Bagaimana Antonio Conte Mengubah Lukaku Dari ‘Si Gemuk’ Kepada Fizikal Terbaiknya

Semua orang tahu Antonio Conte seorang pengurus yang sangat tegas. Dan beliau sangat jelas dan tegas tentang apa yang beliau mahukan.

Antara perkara yang Conte lakukan di Inter Milan termasuk mengawal diet Lukaku agar pemain itu berada dalam kondisi fizikal terbaik.

Lukaku dijual oleh Manchester United ke Inter Milan. Dan membangun menjadi salah seorang no.9 terbaik di Eropah. Sedangkan Man United masih bergelut mecari no.9 yang konsisten.

United kini masih memburu penyerang seperti Erling Haaland untuk dibawa masuk ke dalam pasukan.

Gandingan Lukaku dan Lautaro Martinez, sangat menjadi. Lukaku mencetak 59 gol dalam 85 penampilannya bersama Inter Milan. Dan kini dalam landasan terbaik untuk menjuarai Serie A.

Fizikal Lukaku kini sangat mantap dan padu. Di mana pada 2019, beliau pernah mengakui dia mengalami kenaikan 4 kg kerana ada isu dengan tabiat makan dan penghadamannya.

Mourinho pula tidak gemar melihat Lukaku berada di gym terlalu lama. Kerana ianya boleh mengurangkan kelajuannya di atas padang, apabila ototnya lebih besar.

Lukaku juga pernah berperang sindiran dengan peminat di Instagram, selepas dilabel si gemuk oleh netizen. Mereka membandingkan badan Lukaku ketika tiba dan keadaan selepas setahun.

Lukaku yang kepanasan mendengarnya telah menjukkan ketulan six packs pada badannya depan cermin dan menulis: “Not bad for a fat boy”.

Lukaku kemudian berkongsi bagaimana pasukan kejurulatihan Conte membantunya mengawal berat badan. Lukaku malah meninggalkan tabiat buruk makan seorang atlet yang dia lalui di Man United sebelum ini iaitu suka makan pizza yang ada nanas serta pasta dengan sos carbonara.

“Apabila saya menyertai Inter, kami melakukan kajian ke atas badan saya dan banyak yang berubah selepas itu.”

“Saya makan lebih banyak salad dan ikan, yang memberikan impak luar biasa kepada saya. Saya juga mengambil carnitine dan vitamin untuk membuatkan saya rasa hebat.”

“Saya makan salad untuk makan tengah hari, banyak makan dada ayam serta mee shirataki. Sejak mengamalkan cara hidup sihat ini, prestasi saya lebih baik atas padang dan lebih laju serta tangkas.”

“Saya suka ubi kentang dan nasi hitam, dan saya tak makan pasta dan pizza dah sekarang.”

“Sekarang saya sudah mencapai tahap baharu untuk fizikal dan mental. Sebelum perlawanan saya tak boleh mengambil karbohidrat berlebihan. Hampir setiap kali selepas tamat perlawanan saya makan 2 pek gnocchi. Ia membantu kitaran dalam badan saya dengan cepat, dan sangat membantu.”

Hasilnya memang luar biasa, laporan La Gazzetta dello Sport, menyatakan bahawa Lukaku mengurangkan 7.25 kg selepas bekerjasama dengan bekas pemain ragbi yang kini menjadi pakar nutrisi Inter Milan iaitu, Matteo Pincella.

Bukan itu sahaja, Lukaku tidak pernah ponteng ‘leg day’.

Pengurus dan berat badan pemain

Mahmadou Sakho ketika bersama dengan Liverpool pernah beberapa kali mendapat amaran daripada pengurusan Klopp. Sebab apa?

Sakho ni ada satu tabiat yang Rodgers sebelum ni tutup mata iaitu dia ‘wajib’ lunch dengan isteri dia walaupun pada hari bekerja di kompleks Liverpool. Hari bekerja tu merujuk kepada hari latihan penuh.

Namun di bawah Klopp. Sakho dan kesemua pemain wajib makan tengah hari di kompleks kelab. Sakho kemudian diminta untuk mengikut peraturan iaitu team lunch di pusat latihan kelab.
Sebab apa?

Sebab team nutrisi pasukan sudah menyediakan amaun nutrisi yang lengkap untuk setiap pemain terutama sekali pemain yang ada masalah dengan berat badan dan kecederaan.
Berat badan ni tak semestinya kau berat lebih, kau ringan daripada sepatutnya pun kelab akan handle.

Eden Hazard pernah tiba di Real Madrid dengan lebihan berat badan sebanyak 12kg. Dan beliau diminta melakukan latihan intensif untuk mengurangkannya.

Manchester City di bawah Pep pun buat benda yang sama. Di mana para pemain tak boleh sesuka hati mereka makan di mana mana. Zabaleta atau Kompany, aku lupa, antara pemain yang pernah menyatakan mereka terpaksa tukar rutin lunch dengan family sejak Pep datang.

Mereka dibayar sebagai profesional. Bermaksud mereka setuju dengan terma dan syarat.

Antonio Conte paling gila. Ketika menguruskan Chelsea, para pemainnya hanya boleh makan di restauran yang dia dah tetapkan ketika musim sedang berjalan.
Di mana chef / tukang masak restaurant akan melaporkan apa yang pemain ni pesan tadi?

Ya, mesti pemain akan makan sedap punya. Makan sedap ni biasanya, makan manis, garam lebih dan sebagainya. Conte akan tahu pemain ni semalam ambik gula lebih, so dia akan menjalani proses yang tertentu untuk memastikan berat badan dia ok.

Tapi biasanya mereka yang dah cheat ni akan berada dalam list belakang sikit dalam team selection.

Ada sekali Raheem Sterling minum air gas. Terus kecoh satu England. Kerana bagi orang kat sana, atlet profesional mana boleh sewenang wenang minum air gula lebih.
Di England, ramai pemain yang kantoi minum air gas ni kena tindakan tau. Ada yang kena potong gaji pun ada.

Sebab tu kalau korang jumpa gambar pemain bola lepak kat bar ke apa. Mesti gambar dengan meja kosong atau air kosong je. Kita mana tau bawah meja tepi tepi tu semua ada bir, arak, makanan tak sihat, pizza dan sebagainya.

Memang orang kata, gemuk tu tak akan membuatkan kau bad player. Tapi kalau kau bukan Ronaldo R9, kau susah sikit la. R9 pun menangis mengakui berat badan dia punca dia tak dapat lanjutkan lagi kariernya.

Risiko berat badan lebih ni adalah, risiko kecederaan lebih tinggi. Kaki kau mudah cedera kerana bola sepak banyak twist and turn atas padang.
Stamina kau mudah semput sebab semakin berat badan. Semua ni akan menghalang kau bermain di prestasi optimum.

Kontrak pemain bola sepak ni mahal. Sebab kelab dah beli separuh daripada hidup kau. Bila kau setuju maknanya, kau dah bagi separuh hidup tu kat kelab. Maksudnya di sini, lifestyle kau, tak boleh tidur lebih 11pm, tak boleh makan sesuka hati, tak boleh ke kelab malam sesuka hati, makan di kantin kelab dan sebagainya.

Di sana orang akan kata, dibayar sebagai profesional, maka bersikap profesional.

Baca yang lain