Bad Bunny Pamer Aksi Gusti Yang Memukau Peminat Seluruh Dunia

Benito Antonio Martínez Ocasio atau nama pentasnya Bad Bunny merupakan salah seorang rapper dan penulis lagu yang pernah memenangi anugerah Grammy dan pelbagai lagi anugerah lain dalam dunia hiburan.

Beliau dianggap antara rappers terkenal ketika ini dengan menghasilkan banyak lagu-lagu yang hits.

Bad Bunny juga merupakan salah seorang peminat gusti profesional dan agak mengejutkan beliau sebenarnya mampu bergusti dengan sangat baik.

Bunny pada Januari lalu telah menjadi tetamu undangan di acara Royal Rumble dan telah membuat persembahan bersama Hall of Famer, King Booker.

Pada awalnya tiada siapa menduga beliau akan bergusti di acara WrestleMania atau akan ada jalan cerita untuknya selepas berakhirnya acara Royal Rumble tersebut.

The Miz yang dikenali sebagai seorang yang poyo dan berlagak seolah beliau bintang Hollywood paling terkenal awalnya bertemu Bad Bunny dan mengajaknya untuk bekerjasama.

Bad Bunny menolak ajakan Miz dan para peminat menganggap kisah antara mereka hanya akan berakhir di situ sahaja.

Di acara Monday Night Raw selepas Royal Rumble, Bad Bunny telah diundang untuk menjadi tetamu undangan dan beliau ketika itu diiringi oleh Damien Priest.

Ketika itu jugalah Bad Bunny berjaya memenangi kejuaraan 24/7 selepas beliau menindan Akira Tozawa dibelakang pentas.

Damien Priest terus menjadi pendamping Bunny hinggalah konflik antara penyanyi Rappers itu dengan Miz semakin berlarutan beliau telah mencabar mereka untuk bertarung di acara WrestleMania.

Tidak ada siapa menjangkakan Bad Bunny boleh bergusti dengan begitu hebat dan cemerlang sehinggalah ke acara WrestleMania hari ini.

Bunny berjaya melakukan beberapa gerakan yang dianggap sangat sempurna, beliau jelas beraksi seperti seorang penggusti profesional dan bukan hanya penyanyi undangan.

Move set Bunny sangat sempurna, beliau berjaya menjual dan membeli dengan sangat bagus ketika beraksi di atas gelanggang.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan aksi Bunny sebenarnya lebih bagus dari beberapa penggusti jobber dan bahkan penggusti mid card.

Antara aksi terbaik yang dilakukan oleh beliau dalam perlawanan ini adalah ketika Bunny melakukan teknik Canadian Destroyer ke atas Morrison di luar gelanggang.

Damien Priest sendiri jelas terkejut melihat Bunny melakukan gerakan itu dengan sempurna dan ramai yang tahu gerakan tersebut tidak dibenarkan lagi untuk digunakan kerana bimbang pengguna salah teknik dan boleh mendatangkan kecederaan parah pada penggusti lain.

Namun Bunny berjaya menggunakan gerakan tersebut dengan sangat-sangat sempurna dan mendapat pujian menggunung dari para peminat.

Bunny dan Priest berjaya menewaskan Miz & Morrison seterusnya mendapat standing ovation dari para penonton selepas tamat aksi mereka.

Kalau ada anugerah super star of the night, nama Bunny boleh dicalonkan untuk menerima anugerah tersebut.

Perlawanan lain yang dilangsungkan di acara WrestleMania 37 malam pertama ini adalah pertemuan antara Bobby Lashley bertemu Drew McIntyre untuk merebut sabuk kejuaraan dunia WWE.

Lashley cemerlang menewaskan Drew dengan mengunci Scottish Psychopath itu dan menyebabkan pengadil perlawanan memberikan kemenangan kepadanya.

Cesaro melengkapkan malam sempurna untuk aksi single match pertama di acara WrestleMania sepanjang kariernya dengan menewaskan Seth Rollins.

Natalya dan Tamina pula berjaya memenangi Womens Tag Team Turmoil Match menewaskan pasangan regu Riot Squad.

Braun Strowman mendominasi Shane O’Mac dan menewaskan anak kepada pemilik syatikat itu dalam aksi perlawanan dalam sangkar.

Aksi main event untuk acara malam pertama WrestleMania kali ini juga sangat menarik untuk disaksikan dengan Bianca Belair cemerlang menewaskan Sasha Banks.

Belair berjaya merampas sabuk kejuaraan Wanita Dunia WWE selepas menewaskan Sasha Banks dalam aksi perlawanan yang sungguh hebat dan mengagumkan.

Secara keseluruhannya, hanya aksi tag team turmoil sahaja yang hambar dalam acara hari ini, selain dari itu semuanya sangat berbaloi untuk ditonton.

Baca yang lain