Bagaimana Bahasa Arab Membantu Aston Villa Ke Final Piala Carabao 2019/20

Bahasa Arab merupakan antara bahasa pengantar yang berpengaruh di dunia, terutama sekali di kalangan negara-negara Islam.

Tahukah korang, semalam Aston Villa menang ke atas Leicester dan mara ke final kerana bantuan bahasa Arab?

Eh?

Ok…

Ahmed Hassan Trezeguet mendedahkan bahawa beliau menggunakan bahasa Arab agar semua mat salleh dan mat afrika dan mat latin dalam padang tak faham.

Trezeguet meminjam nama idolanya dalam karier. Dan semalam benar benar menjadi Trezeguet.

Pengurus Aston Villa Dean Smith menganggap gol kemenangan ke final Aston Villa adalah gol buatan Mesir.

Ini kerana assist untuk gol itu aalah menerusi pemain gantian, Elmohamady.

Bercakap kepada media AVFC, Trezeguet mendedahkan:

“Ya, detik yang sangat indah untuk menjaringkan gol dan kita ke Wembley.”

“Dan pada hari ini kita bekerja sangat kuat. Oleh sebab itulah kita berhak untuk pergi ke Wembley.”

“Dan saya sangat gembira dengan gol itu, yang membawa pasukan kita ke Wembley.”

Trezeguet menyatakan memang mereka berdua selalu berlatih bersama untuk mengenali cara pemainan masing – masing.

“Ya, kami berdua selalu bersembang di pusat latihan tentang bola dia, dan juga cara dia menghantar bola.”

Dan part paling menarik, Trezeguet berkomunikasi dengan Elmohamady dalam bahasa Arab, dan semua orang tak faham.

“Ketika dia nak melakukan hantaran, saya cakap kepada di [Elmohamady], hantar ke far post. Namun saya guna bahasa Arab, jadi tak seorang pun faham. Dia melakukan cross dan saya menjaringkan gol. Ini adalah perasaan yang sangat hebat.”

Aston Villa menang 2-1 ke atas Leicester dalam aksi yang sangat rancak terutama sekali untuk game pada awal pagi waktu Malaysia.

Mereka menang menerusi agregat 3-2. Gol kemenangan Trezeguet itu muncul pada masa kecederaan.

Perlawanan pertama sebelum ini kedua dua pasukan terikat 1-1.

Aston Villa mendahului lebih awal menerusi jaringan Matt Targett yang on target sebaik sahaja menerima hantara Jack Grealish.

Leicester yang dominan menyamakan kedudukan menerusi Kelechi Iheanacho. Namun gol kemenangan Villa hadir pada masa kecederaan.

Penyokong Villa meraikannya sampai masuk ke dalam padang, sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan. Mereka sangat teruja dengan kejayaan wira-wira mereka di atas padang.

Itulah keindahan diversiti dan majmuk di dalam bola sepak kan?

Aston Villa akan menanti pemenang di antara Man City ataupun Man United di final yang akan berlangsung pada 1 Mac 2020.

Ini merupakan final pertama Aston Villa untuk piala domestik, selepas kali terakhir melakukannya pada 2015. Namun ketika itu mereka tewas final 4-0 di tangan Arsenal.

Sebagai rekod, kali terakhir Aston Villa menang piala Carabao / piala liga adalah pada 1996. Mampukah Aston Villa menjulang Piala Carabao untuk edisi 2019/20?

Baca yang lain