Baddrol Bakhtiar Lagenda Double Trouble & Maestro Yang Diiktiraf TMJ Legenda Sebenar Kedah

Jika disebut nama Baddrol Bakhtiar, sudah pasti ia sangat sinonim dengan pasukan bola sepak Kedah FA. Yang merupakan icon dan legenda bola sepak moden Kedah FA.

Ia diibaratkan seperti kita sebut Gerrard orang akan tahu, ia bermain untuk Liverpool, Totti pemain AS Roma dan sebut Paul Scholes terus orang tau pemain Manchester United.

Begitulah gahnya nama Baddrol Bakhtiar dalam bola sepak Malaysia dan Kedah FA khususnya.

Maestro legenda Kedah

Kalau kita imbas kembali penglibat Baddrol Bakhtiar bersama Kedah bermula pada musim 2006/2007. Dimana beliau diserap dari skuad presiden Kedah, kerana telah menunjuk aksi yang baik ketika bersama skuad SUKMA Kedah pada tahun 2006. Antara pemain lain yang juga diserap pada ketika itu adalah Hadi Hamid.

Walaubagaimanapun, ketika Baddrol Bakhtiar diserap ke pasukan Kedah. Baddrol tidak dijanjikan bulan dan bintang untuk terus ke skuad utama.

Baddrol perlu bersaing untuk tempatnya dengan pemain senior yang lain. Pesaing terdekat Baddrol pada ketika itu adalah K Soley yang sering menjadi pilihan utama Kedah.

Namun, selepas K Soley berpindah ke Perlis pada tahun 2007. Baddrol mula mendapat peluang bersama Kedah. Aksi yang memberansangkan yang ditunjukkan Baddrol selepas itu dan menjaringkan 14 gol keseluruhan pada musim 07/08.

Sejak daripada itu, Baddrol mununjukkan aksi yang konsisten bersama Kedah sehingga ke hari ini.

Walaupun jatuh bangun pasukan Kedah, pernah terhumban ke Liga Perdana selama hampir 3 musim. Baddrol masih lagi mahu menyumbang bakti kepada Kedah untuk kembali bangkit sehingga ke hari ini.

Menuntut Pengalaman Di Stamford Bridge

Ketika Baddrol bermain di kejohanan Champion Youth Cup (CYC). Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.

Peluang ke Stamford Bridge hadir pada tahun 2008, dimana Pengerusi Gifted Group Jonathan Price telah mengotakan janjinya. Dua pemain telah dipilih untuk mengikuti latihan di kelab terkemukan dunia Chelsea selama dua minggu iaitu Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar.

Selepas daripada pulang dari London, Baddrol menunjukkan banyak peningkatan dari segi aspek permainan bola sepaknya. Beliau banyak membantu Kedah untuk mencapai lebih banyak gelaran, dan membantu skuad Malaysia pada ketika itu.

Lebih 100 Gol Bersama Kedah

Aksi konsisten Baddrol bersama Kedah kita tidak boleh menafikannya lagi. Beliau menjadi antara pemain local yang paling konsisten di Kedah.

Bukan sahaja di Kedah, bagi aksi di Liga Malaysia juga, Baddrol Bakhtiar merupakan pemain yang konsisten menjaringkan gol bagi setiap musim sejak 2007.

Hanya beberapa orang sahaja pemain tempatan yang berjaya mencapai 100 gol di Liga Malaysia. Antaranya Indra Putra dan Baddrol Bakhtiar merupakan salah seorang daripadanya.

Baddrol mencapai 100 golnya bersama Kedah adalah pada tahun 2017 ketika menentang Sarawak di Liga Super.

Liga Super – 53 gol
Liga Perdana – 12 gol
Piala Malaysia – 20 gol
Piala FA – 11 gol
Piala AFC – 4 gol

Kredit – FB KFA

Selepas dari 2017, Baddrol telah menjaringkan 16 gol. Pada tahun 2018, Baddrol telah menjaringkan 9 gol dan pada tahun 2019 dengan 7 gol.

Jumlah tersebut telah menjadikan jaringan gol Baddrol setakat ini bersama Kedah adalah 116 gol.

Pada musim lepas 2019, Baddrol menjadi salah seorang pemain yang sangat penting bagi Kedah, walaupun diusianya mencecah 31 tahun itu tidak menjadi penghalang. Baddrol menjadi pemain paling banyak menghasilkan bantuan gol bersama Kedah iaitu dengan 14 assist. Yang juga merupakan pemain tempatan paling banyak melakukan assist.

Kredit : Kedah FA

Data dan statistik tersebut menunjukkan Baddrol masih relevan bersama Kedah. Walaupun usianya telah mencapai 32 tahun pada ketika itu.

Sumbangan Baddrol jelas sekali masih lagi ditagih oleh Kedah. Pada 2 aksi kelayakan ACL yang dihadapi Kedah pada masa itu, Baddrol merekodkan 2 assist ketika menentang Taipo FC dan juga Seoul FC.

Prestasi Baddrol terus berlarutan sehingga ke hari ini. Menjadikannya terus menjadi pemain utama dalam skuad Lang merah.

Dan beliau terus menyumbang kepada gol dan assist bersama Kedah.

12 Gelaran Bersama Kedah

Baddrol telah mencapai semua gelaran di peringkat domestik bersama Kedah. Menjadikannya pemain yang paling lengkap di Malaysia.

Termasuklah membantu Kedah mencapai ‘Double Treble’ pada tahun 2007 dan 2008.

Bukan sahaja di Kedah, malah di skuad kebangsaan juga Baddrol pernah mencapai gelaran emas sukan SEA sebanyak 2 kali. Iaitu pada tahun 2009 dan 2011.

Mana mungkin rakyat Malaysia dapat lupakan ketika saat Baddrol menjaringkan gol, bagi penentuan sepakan penalti pada sukan SEA 2011 dan mengesahkan pingat emas Malaysia. Baddrol juga merupakan ketua pasukan bagi skuad Malaysia U-23 sepanjang tahun 2011.

Baddrol mengambil sepakan penalti

Kejayaan Baddrol bersama Kedah sangat manis. Beliau datang dengan skuad Kedah yang hampir lengkap. Selepas larangan pemain import, itu adalah saat kejatuhan bola sepak Kedah.

Sehinggalah Kedah jatuh ke Liga Perdana pada tahun 2012. 3 tahun bola sepak Kedah suram, dan begitu juga karier Baddrol Bakhtiar. Kemudian Kedah kembali mencapai gelaran pertamanya iaitu juara Liga Perdana pada tahun 2015.

Selepas Kedah kembali ke Liga Super, kecuali tahun 2018. Kedah akan mara sekurang-kurangnya 1 kali ke Final setiap tahun dan akan membawa pulang sekurang-kurangnya 1 piala setiap musim.

Berikut adalah bilangan piala yang dimenanginya dan menjadikan Baddrol pemain yang lengkap memenangi semua gelaran domestik.

Liga Super – 2
Liga Perdana – 2
FA Cup – 4
Piala Malaysia – 3
Piala Sumbangsih – 1
Malaysia – 2 pingat emas

Kelebihan Baddrol Bakhtiar Di Padang

Antara kelebihan Baddrol adalah, beliau boleh beraksi di setiap posisi di bahagian tengah. Menurut Ong Kim Swee, kelebihan Baddrol itulah yang digunakannya untuk membantu Malaysia memperolehi gelaran emas kedua berturut-turut tahun 2011.

Sepanjang karier, Baddrol terkenal di posisi sayap kanan. Dia juga boleh bermain di sayap kiri. Ketika di Malaysia dalam skuad Ong Kim Swee bermain sebagai attacking midfielder. Sehinggalah sekarang ini, Baddrol sering bermain sebagai holding midfielder (no6) dan juga center midfielder.

Selain itu, Baddrol juga sangat berbahaya dalam hantaran lintang. Kelebihan itu sering digunakan Baddrol untuk menghasilkan bantuan gol. Malah sepakan percuma dan sepakan sudut Baddrol juga merupakan pemain yang terbaik di Malaysia.

Kredit : Arena Hijau Kuning

Tidak dilupakan juga, selain kebolehan teknikalnya sebagai pemain bola sepak. Baddrol merupakan seorang pemimpin diatas padang, bukan sahaja diatas padang, Baddrol juga merupakan pemain yang mampu memberi pengaruh kepada pemain di bilik persalinan.

TMJ: Baddrol Legenda sebenar bola sepak Kedah Bukan Liridon

Beberapa tahun yang lalu peminat bola sepak Malaysia heboh menceritakan dan membincangkan ‘self proclaimed’ oleh Liridon yang menggelarkan dirinya legenda Kedah.

Liridon Krasniqi dalam kenyataan rasmi di akaun facebook beliau satu bait ayat yang menarik perhatian TMJ dan netizen: “Kepada semua keluarga Kedahku, dengar di sini elok-elok, ini legenda kamu, Matdon bercakap.”

Ramai yang berbagi pandangan tentang hal itu. Pemilik JDT, TMJ menyatakan beliau mengiktiraf Baddrol Bakhtiar sebagai legenda Kedah yang sebenar, bukannya Liridon.

TMJ malah membuat satu meme tentang pengklaiman tidak masuk akal itu:

TMJ berkata:

“Saya tak pernah lihat lagi pemain bola sepak mengiktiraf diri mereka legenda.”

“Seorang legenda itu akan memberikan inspirasi, legenda memenangi trofi, legenda tak akan menyalahkan orang lain, dan legenda tak akan bergaduh dengan rakan sepasukan.”

“Dan legenda Kedah yang sebenar ialah Baddrol Bakhtiar.”

TMJ turut menyatakan rasa kagum dan hormat baginda kepada Baddrol Bakhtiar. Sehingga ke hari ini TMJ masih menganggap Baddrol sebagai pemain paling penting pasukan Kedah.

Ramon Marcote: Baddrol memang pemain istimewa

Ramon Marcote pernah membimbing pasukan Kedah. Dan pernah menjadikan Baddrol Bakhtiar sebagai pemain tengah deep lying sepenuh masa.

Alasan utama Ramon ketika itu kerana beliau mahu membentuk pasukan yang berasaskan binaan serangan dari bawah. Tiada pemain lain lebih bagus untuk peranan deep lying playmaker selain Baddrol.

Baddrol memiliki ketepatan dan jarak / range hantaran yang sangat bagus.

Kelebihan Baddrol Bakhtiar adalah beliau seorang pemain yang sangat cepat beradaptasi. Sebab itu dalam kariernya dia boleh bermain di mana mana posisi tengah dan serangan.

Oleh sebab itu beliau merupakan pemain yang meggalas peranan maestro di atas padang. Pemain yang turut memiliki kemampuan untuk melakukan percubaan jarak jauh sehinggakan dia digelar Baddrol The Sniper!

Bakal tinggalkan Kedah?

Ramai yang tak tahu, Baddrol dilahirkan di Sarawak dan kedua-dua ibubapanya merupakan anak jati Negeri Sembilan.

Namun, Baddrol telah dibesarkan dan mendapat pendidikan di Sungai Petani, Kedah selepas keluarganya berpindah ke sana mengikut ayahnya yang merupakan Angkatan Tentera Malaysia.

Tidak dinafikan Baddrol merupakan antara pemain bola sepak tempatan yang paling berjaya di Malaysia.

Pemain yang sangat konsisten dari setiap tahun ke setiap tahun, walaupun usianya yang semakin meningkat. Baddrol sentiasa membuktikan dia sentiasa relevan untuk pasukan Kedah.

Namun setiap yang bermula pasti akan berakhir. Baddrol dikatakan sudah sedia menukar angin dalam kariernya dan merasai cabaran baharu di tempat lain.

Jika benar beliau akhirnya meninggalkan Kedah, kita ucapkan Biar Baddrol Jadi Kenangan! Pemain yang setia bersama Kedah ketika jatuh dan bangun. Sama sama berada di liga premier dan naik ke Liga Super dan macam macam lagi.

Dalam kariernya Baddrol ada menerima banyak tawaran daripada pasukan lain. Namun dia tetap setia bersama Kedah!

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil