Pada musim lepas Manchester United menamatkan kempen liga di tangga ke-2 dengan kutipan 74 mata. Musim ini mereka dijangka mengutip kurang 8 mata berbanding musim lepas dan peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah 1/80.
Kali terakhir Manchester United menjuarai liga ialah pada tahun 2013 ketika dibawah bimbingan Sir Alex Ferguson. Mereka dijangka akan berada di tempat ke-4 dibelakang Manchester City, Liverpool dan Chelsea.
Siapa yang meramalkan semua ini?
Real analytics iaitu sebuah ‘pasukan’ komputer sains dan matematik yang telah menjadi peramal bola sepak yang digemari ramai.
Mereka merupakan firma pertama meletakkan Leicester City sebagai juara 2016, mereka juga meramalkan Chelsea juara 2017 dengan kelebihan 7 mata dan menjangkakan Arsenal akan terkeluar dari saingan Liga Juara Eropah selepas 20 tahun.
Mereka telah menghabiskan masa selama 20 tahun bekerjasama dengan industri pertaruhan dan sindiket perjudian profesional. Orang-orang dibelakang Real Analytics telah menggunakan ‘brainpower’ tersebut untuk memberi solusi kepada kelab dalam pengambilan pemain baharu.
Bagaimana dengan kes Manchester United tadi?
Dengan menandatangi Jadon Sancho, mereka telah menambah 4 mata dari jangkaan awal tadi. (74 mata musim lepas – 8 mata jangkaan + 4 mata selepas pembelian Sancho = 70 mata).
Peluang untuk mereka menamatkan musim di kelompok 4 teratas meningkat dari 40% kepada 63%. Disamping itu peluang untuk menjadi juara naik 250% (dari 1/80 tadi).
Secara keseluruhannya peratusan tersebut hanya naik dari 1.2% kepada 4.3% atau menjadi 1/25 namun pembelian Sancho berada di atas landasan yang betul.
Persoalannya, apa keperluan paling penting untuk Manchester United?
Ramai orang tahu dan bagi yang belum tahu Manchester United cukup memerlukan seorang pemain ‘defensive midfielder’ yang benar-benar dinamik untuk menggantikan paksi Fred dan McTominay. Real Analytics tahu tentang perkara tersebut.
“Kami telah melakukan ujian ke atas ‘Eduardo Camavinga’ dan menemui hasil yang mengejutkan kerana dia memberi perbezaan sangat besar yang jarang berlaku dari pemain muda sepertinya.” kata Ian McHale, seorang profesor sport analytic Universiti Liverpool dan juga pengasas Real Analytics.
Sekiranya anda menambah profil prestasi Camavinga ke dalam skuad Manchester United 2020/21, hantar ke google cloud platform dan lakukan 1 juta simulasi untuk musim depan -Camavinga boleh membantu pasukan itu mendapat 6 mata tambahan.
Angka tersebut meningkatkan peluang Manchester United menamatkan musim di kelopok 4 teratas sebanyak 70% dan peluang untuk mereka muncul juara naik dari 4.2% kepada 6.4%
Bagaimana pula jika Raphael Varane menyertai Manchester United?
Sekiranya Sancho, Camavinga dan Varane digabungkan serentak, Manchester United akan mendapat 10 mata tambahan dari 66 kepada 76 mata, peluang berada di kelompok 4 teratas menjadi 87% dan harapan muncul juara meningkat kepada 14.7%.
Menurut McHale, trio tersebut boleh meningkatkan pasukan yang diramalkan berada di tempat ke-4 menjadi pesaing kuat kepada Liverpool untuk berada di tempat ke-2.
Sekurang-kurangnya pemain ini boleh menjadi senjata baharu Manchester United dan memberi cabaran kepada pasukan jiran Manchester City yang dikuatkan dengan dengan kuasa wang.
Adakah Camavinga akan menyertai Manchester United?
Ini merupakan satu perkara dimana Real Analytics dan firma lain yang berkaitan analisis data tidak boleh ramalkan.
Untuk menjawab persoalan itu ia perlu ditanya kepada pencari bakat (scout) kerana Real Analytics, Opta, Statsbom atau Wyscout hanya membantu mereka bukan menggantikan tempat mereka.
“Data analisis 1000% lebih efisyen berbanding pencari bakat cara lama, dimana anda boleh ‘memandu seseorang’, melihat mereka bermain selama 90 minit.”
“Selepas itu anda mungkin melihat mereka tidak bermain, bermain di posisi berbeza atau dalam formasi yang anda mahukan. Anda akan melihat apa yang terbaik dan terburuk darinya.” kata pengarah teknikal Burnley, Mike Rigg
“Kehidupan seorang pencari bakat bukanlah tentang penemuan tetapi pengesahan.”
“Burnley tidak pernah membeli pemain semata-mata berdasarkan nombor (statistik), mereka masih perlu dinilai dengan mata. Data boleh membantu anda untuk menapis carian dan kemudian mengesahakannya melalui apa yang ada lihat dan dengar.”
“Anda tahu bagaimana adegan awal filem Moneyball, semua pencari bakat bercakap tentang pemain dan seseorang berkata dia tidak sukakan pemain kerana dia mempunyai teman wanita yang jelik atau tidak bagus dalam sesi pemanas badan.”
“Saya pernah menghadiri mesyuarat seperti itu.”
“Menggunakan data dengan baik lebih efisyen dan menjadikan objektif lebih jelas. Ia bukan isu data vs pencari bakat, anda perlukan kedua-duanya dan mereka biasanya bersetuju.”
Moneyball
Bagi yang tidak pernah membaca buku yang ditulis oleh Michael Lewis pada tahun 2003 atau menonton filem yang dilakonkan oleh Brad Pitt pada tahun 2011 ia menjadi rujukan tentang data dalam sukan.
Brad Pitt merupakan seorang pengurus pasukan Besbol dan tugasnya mirip seperti pengarah teknikal atau pengarah sukan bola sepak hari ini.
Dalam pasaran pemain Brad Pitt melihat ramai orang memandang terlalu tinggi dengan kemampuan pemain dan ada yang memandang terlalu rendah dari nilai sebenar.
Pasaran pemain menjadi tidak cekap dan ia memberi kelebihan kepada kelab kecil jika mereka pandai menilai melalui data. Sudah pasti Billy Beane (lakonan Brad Pitt) tidak menyedari situasi tersebut namun dia cuba melakukan cara baru itu.
Apabila ideanya berjaya semua kelab menirunya dan mempunyai Billy Beane sendiri. Hari ini, pandemik covid juga menjadi faktor besar munculnya banyak syarikat data analisis.
“Covid-19 memberi kesan besar tentang cara mengambil pemain baharu. Syarikat analisis data baru tumbuh dimerata-rata tempat.” Chris Scott, penganalisis pencari bakat Newcastle United
“Data menjadi penting kerana pencari bakat tidak boleh pergi kemana-mana untuk melihat perlawanan. Semua mula bergantung kepada angka (data).”
Karier Scott bemula di bahagian tiket namun dia mempunyai minda yang bagus dengan nombor yang membawa kepada jawatan yang dipegangnya sekarang.
Ketika pandemik mula melanda dan menyekat pergerakan manusia, Scott mula menggali data untuk melihat apa yang ada diluar sana.
“Data analisis boleh menjadi permulaan dan pengakhiran sebuah proses. Sebagai contoh, kita mencari seorang pertahanan kiri yang boleh melakukan x, y dan z berdasarkan apa yang kita mahu.”
“Seperti kami mungkin diminta untuk mencari bek kiri yang boleh melakukan x, y dan z yang mana ia mengikut keperluan yang kami mahukan.”
“Pencarian sebegini lebih berguna dari hanya sekadar mencari 30 pemain berusia bawah 30 tahun di Perancis. Kami ingin mengetahui siapa 5 pemain terbaik yang boleh melakukan x, y dan z.”
“Kemudiannya pada akhir proses -selepas melakukan cara lama (menilai dengan mata), anda akan melihat apa impak yang dimiliki pemain. Adakah pemain tersebut memberi tambah nilai kepada pasukan atau tidak.”
Sementara itu Rigg telah terlibat dengan pencarian bakat lebih dari 25 tahun. Dia bermula dengan pasukan bola sepak Wales dan kemudiannya menyertai Sheffield Wednesday, Blackburn Rovers, Manchester City, pasukan antarabangsa England, Fulham dan yang terakhir Burnley.
Rigg bersetuju dengan Scott ‘lockdown’ menjadi sebab bola sepak menjadi lebih pintar.
“Coronavirus telah mengubah cara mencari pemain sepenuhnya.” Riggs
“Sesetengah pasukan masih menggunakan cara lama sepenuhnya dan ada yang menggunakan analisis video. Jadi mereka benar-benar melihat lebih banyak perlawanan berbanding sebelumnya.”
Momen Rigg mengenai data analisis lebih cepat, walaupun dia merupakan ketua pegawai bola sepak Fulham -anak kepada pemilik kelabnya fanatik dengan analisis data.
“Banyak perkara telah berubah dan cara saya menggambarkannya -ramai pihak menghasilkan ‘bahan’ seperti InStats, Wyscout dan Opta.”
“Apa yang diperlukan oleh kelab adalah ‘tukang masak’, seseorang yang boleh melakukan sesuatu dengan ‘bahan’ tersebut‘.”
“Kita semua mendapat akses ke ratusan liga dan ribuan pemain tanpa pergi kemana-mana. Kita dapat melihat 100 perlawanan terakhir mereka.”
“Kami mempunyai data yang masuk ke dalam mata kami. Kami tidak mahu melihat 30 ribu pemain, kami hanya menumpukan kepada 250 pemain dan analisis telah mengasingkan senarai besar itu.”
“Tetapi kami memerlukan orang yang mempunyai pengetahuan bola sepak dan kemahiran peribadi untuk menggunakan data tersebut dengan berkesan.”
“Kerana pada akhirnya sebahagian kelab tidak membeli pemain terbaik, mereka mencari yang sesuai dengan profil pasukan.”
“Jadi perbincangan berkisar mengenai adakah pemain tersebut boleh didapati, adakah kita mampu mendapatkan pemain tersebut, adakah pemain tersebut mahu menyertai kita dan adakah dia sesuai dengan sistem kita.”
“Ramai penganalisis hanya meletakan angka dihadapan anda dan berkata ‘itulah yang dikatakan data’.”
“Tetapi bola sepak tidak boleh berfungsi seperti itu dan sebab itulah saya sukakan Ian dan Tarak (saintis Real Analytics).”
“Mereka memahami nombor dan juga dapat menggunakannya untuk menyelesaikan masalah bola sepak. Tidak ramai yang bagus diluar sana tetapi 2 individu ini adalah yang terbaik.”
Bagaimana ia berfungsi?
Apa yang menyokong Real Analytics? Semua syarikat yang berada dalam bidang ini berusaha melakukan sesuatu perkara yang orang kata mustahil kerana permainan bola sepak terlalu pantas dan tidak tersusun untuk dinilai dan diramalkan dengan tepat.
Ia boleh dilaksanakan dalam permainan besbol kerana permainananya lebih perlahan.
Sebahagian besar dari kita hanya memikirkan jaringan dan bantuan tetapi itu seperti pelajaran ‘sekolah rendah’ berbanding ‘tahap PHD’ yang diberikan oleh McHale dan Kharrat.
Pembuat data ‘membeli’ banyak prestasi, fizikal dan membuat data pada setiap perlawanan dan kemudiannya memberi ‘nilai’ pada setiap aksi.
Mereka menggunakan ‘artificial intelligence’ dan ‘proprietary algorithms’ dan meletakkan berapa banyak nilai yang boleh diberikan. Selepas itu mereka melihat rekod disiplin dan kecederaan untuk mengetahui berepa kerap pemain boleh bermain.
Mereka juga menilai potensi dan berapa banyak mereka boleh berkembang.
Pada hujungnya apa yang boleh didapati ialah penilaian komprehensif dan dinamik untuk setiap pemain. 100 adalah mata yang sempurna tetapi bagi 90 mata keatas adalah ‘superstar’.
Kembali kepada Sancho
Real Analytics memberi markah 85.7 kepada Sancho -ia merupakan markah hebat bagi pemain berusia 21 tahun. Apa yang membuatkannya mendapat markah tersebut adalah kemampunan mengelecek.
Real Analytics juga berpendapat Sancho boleh menjadi pemain paling berjaya di EPL pada musim depan walaupun dia lemah dalam menanduk bola.
Perkara yang boleh membuatkan penyokong Manchester United gembira, Sancho dijangka menjadi pemain yang mempunyai markah 90 keatas dimana dia akan setaraf dengan Mohamed Salah.
Bagi Camavinga, timbul persoalan kenapa banyak kelab besar eropah mahu mendapatkan khidmat pemain remaja dari Rennes ini.
Sebenarnya, McHale telah melakukan simulasi data untuk pelanggannya, sebuah kelab EPL. Identiti kelab tersebut tidak didedahkan oleh McHale kerana ia merupakan satu urusan perniagaan.
Satu contoh yang boleh dikongsi oleh McHale yang dilakukan oleh Real Analytics ialah kepentingan Allan Saint-Maximin di Newcastle United.
Ia mungkin tidak mengejutkan mana-mana pasukan lawan tetapi jika Saint-Maximin meninggalkan Newcastle ia akan mengurangkan 6 mata pasukan. Jika perkara itu berlaku Newcastle akan berada dalam zon penyingkiran pada musim depan.
“Saya sebenarnya tidak layak untuk memahami bagaimana Ian dan Tarak melakukan perkata itu tetapi saya perlu mempercayainya.” Riggs
“Saya perlu bertemu Sean Dyche (pengurus) dan menerangkan kenapa saya yakin dengan pemain ini akan berjaya atau tidak. Dyche tidak akan melihat kertas data.”
“Saya berminat dengan apa yang kita panggil sekarang statistik bola sepak moden. Pressures, counter-press regains, ini adalah EPL.” Scott
“Ia cukup hebat berbanding liga lain dan anda memerlukan pemain yang boleh berlari sepanjang hari. Jika pemain tidak dapat memenuhi tuntutan fizikal itu, dia tidak dapat bermain lebih dari 60 minit.”
Bagi pasukan Liverpool yang mana pemiliknya juga memiliki pasukan Besbol -Boston Red Sox sudah pasti mereka dipengaruhi dengan ‘moneyball’. Liverpool dianggap pasukan paling bijak membeli pemain.
Manchester City baru sahaja melantik seorang astrofizik dan juga sains data, Laurie Shaw untuk membantu kelab.
Brighton dan Brentford yang baru dipromosi ke EPL pula dimiliki oleh kaki judi profesional yang dipandang tinggi.
Sementara itu Rigg percaya kelab seperti Barcelona, Monaco dan Stuggart mempunyai pasukan analisisnya sendiri.
Bagi McHale situasi sekarang menjadi bukti bola sepak akan bergerak kearah data analisis.
“Kami tahu ramalan kami bagus kerana pelanggan kami membuat duit dan kami dapat menyokongnya secara saintifik.”
“Anda tidak akan memperolehi bukti baik jika hanya melihat carta liga.”
Apa yang berlaku pada musim hadapan?
Manchester City berada dalam keadaan terbaik untuk mengekalkan kejuaran. Newcastle, Burnley dan Norwich mereka perlu memburu Camavinga kerana pemain ini sesuai dengan keperluan kelab.