itu. Malah bangga menyatakan dia sebahagian daripada sejarah yang sangat penting dalam industri muzik.
Elden mengatakan: “Hebat sekali tetapi pelik menjadi sebahagian daripada sesuatu yang sangat penting sehingga saya tidak ingat.”
“Kulit album sentiasa menjadi perkara yang positif dan membuka banyak peluang kepada saya,” katanya kepada Guardian enam tahun lalu.
“Saya kini berusia 23 tahun dan bekerja sebagai artis. Ia memberi saya peluang untuk bekerja dengan Shepard Fairey selama lima tahun, yang merupakan pengalaman yang menakjubkan.”
“Dia seorang pencinta muzik yang hebat. Apabila dia mendapat tahu saya adalah bayi dalam kulit album Nirvana, dia fikir ia sangat hebat,” kata Elden.
Dia malah sudah beberapa kali mengingatkan dunia bahawa dia adalah baby Nirvana tersebut dengan beberapa muat naik di media sosial selain daripada sesi fotografi khas dengan NY Post.
Dia mengubah pendiriannya sekali lagi beberapa tahun lalu. Kali ini Elden mendakwa bahawa ibu bapanya tidak pernah menandatangani kertas kontrak untuk membenarkan Nirvana menggunakan gambarnya.
Elden menuduh gambar bogelnya sebagai bayi po**n**grafi kanak-kanak.
“Foto itu menunjukkan bahagian intim badan Spencer Elden dan menunjukkan kemaluannya sejak bayi hingga sekarang,” baca dokumen undang-undang yang difailkan pihaknya di California, Amerika Syarikat.
Foto bayi bukan seksual biasanya tidak dianggap sebagai pxxx**grafi kanak-kanak di bawah undang-undang AS.
Tetapi peguam Elden, Robert Lewis, berhujah bahawa bil dolar yang dilekatkan pada foto asal anak guamnya menjadikan Elden di bawah umur ketika itu kelihatan “seperti pekerja s*ks”.
Dokumen itu juga menuduh Nirvana tidak menunaikan janji untuk menutup kemaluan Elden dalam foto itu dengan pelekat.
“Identiti dan nama sebenar beliau akan selama-lamanya terikat dengan eksploitasi seksual komersial yang dialaminya semasa kecil, yang telah diedarkan dan dijual di seluruh dunia sejak dia masih bayi sehingga hari ini,” dakwa Elden dalam tuntutan mahkamahnya.
Elden mendakwa telah terjejas teruk kerana gambar itu dan akan terus merasai kesan foto muka depan itu sepanjang hayatnya.
Kesan buruk, katanya, adalah dalam bentuk tekanan emosi yang melampau dan kekal, halangan kepada pembangunan diri dan kemajuan pendidikan serta keperluan untuk menjalani rawatan perubatan dan psikologi.
Elden menuntut sekurang-kurangnya $150,000 (kira kira RM671k) daripada setiap seorang sebagai ganti rugi daripada 15 orang yang didakwanya bersamaan dengan USD2.25 juta atau RM10.11 juta.
Orang yang dia saman termasuk bekas ahli Nirvana Dave Grohl dan Krist Novoselic. Dia juga memasukkan beberapa pembantu rumah vokalis Nirvana Kurt Cobain dalam senarai defendan. Cobain meninggal dunia pada tahun 1994. Defendan lain dalam dokumen itu ialah bekas isteri Cobain, Courtney Love dan jurugambar Kirk Weddle.
Pada tahun 2008, bapa Elden, Rick menceritakan kisah di sebalik penggambaran itu kepada rangkaian Radio NPR.
Rick berkata, dia ditawarkan oleh jurugambar Kirk Weddle untuk terlibat dalam membuat kulit album. Weddle, yang merupakan saudara mara Elden, menawarkan ganjaran sebanyak AS$200.
“Kami baru sahaja mengadakan parti besar di kolam renang dan tiada siapa yang tahu apa yang berlaku!”
Rick dan keluarganya dengan cepat melupakan melupakan Elden. Tiga bulan kemudian, mereka melihat kulit album Nevermind di dinding Tower Records di Los Angeles.”
Dua bulan kemudian, merujuk kepada artikel NPR, “Geffen Records menghantar Spencer Elden berusia 1 tahun album platinum dan teddy bear.”
Album Nevermind terjual 30 juta salinan di seluruh dunia. Album tersebut memuatkan beberapa lagu yang kemudiannya meletup seperti Smells Like Teen Spirit, Come As You Are, dan Lithium.
Dalam temu bual dengan Guardian pada 2019, Weddle berkata dia masih berhubung dengan Elden. Dia mengakui bahawa mereka berdua mempunyai konflik mengenai kulit album.
“Dia merasakan bahawa semua orang membuat wang daripadanya, tetapi dia tidak mendapat bahagian,” kata Weddle.
Weddle menambah, dia bersetuju bahawa Elden seharusnya mendapat sesuatu walaupun dia tak bersetuju dengan tuntutan Elden mahu menyaman mereka.
Tetapi akhirnya Weddle mendedahkan syarikat rakaman sentias akan mengutamakan poket mereka sendiri.
“Saya rasa dia berhak mendapat sesuatu. Tetapi label rekod sentiasa mendapat manfaat daripada proses ini,” kata Weddle.