Baddrol Bakhtiar Rasmi Tinggalkan Sabah: “Beliau Sentiasa Menjadi Legenda Sabah FC”

Sabah FC mengumumkan pemain tengah, Baddrol Bakthiar telah dilepaskan daripada kontraknya bersama pasukan itu atas persetujuan bersama.

Ini bermakna Baddrol Bakhtiar kini sah bergelar pemain ejen bebas.

Baddrol yang merupakan kapten Sabah FC menyertai pasukan itu ketika revolusi di bawah kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

Sabah mengumumkan perkara itu menerusi satu siaran media di platform media sosial rasmi kelab.

Dalam kenyataan itu, Sabah FC menulis:

“Sabah Football Club dengan ini mengumumkan bahawa Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan peranannya sebagai Ketua Pasukan dan tidak lagi bersama pasukan sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini.”

“Keputusan ini diambil melalui persetujuan bersama Baddrol Bakhtiar, atas sebab yang akan diumumkan dalam masa terdekat.”

“Beliau akan sentiasa menjadi legenda di Sabah FC. Segala komitmen, dedikasi, semangat dan motivasi yang diberikan sepanjang bermain bersama Sabah FC dan seterusnya menerajui Sabah ke AFC Cup 2023 akan sentiasa dikenang.”

“Dengan keseluruhan 41 penampilan dan 13 gol, tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin.”

“Nama Baddrol Bakhtiar juga akan terpahat sebagai lagenda di Arena Bolasepak Malaysia.”

“Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan dalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Kami sentasa mengalu-alukan Baddrol Bakhtiar kembali ke Sabah FC sebagai keluarga pada masa hadapan.”

“Terima kasih Badd!”