Cristiano Ronaldo tidak menjaringkan gol dalam aksi berdepan dengan Brentford dan terlibat dalam drama ketika dia dikeluarkan.
Namun itu tidak akan mengubah fakta bahawa Ronaldo memainkan peranan yang sangat penting dalam 2 gol pertama United.
Ronaldo telah bermain decoying yang sangat berkesan. Decoying bermaksud satu sistem di mana pemain penyerang akan mengumpan pemain pergi ke arahnya untuk mencipta ruang kepada pemain lain.
Rangnick tahu, Brentford akan bermain man marking ke atas Ronaldo. Dan beliau mengarahkan Ronaldo bermain sistem decoying untuk memanipulasi ruang yang ditinggalkan pertahanan.
Manchester United pada separuh masa pertama bermain dengan teruk. Mujur mereka ada De Gea yang menjadi penyelamat mereka macam biasa.
Namun pada separuh masa kedua, segala galanya berubah. Dan United selayaknya menang kerana prestasi separuh masa kedua, sebaliknya layak kalah kalau mengambil kira prestasi separuh masa pertama.
Gol pertama United terhasil pada minit ke-55. Apabila pemain muda berusia 19 tahun iaitu Elanga membalas kepercayaan Rangnick dengan menjaringkan gol yang sangat cantik.
Namun satu tindakan genius dilakukan Ronaldo dengan menarik seorang bek tengah ke arahnya dan dia tidak bereaksi kepada bola Fred.
Dengan itu, ada ruang yang kecil namun cukup untuk bola hantaran Fred sampai kepada Elanga. Harus juga kredit diberikan kepada Fred kerana visi dan ketepatan killer pass beliau.
Killer pass merujuk kepada hantaran yang membelah sekurang kurangnya dua pertahanan lawan.
Dan pada masa yang sama, Elanga memiliki game reading yang sangat baik dengan berlari awal [early run] ketika tanpa bola. Selebihnya pemain itu menggunakan kualiti teknikal dengan first touch yang cantik yang mengasilkan setting kepada gol dia sendiri.
Saksikan bagaimana koordinasi dan posisi pemain United terutama sekali Ronaldo, Fred dan Elanga di sini:
Seterusnya pada gol kedua, sekali lagi Ronaldo memainkan peranannya. Dia menerima bola di hadapan pemain yang mengawalnya.
Dan terus melakukan hantaran segera dengan dadanya pada posisi half turn. Jika Ronaldo mengawal bola itu, dia akan membenarkan lawan untuk cuba menutup ruang terbaik di zon tersebut.
THIS PASS FROM RONALDO WAS INSANE.pic.twitter.com/w5n9PZFKAm
— Mu. (@FutbolMuu) January 19, 2022
Kali ini, off ball running menjadi kunci sekali lagi. Di mana Bruno Fernandes melakukan early run yang berkualiti dan menerima bola dengan sentuhan yang baik. Kalau sedikit pun dia membuat big touch, adalah mustahil untuk dia mewujudkan situasi 2 v 1 bersama sama dengan Mason Greenwood.
Ini adalah anatomi untuk binaan gol kedua Man United.
Ronaldo kemudian dikeluarkan dan dia tak gembira. Rangnick kemudian menjelaskan bahawa, dia terpaksa mengeluarkan Ronaldo kerana pemain itu baru cergas dan sangat berisiko untuk membenarkannya beraksi 90 minit penuh.
Selain itu, Rangnick juga belajar daripada kesilapan ketika menentang Villa di mana United menyerahkan dua pendahuluan gol dan diikaat 2-2 kerana tidak kental dan solid di barisan pertahanan.
Rangnick berkata: “Benda biasa la tu. Ronaldo kan penyerang dah tentu la dia nak skor gol la. Dia baru je pulih. Lagipun kitorang tadi dah 2-0 di depan – sama macam hari tu kat Villa Park. Dan saya nak kitorang lebih kental di pertahanan kali ni.”
Rangnick on Cristiano Ronaldo: "It's normal. Ronaldo is a striker and he wants to score goals. He’s just come back from injury — we were 2-0 up the same result as at Villa Park, and I wanted us to be more solid this time." #mulive [bt]
— utdreport (@utdreport) January 19, 2022
Pemain gantian United iaitu Marcus Rashford kemudian menjadikan kedudukan 3-0 selepas dimasukkan.
Walaubagaimanapun, United memberikan Brentford 1 gol sagu hati menerusi Ivan Toney untuk menjadikan kedudukan 3-1 memihak pasukan pelawat.
United tersenyum riang membawa pulang 3 mata dengan 3 pemain akademi mereka berada dalam senarai penjaring gol.