Sehingga hari ini Belgium kekal sebagai pasukan nombor 1 dalam sukan bola sepak. Ia merupakan tahun ke-4 negara itu berada di kedudukan tersebut.
Kejayaan itu diraih apabila Belgium mempunyai Golden Era sejak tahun 2012. Kumpulan pemain ini melakukan pencapaian tertinggi dalam sejarah bola sepak mereka.
Belgium muncul sebagai pasukan ke-3 terbaik pada Piala Dunia 2018. 4 tahun sebelumnya Belgium mara ke peringkat suku akhir di kejohanan dunia dan eropah.
Kebangkitan Belgium bermula apabila Persekutuan Bola Sepak Belgium melantik Michel Sablon sebagai pengarah teknikal Belgium. Bob Browaeys merupakan individu ke-2 yang banyak terlibat dalam kebangkitan bola sepak Belgium.
Sebelum 2 individu ini dilantik, bola sepak Belgium sedang menuju fasa gelap. Belgium pernah jatuh sehingga ke tangga 66 Ranking FIFA.
Titik mula, Sablon dan Browaeys mengatur pertemuan dengan 30 jurulatih di seluruh Belgium. Disitulah benih kejayaan ditanam dan hasilnya dituai sehingga hari ini.
Dalam pertemuan itu mereka memutuskan semua kelab perlu menggunakan formasi sama iaitu 433 di peringkat belia.
Sebelum itu, pasukan Belgium lebih mengamalkan corak permainan serangan balas pantas dalam formasi berbeza-beza.
Sablon mahu pasukan negaranya fokus kepada satu corak permainan, tetapi sedar perubahan drastik tidak boleh dilakukan.
Bagaimanapun Sablon berjaya menyakinkan semua kelab memahami apa yang mahu dilakukannya.
Sablon mula memerhatikan perjalanan bola sepak di Belgium. Pertandingan di peringkat remaja, dia mendapati para jurulatih lebih menekankan kemenangan dari membangunkan pemain.
Sablon menghadapi cabaran besar untuk membuang mentaliti jurulatih-jurulatih tersebut. Dia kemudiannya membuang carta liga bagi pertandingan B-7 dan B-8.
Pasukan-pasukan tersebut hanya berlawan sesama mereka tanpa carta kedudukan liga.
Sablon juga membuat peraturan mana-mana pemain yang telah dipromosikan ke peringkat umur lebih tinggi tidak boleh diturunkan semula.
Sebagai contoh pemain yang telah bermain bersama pasukan B23 tidak akan dipanggil bermain dengan pasukan B19 walaupun menghadapi pertandingan besar. Ia juga digunapakai untuk pasukan senior.
“Sekali mereka melakukan peningkatan, kami rasa mereka patut meningkat dari tahap itu bukannya kembali kebelakang.” kata Sablon
Baca juga
5 ‘Poin Sembang’ Disebalik Kekalahan Malaysia Di Tangan Vietnam
Sablon memperkenalkan program ‘La vision de formation de 1’URBFA’ bagi melatih pemain remaja berbakat di peringkat tertinggi. Program tersebut telah mengubah masa depan bola sepak Belgium.
Pemain-pemain berbakat dikumpulkan dan dilatih di sebuah pusat latihan yang mempunyai kemudahan fasiliti terbaik. Kos tersebut ditanggung oleh kerajaan Belgium.
Bermula tahun 2009, pasukan B17 dan B19 Belgium menjadi pasukan 10 teratas di eropah, dalam tempoh sama pasukan senior Belgium sedang jatuh ke tangga ke-66 ranking FIFA.
Apabila kumpulan pemain muda yang dibangunkan dari program ‘La vision de formation de 1’URBFA’ mula memecah masuk ke dalam pasukam senior, Belgium mula meningkat dengan mendadak.
Dalam tempoh 6 tahun Belgium menjadi pasukan nombor 1 dunia.
Kerja keras Sablon telah melahirkan generasi emas terdiri dari Eden Hazard, Dries Mertens, Marouane Felleini, Romelu Lukaku, Kevin de Bruyne dan lain-lain.
Ketika Sablon mula dilantik menjadi pengarah teknikal bola sepak Belgium, hanya Vincent Kompany dan Carl Hoefkens sahaja bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Selepas itu jumlah tersebut semakin meningkat dan terus meningkat. Perkembangan tersebut memberi kebaikan kepada pasukan Belgium.
Nota penulis
Kita sudah mempunyai Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tetapi apa jadi dengan AMD.
Gagal layak ke Piala Dunia B19 terus bergaduh.
Generasi emas boleh dilahirkan dari situ seperti apa yang dilakukan Belgium.