Bagaimana Ego Membantu Mourinho Menjadi Antara Yang Terbaik Sepanjang Zaman

Ada yang memanggilnya The Special One, dan ada juga menggelarkannya The Enemy of Football.

JOSE MOURINHO!

Nama yang dikenali kerana egonya. Ego itulah yang membantunya menawarn dunia.

Ianya bukti bahawa, ego juga perlu dalam diri seseorang untuk mencapai kejayaan. Ego yang dianggap ego sihat.

Bagaimana?

Bercerita pasal Mourinho, beliau boleh dijadikan kajian yang sangat baik. Dari segi pembangunan karakter dan perkembangan kariernya.

Ketika muda, Mourinho tak pernah bermain bola sepak profesional. Dia hanya bermain dengan beberapa kelab amatur di Portugal.

Namun hari ini dia menjadi salah seorang pengurus terhebat sepanjang zaman. Kejayaannya bukan sekadar bergantung kepada kegeniusan taktikalnya, namun juga dibantu karakternya yang kuat.

Yang membantu dia mengeluarkan potensi maksimum daripada pemainnya.

Cara dan pendekatan digunakan Mourinho untuk menang sangat unik.

Mourinho bencikan kekalahan

Dia bukan seorang yang terlalu obses dengan kemenangan. Namun dia tak sukakan kekalahan yang dia anggap ‘Kalah itu bukan satu pilihan’.

Oleh sebab itu Mourinho menyemai mentaliti: “Saya tak rugi apa apa,” dalam diri pemain. Sentiasa memberitahu pemain bahawa, jika mereka mencuba mereka akan boleh menang. Dan kalau kalah pun tak mengapa kerana mereka adalah under dog.

Dalam setiap pertandingan Mourinho sentiasa mahu menjadi under dog. Walaupun bunyinya kadangkala nampak menganjing terutama sekali ketika dia di Chelsea atau Real Madrid.

Namun dia seringkali menggunakan perang saraf mengiktiraf lawannya adalah pasukan pilihan.

Idea ‘nothing to lose’ ini membuatkan pemain merasakan bahawa mereka boleh mencapai sahaja dengan peluang yang ada / everything to gain.

Mourinho sentiasa cuba mendesak pemain pemainnya mencabar diri mereka untuk pergi melangkaui had mereka yang ada.

Cara dia bercakap sangat mempengaruhi pemain kerana ada aura.

Keyakinan yang ada padanya juga luar biasa, membuatkan semua orang di sekelilingnya tidak takut untuk bermimpi mencapai kejayaan.

Ada yang menganggap dia seorang yang gilakan perhatian. Namun di satu sudut lain, dia sebenarnya memainkan peranan kuat dalam taktikal sebelum berperang dan ketika berperang.

Dia sentiasa menjadi orang paling depan sekali berdepan kecaman media. Dia akan cuba mencipta apa sahaja isu untuk mengalihkan perhatian media daripada pemainnya.

Dia mahu media hanya menyerangnya dan bukan pemainnya. Itulah makna kepimpinan di mata Mourinho.

Selagi lagi pemain itu sanggup berjuang berssamanya, selagi itu dia melindungi mereka, walaupun terpaksa berkonfrontasi dengan media atau sesiapa sahaja.

Oleh sebab itu dia mengeluarkan sifat ego, sombong, angkuhnya. Kerana sifat sifat itu akan membuatkan dirinya sentiasa cuba berada di atas. Secara tak langsung itulah yang memperkasakan karakternya hari demi hari.

Bayangkan, ketika di tiba di England dia terus menggegar liga Inggeris dengan menggelarkan dirinya The Special One.

Keyakinan Mourinho sangat luar biasa. Dan membuatkan lawannya gerun.

Dia mengkaji lawannya dengan luar biasa sekali. Sebab itu dia pernah menyediakan padang kentang kepada Barcelona, ketika aksi antara Chelsea dan Barca.

Dia melarang petugas padang menjaga padang untuk minggu itu. Membiarkan sahaja lopak air dan kemudian membiarkan rumput panjang.

Dia sendiri kemudian mengkritik padang tersebut. Kerana sukar untuk bermain. Tetapi sebenarnya, dia yang sengaja mewujudkan keadaan sukar buat Barca bermain tiki taka.

Mourinho adalah pakar dalam mempengaruhi pemikiran orang lain dan mengganggu mental lawannya. Sebab itu dia digelar Machiavelli moden oleh sesetengah pihak.

Dua mengubah pasukan biasa menjadi juara Eropah iaitu Porto. Apa kurangnya Inter, yang ketika itu bergelut untuk bangkit semula, telah berjaya menjadi juara Eropah dengan status treble.

Perkembangan karier dan karakter

Siapa sangka, bermula dengan tugasan di belakang tadbir bola sepak sebagai penterjemah, dia telah menjadi pengurus luar biasa dengan ego yang membantunya meningkatkan kariernya.

Apa yang dia kecapi hari ini tak dicapai dengan mudah atau sekelip mata.

Dia menjadi pembantu jurulatih selama 10 tahun. Dia belajar dan terus mengkaji. Kemudian dia menentukan hala tuju kariernya sendiri dan memanfaatkan semua yang dia pelajari daripada pakar sebelum ini.

Dia menanam mentaliti ‘dunia menentang kita’ dalam diri pemain dan juga penyokong. Membuatkan sesebuah pasukan itu lebih bersatu secara dalaman.

Kadangkala, harus diakui kelakuannya agak melampau. Termasuk mencucuk mata jurulatih lain, pergi ke tengah padang melakukan provokasi ke atas penyokong lawan yang boleh mengundang risiko keselamatan.

Kita selalu mendengar, ego akan menghancurkan seseorang manusia. Namun Mourinho pula, menggunakan ego sihatnya untuk berjaya.

John Terry pernah berkata: “Saya sanggup meninggalkan padang dalam keadaan saya berada dalam keranda, kerana Mourinho.”

Drogba pernah menyatakan perkara yang sama, dia sanggup berjuang sehingga ke titisan darah terakhir jika Mourinho memerlukannya.

Mourinho adalah antara contoh manusia dengan ego yang sihat membantunya mencapai kejayaan. Tak ramai pengurus yang berlatarbelakangnya bola sepak amatur menjadi pengurus elit sepertinya.

Sumber: E-GO

Baca yang lain