Bagaimana FAM Boleh Membina XI Skuad ‘B23’ Dengan Pemain B23 Di Liga Super

Terlalu banyak kisah kejayaan pasukan B19 dan B23 dilakarkan sekitar tahun 2017 hingga 2019. Ia merupakan tempoh terbaik dalam sejarah skuad junior yang pernah berlaku sejak 2 dekad lepas.

Pada ketika itu semua orang seronok dan bersetuju mengatakan ini adalah skuad masa depan Malaysia. Persoalan pada hari ini adakah ia berlaku?

Pencapaian skuad B19 dan B21 dalam tempoh 2 dekad
Kita jumpa formula

Skuad B19 tahun muncul di final AFF 3 kali berturut-turut dan tampil sebagai juara buat kali pertama pada tahun 2018. Pada tahun yang sama, mereka layak ke pusingan akhir kejohanan Asia 2018.

Malaysia sekali layak ke pusingan akhir kejohanan Asia 2020 tetapi dibatalkan kerana masalah pandemik covid.

Ha… tepuk la

Melihat kepada pencapaian ‘abangnya‘ skuad B23 juga tidak kurang hebatnya.

Mereka mara ke pusingan 16 Sukan SEA 2018 -kali pertama sejak kejohanan tersebut membenarkan hanya pemain B23 beraksi.

Tidak cukup dengan itu Malaysia juga layak ke pusingan akhir Piala Asia -juga kali pertama sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2013. Untuk ke Sukan Olimpik Malaysia perlu mara ke separuh akhir dalam kejohanan ini.

Perjalanan itu masih panjang tetapi pencapaian pasukan B19 dan B23 memberi masa hadapan yang lebih cerah kepada skuad senior pada masa hadapan.

Kumpulan pemain B19 tahun 2017-2019 merupakan pemain masa hadapan skuad B23. Begitu juga dengan skuad B23 sebagai cerminan masa depan skuad utama.

Formulanya

Mengimbas kembali, siapakah pemain yang terlibat masa itu? Jawapan asas adalah skuad B23 tahun diperkuatkan dengan pemain yang terbaik dalam kelas umurnya. Majoritinya sudah mempunyai pengalaman bermain di liga.

Beberapa pemain terbaik dari B19 diserap masuk kedalam kelompok B23 dan membentuk pasukan yang muncul Naib Juara Sukan SEA. Malaysia juga melangkah ke pusingan 16 dalam kejohanan Sukan Asia dan Kejohanan AFC.

Pada hari ini, beberapa pemain dari kumpulan tersebut menjadi pemain tetap dalam skuad senior negara. Berikut adalah senarai pemain B23 pada ketika itu,

Haziq Nazdli, Matthew Davies, Syazwan Zaipol Bahari, Adib Zainuddin, Sayhmi Safari, Safari Rashid, Amirul Hisyam Awang Kechik, Azam Azih, Adam Nor Azlin, S.Kumahraan, Jafri Firdaus Chew, N.Thanabalan, Ariff Farhan Isa, Syamer Kutty Abba, Syazwan Andik Ishak, Daniel Amier Norhisyam, Irfan Zakaria, Akhyar Rashid, Ifwat Akmal Che Kassim dan Syafiq Ahmad.

Melihat kepada senarai pemain B19 yang dibimbing oleh Bojan Hodak pula, pada hari ini -seharusnya kumpulan pemainnya sudah boleh diberi peluang menggalas cabaran Malaysia B23.

Pencapaiannya menjuarai kejohanan AFF b19 buat kali pertama membuktikan skuad ini mempunyai bakat besar. Diulangi, mereka juga layak 2 kali secara berturut-turut ke kejohanan Asia.

Sejarah membuktikan apabila negara mempunyai skuad B19 baik kesannya akan dibawa ke dalam skuad B23, sekurang-kurangnya itulah yang dilhat pada tahun 2003-2007.

Siapakah senarai pemain B19 yang dimbing oleh Hodak?

Azri Ghani, Shivan Pillay Asokan, Anwar Ibrahim, Nabil Hakim Bokhari, Tasnim Fitri Nasir, Azhar Apandi, Zahril Azri, Izzuddin Roslan, Saiful Alias, Nurfais Johari, Nik Akif Syahiran, Hadi Fayyadh, Akhyar Rashid, Zafuan Azeman, Feroz Baharuddin, K.Tivandaran, Izreen Izwandy, Ramadhan Saifullah dan beberapa lagi.

Sudah pasti tidak semua pemain ini berjaya ke ‘next level’ tetapi akan ada beberapa darinya perlu diketengahkan dalam platform seterusnya (B23).

Pemain B23 di Liga Super

Selepas Liga Super berlangsung 13 perlawanan terdapat 51 pemain yang berusia B23 telah menampilkan aksi di padang untuk pasukan masing-masing. Ia merangkumi 15 pemain berusia 23 tahun, 14 (22 tahun), 12 (21 tahun), 8 (20 tahun) dan 2 (19 tahun).

Jumlah dan pecahan mengikut posisi pemain B23 di Liga Super -yang mempunyai minit permaianan

Jika jumlah pemain di Liga Perdana sama seperti Liga Super bermakna Malaysia mempunyai lebih 100 pemain B23 dalam liga profesionalnya. Oleh itu, Malaysia tidak kekurangan sumber bagi membina skuad B23 yang padu seperti tahun 2018.

Pada ketika itu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah melakukan sesuatu yang cukup baik. Para peminat bersetuju ia merupakan skuad masa depan Malaysia.

Namun pada hari ini FAM memutuskan ‘rantaian’ tersebut dan kembali ke belakang dengan cubaan membentuk pasukan B19 di platform B23. Ia bakal menamatkan ‘pembangunan’ skuad B19 tahun yang bermula pada tahun 2017.

Bagaimana skuad Malaysia B23 boleh dibentuk dari sumber dalaman iaitu Liga Super?

Jika kita melihat kepada proses, Azri Ghani (22) merupakan calon terbaik bagi posisi penjaga gol. Dia mempunyai pengalaman luas bersama pasukan B19. Azri juga hampir menebusi skuad utama pasukan besar, Kedah.

Pada hujung musim lepas Azri diberi kepercayaan oleh Aidil Sharin untuk menjaga gawang Kedah pada 4 perlawanan terakhir. Percaturan Azri ke Perak mungkin satu kesilapan ketika dia sudah mula mendapat kepercayaan.

Namun sebelum liga dihentikan, Chong Yee Fatt memberi 1 peluang kepadanya ketika Perak tewas kepada Melaka 0-1.

Malaysia sedikit malang kerana Rahadiazli Rahalim (19) menunjukkan prestasi luar biasa tetapi dia mengalami kecederaan ACL. Namun Malaysia masih boleh menagih khidmat Haziq Nadzli (23) yang dilatih oleh kelab yang mempunyai fasiliti terbaik di dunia (kecuali eropah).

Satu-satu center back muda terbaik yang ada dalam Liga Super ialah Sharul Nazeem Zulpakar (21). Walaupun dia tidak datang dari pasukan Malaysia B19 namun perkembangannya di Selangor tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemain seusia dengannya.

Pada musim pertamanya di divisyen utama, pemain berusia 21 tahun itu telah tampil dalam 6 dari 7 perlawanan akhir Selangor. Nazeem menunjukkan karektor tenang mengawal kubu pasukan melangkaui umur yang dimilikinya.

FAM boleh mencari gandingan pemain ini dari sumber lain seperti apa yang digemarinya pada hari ini iaitu pemain Malaysia yang dibangunkan negara luar. Shahrul Nizam Ros Hasni (TFC) dan Loqman Hakim Marzuki (Kedah) sedang berada di penghujung usia 23 tetapi masih layak.

Terutamanya Shahrul Nizam yang cukup banyak terlibat dengan perlawanan TFC dan sedang digilirkan dengan Muhammad Faudzi.

Di posisi pertahanan sisi Malaysia mempunyai ramai bakat besar. Pemain wajib ada dan tidak boleh ditolak ialah Azam Azmi murad (20). Mempunyai banyak pengalaman bersama negara dan kini pemain utama TFC dengan penampilan 8(3) kali dari 13 perlawanan.

Pemain pinjaman dari Selangor ke Penang, Quenten Cheng (22) telah beraksi dalam kesemua 13 perlawanan Liga Super. Zikri Khalili (19) pula beberapa kali memecah masuk ke dalam kesebelasan utama Selangor  untuk berada di pertahanan kiri.

Perkembangan Hasnul Zaim (22) dan Anwar Ibrahim (22) boleh dinilai semula kerana pemain ini mempunyai pengalaman besar bersama skuad B19 pada satu ketika dahulu.

Dibahagian tengah Malaysia mempunyai ramai pilihan, tidak kurang dari 8 pemain berusia 20-22 tahun. Paling tinggi adalah Nik Akif Syahiran (22) kerana minit permainan tingginya dalam kancah saingan domestik.

Mukhairi Ajmal (20) adalah antara 60% pelatih AMD yang menjulang Malaysia B19. Rakan sepasukannya Alif Haiqal Loqman (21) cukup dipercayai oleh Karsten Niezel. Pada musim ini dia tidak pernah terlepas dalam 1 perlawanan pun bersama Selangor.

Di kepulauan Borneo, Syukri Baharun (21) tampil 9(2) kali ketika menampung ketiadaan Azzizan Nordin yang mengalami kecederaan. Permainannya hampir mirip dengan Syamer Kutty Abba, sangat tenang tidak seperti umurnya.

Ketika Malaysia B19 menjuarai AFF buat kali pertama, terdapat 3 nama yang diangkat menjadi pemain terbaik negara iaitu Nik Akif, Shivan Pillay Asokan dan K.Thivanradan.

Thivandaran (22) pada hari ini menjadi pemain sokongan kepada K.Gurusamy memandu PJ City bersaing tanpa pemain import.

Nama besar R.Kogileweswaran (23) dan Fazrul Danel (23) boleh membantu skuad ini menjadi lebih kuat dengan pengalaman yang dimilikinya.

Adakah Malaysia kurang bakat di bahagian sisi menyerang ketika kita memiliki Aiman Arif (19), Saifullah Ramadhan (21), Fayadh Zulkifli (22)?

Hampir sedozen penyerang sayap sedang membuktikan kemampuan masing-masing di liga.

Hakimi Abdullah (22) mendapat pujian dari penyokong TFC. Adib Raop (22) merupakan bakat besar dari Perak termasuk Izzuddin Roslan (21) -juga lahir dari Malaysia B19.

Ruventiran (20) dan Sunnil Chandran (22) perlu dipantau kerana keberaniannya mengemudi PJ City tanpa Import dan Malaysia boleh menagih pengalaman dari Akhyar (22) dan Faisal Halim (23) yang begitu memuncak bersama Nafuzi Zain.

Bagaimana dengan penyerang tengah, ada masalah?

Langsung tidak, malah lebih baik dari skuad senior. Danial Asri (21) meledak 7 gol pada musim lepas di Liga Perdana bersama Selangor II. Kini dia dalam proses menembusi skuad utama.

Syahmi Zamri (21) sudah lama beraksi dan Zafuan Azeman (22) sedang berjanji akan menjaringkan 7 gol untuk Kelantan United.

FAM hanya perlukan pemain luar untuk melegkapi skuad terbaik B23 dari Liga Super
FAM kembali hilang formula

Terlalu panjang untuk menulis kesemua pemain B23 yang berada di Liga Super kerana terdapat senarai cukup panjang. Namun dihujung penulisan, ia cuma penjelasan kepada kita sebenarnya mempunyai banyak sumber pemain untuk membina pasukan B23 yang padu.

Pemain seperti Luqman Haqim Samsudin dan beberapa lagi pemain ‘luar negara’ boleh menjadi pelengkap kepada sumber dalaman itu.

Itulah formula yang dilakukan oleh FAM satu ketika dahulu. Iaitu melengkapkan pemain B23 dengan beberapa pemain terbaik dari B19. Malaysia menjadi naib juara Sukan SEA malah mara ke pusingan 16 Sukan Asia dan kejohanan Asia.

Formula tersebut berkesan namun semua peminat mula hairan kenapa pada hari ini FAM seperti mengundur kebelakang dengan formula pasukan B19 untuk kejohanan B23 ketika mereka mempunyai lebih 4 dozen pemain B23 di Liga Super.

Tindakan FAM pada hari ini memberi isyarat mereka tidak lagi mengiktiraf liga yang dijaga oleh MFL sebagai kolam bakat. FAM dalam kegilaannya dengan pemain yang dibangunkan oleh persatuan bola sepak negara lain.