Bagaimana Akira Nishino Memacu Thailand Mara ke Suku Akhir Piala AFC B-23

Thailand menjadi tuan rumah pada edisi ke-5 Piala AFC B-23. Diundi bersama Iraq yang juga merupakan juara edisi sulung.

1 negara lagi yang melengkapi kumpulan A adalah Australia dan Bahrain (yang membuat kemunculan pertama pada kejohanan kali ini).

Kumpulan B merupakan kumpulan paling berkualiti, melibatkan bakal tuan rumah Sukan Olimpik iaitu Jepun dan akan dicabar oleh kuasa besar bola sepak zon barat, Arab Saudi.

Qatar dan Syria akan berebut 2 slot ke suku akhir dalam kumpulan itu.

Juara bertahan Uzbekistan bersama Iran, China dan Korea Selatan di kumpulan C. Vietnam yang mengejutkan Asia berada di Kumpulan D bersama UAE, Jodan dan Korea Utara.

Sebelum kejohanan, Akira Nishino mengatakan Thailand akan bermain seperti biasa apabila bertemu Bahrain dalam perlawanan pembukaan.

Menurutnya, beliau tahu akan kemampuan pasukan masing-masing di Kumpulan A.

Akira Nishino juga merupakan ketua jurulatih skuad senior Thailand

“Kami menyedari kekuatan semua pasukan dalam kumpulan ini dan jelas ia menjadi sesuatu yang mencabar bagi Thailand”

“Persediaan kami adalah fokus kepada apa yang kami boleh lakukan. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mencari jawapan kepada semua cabaran yang kami akan hadapi semasa peringkat kumpulan”

“Matlamat Thailand dalam kejohanan ini adalah untuk layak ke Sukan Olimpik. Generasi ini mempunyai ramai potensi tetapi pemain ini perlukan pengalaman untuk memperbaiki diri”

“Oleh itu kami bernasib baik diundi bersama pasukan kuat untuk skuad meningkatkan prestasi”

Thailand membelasah Bahrain 5-0 dalam perlawanan pembukaannya.

2 jaringan dari Suphanat Muenta yang menggunakan platform ini membuktikan dirinya kekal sebagai bintang Buriram United dan Thailand.

Menampilkan permain menarik sepanjang perlawanan itu. Meletakan Thailand mendahului Kumpulan dengan kelebihan 2 mata selepas Australia hanya mampu seri dengan Iraq.

Thailand mendahului Kumpulan A selepas perlawanan pertama

Nishino mendapat momentum baik seawal perlawanan pertama untuk membawa Thailand ke suku akhir.

Dengan sokongan dari penyokong tuan rumah, Thailand mendominasi perlawanan sejak wisel dibunyikan, melepas percubaan pertama dari Suphacai Jaided pada minit ke-6.

Mendahului seawal minit ke-12 melalui Muenta dari sepakan penjuru Supachok Sarachat. Sejurus selepas rehat Sarachat menggandakan kedudukan dan Muenta melakukan larian sempurna pada minit ke-72 sebelum melakukan percubaan melengkung, menjadikan kedudukan 3-0.

Jaroensak Wonggorn yang dibawa masuk pada minit ke-87 sempat meledak 2 gol bagi memberi kelabihan gol yang selesa kepada Thailand, 5-0.

Nishino memuji aksi Muenta dan Wonggorn dalam perjalanan mereka untuk tampil ke suku akhir, ini merupakan kali ke-3.

“Sebagai negara tuan rumah, terdapat banyak harapan yang diletakan oleh para penyokong ketika bertemu Bahrain.”

“Kami menerapkan permainan agresif sejak awal perlawanan. Sejak gol pertama, pemain-pemain agak bersemangat dan laparkan kemenangan.”

“Sebelum perlawanan, saya percaya jika kita menggunakan pendekatan negatif, permainan juga akan menjadi negatif”

“Saya memberitahu kepada pemain terus kekal di depan sepanjang masa dan mereka melakukannya”

Cabaran ke-2 Nishino agak berat apabila bertemu Australia.

“Saya selalu memberitahu pemain bahawa mereka perlu terus mencabar diri sendiri dan terus berusaha memperbaiki diri”

“Dalam pertandingan seperti ini dan menentang pasukan baik, ia bukan hanya berkaitan dengan kemahiran dan taktikal. Ia lebih kepada pendekatan membina mental yang positif dan meraih pengalaman”

Pada kali ini Nishino menghadapi sedikit dilema kerana perlu merehatkan pemain.

“Selepas persembahan menakjubkan menentang Bahrain, ada kemungkinan saya akan mengekalkan kesemua kesebelasan utama.”

“Tetapi jika sebaliknya berlaku, saya perlu memilih pemain yang betul untuk menghadapi Australia. Saya terus memberitahu pemain untuk memberi tumpuan kepada perlawanan itu.”

Thailand tewas 1-2 kepada Australia.

D’Agostino menjaringkan 1 gol pada setiap babak bagi memastikan Australia memintas kedudukan teratas kumpulan.Keputusan ini menyaksikan Thailand jatuh ke tangga ke-2.

Dalam perlawanan ini para penyokong Thailand memberi ucapan dan doa kepada Australia berkaitan kes kebakaran hutan yang melanda negara itu.

Ucapan simpati dari penyokong tuan rumah dengan bencana yang berlaku di Australia

Pray For All Lifes, Thai Hearts for Australia.

Iraq tampil menjadi lawan terakhir Thailand, pasukan itu mencatat keputusan seri dalam perlawanan pertama dan ke-2. Iraq perlukan kemenangan sementara Thailand cuma memerlukan seri untuk mara ke suku akhir.

“perlawanan seterusnya akan menentukan nasib kami”

“Kami akan melihat semula keseluruhan keadaan kami dan cuba mengelak kesilapan yang berlaku pada perlawanan pertama dan ke-2.”

Sementara itu Nishino menyeru para pemainnya meningkatkan semangatnya untuk mencari 1 mata yang akan membawa mereka ke suku akhir.

“Selepas memantau persediaan kami, saya fikir pemain telah melakukan lebih baik dari yang saya harapkan.”

“Setakat ini kami hanya mempunyai 3 mata namun saya percaya para pemain sudah melakukan yang terbaik. Mereka mengenalpasti kelemahan dirinya dan memperbaikinya.”

Thailand hanya perlukan seri dalam perlawanan terakhir

“Untuk perlawanan seterusnya yang akan menentukan sama ada kita akan layak atau tidak, kita akan fokus untuk memperbaiki kelemahan.”

“Sudah tentu kita perlu menilai kecergasan dan tahap pemulihan pemain tetapi kami akan melakukan yang terbaik dan bersedia untuk bermain.”

Thailand seri 1-1 dengan Iraq, Thailand layak ke suku akhir.

Jaringan sepakan penalti minit ke-6 dari Jaroensak Wonggorn memadai buat Thailand walaupun jaringan itu dipadam oleh Iraq pada minit ke-49.

Ia amat dibantu dengan keputusan menewaskan Bahrain 5-0 pada perlawanan sebelumnya. Thailand mengakhiri kumpulan A di tangga ke-2 adan akan menentang juara kumpulan A.

Nishino memuji pemainnya pada malam gembira bola sepak Thailand.

“Kami melalui masa yang hebat. Para pemain telah melakukannya, melangkah ke suku akhir.”

“Kami adalah negara tuan rumah, para pemain sangat bermotivasi dan sepanjang 3 perlawanan, saya percaya pemain telah membuktikan kemampuan diri mereka sendiri. Mereka akan terus melakukan.”

“Mereka telah memiliki pengalaman, ia merupakan pembelajaran yang hebat untuk mereka.”

Walau bagaimanapun, walaupun Thailand berjaya mara ke suku akhir pertama dalam 3 percubaannya, Nishino mengingatkan masih ada ruang untuk penambahbaikan.

“Pada kejohanan ini, saya percaya pasukan ini mula memahami dengan tepat bagaimana kita mahu bermain bola sepak, gaya yang kita mahu gunakan.”

“Kita masih perlu memperbaiki terutamanya dalam kawasan yang lebih spesifik permainanan dan kami akan berusaha akan memperbaiki kelemahan kami dalam perlawanan seterusnya.”

Rumusan

Melihat proses perjalanan Thailand sepanjang 3 perlawanan peringkat kumpulan, jelas Akira Nishino amat menitik beratkan kekuatan mental.

Selain faktor kemahiran pemain dan taktikal, untuk mencapai prestasi ke tahap lebih tinggi, kekuatan mental, kekal positif dan cepat memperbaiki diri merupakan eleman utama pasukan ini.

Rujukan: AFC

Baca yang lain