Sejak dilantik pada tahun 2018, Luis Enrique telah mencuba lebih 60 pemain untuk mencari pemain yang sesuai dengan ideanya membentuk Sepanyol yang dimahukannya.
“Ketika saya mengambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan kebangsaan, saya ingin melihat pemain mana yang berminat dengan idea saya dan pemain mana yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk melaksanakannya.” -kata Enrique menjelang perlawanan pembukaan Piala Eropah
“Saya mahu membawa pasukan ke EURO dengan idea yang jelas bagaimana hendak bermain. Semua (24 pemain) yang dipilih telah menyesuaikan diri dengan idea tersebut.”
Memahami Idea Luis Enrique
Tidak semua peminat bersetuju dengan cara Enrique tetapi sekumpulan pemain lebih mengetahui apa yang Enrique mahu.
Pengkritik yang tidak bersetuju dengan pendekatan Enrigque perlu berubah fikiran atau sekurang-kurangnya memberi peluang untuk Enrique membuktikan sesuatu.
Enrique kekal dengan ideanya dan telah melepasi peringkat kumpulan dan kemudiannya menewaskan Croatia dan Switzerland di pusingan kalah mati.
Pada peringkat ini tidak mungkin Enrique akan mengubah lagi perancangannya yang telah dimulakan sejak 3 tahun lepas.
“Pelan untuk setiap perlawanan adalah sama, dapatkan bola dan lakukan dengan cara kami.” kata Enrique sebelum kejohanan
“Kami sentiasa berusaha untuk mencipta peluang sebanyak mungkin, mencuba dan mengawal permainan disamping mengawal serangan balas dari pihak lawan.”
“Apabila kami perlu bertahan, kami akan menekan (press) lawan di kawasan mereka dan cuba memenangi bola sedekat mungkin dengan kawasan gol mereka.”
“Itulah pelan permainan (kami).”
Secara praktis Enrique membawa pelannya ketika bersama Barcelona dimana pasukan itu bermain cara sama seperti Sepanyol. Barcelona 2014 terkenal dengan gaya tiki taka yang menekan lawan dikawasannya sendiri.
Dalam kata mudah, Enrique menambah lebih banyak pemain dalam kedudukan vertical dan cuba memenangi bola dikawasan atas dengan secepat mungkin.
Ia bermakna pemain seperti Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar mengambil alih peranan sebagai protagonis (watak utama) berbanding pemain tengah.
Sebelum itu, pada era Pep Guardiola peranan itu digalas oleh Xavi dan Andreas Iniesta.
Enrique menggunakan falsafah tersebut untuk mendapatkan shape pasukan -bergerak seperti mesin ketika mengawal bola dan ketika tanpa bola.
Bagi mendapatkan shape tersebut pemain perlu menjalani banyak latihan . Jurgen Klopp dan Mauricio Pochettino antara jurulatih yang gemarkan shape seperti ini.
Pergerakan secara kolektif hanya boleh berlaku apabila dipraktikan berulang kali dalam latihan sehingga menjadi sifat semula jadi dalam permainan bagi setiap pemain.
Pada peringkat antarabangsa ia lebih sukar dilaksanakan kerana pasukan kebangsaan tidak mempunyai masa yang banyak bersama pemain.
Namun Enrique menggunakan masa pada setiap minggu antarabangsa yang dimilikinya untuk merealisasikan idea tersebut.
Enrique dibantu oleh pakar persiapan fizikal, Rafel Pol dan unit psikologi, Joaqin Valdes. Kedua-dua staf ini akan memastikan pemain kekal cergas dan fokus kepada pelan taktikal Enrique.
Namun ada ketika pelan tersebut menjadi ketika mereka membelasah Croatia 6-0 dan ada masa ia tidak berkesan sebagai contoh Sepanyol diikat 1-1 oleh Greece pada kelayakan Piala Dunia 2022.
Punca peminat Sepanyol tidak optimis
Ia membuatkan tidak semua penyokong Sepanyol optimis dengan idea Enrique sebelum kejohanan eropah bermula.
Namun kepercayaan Enrique dengan ideanya tidak pernah pudar dan dia membuat keputusan yang dianggap aneh.
Enrique secara terbuka mengaku tidak memilih 24 pemain terbaik Sepanyol tetapi memilih 24 pemain yang paling sesuai dengan visinya -bagaimana dia mahu Sepanyol bermain dengan caranya.
Enrique tidak peduli betapa marahnya penyokong Sepanyol apabila dia tidak menyenaraikan Sergio Ramos, Iago Aspas, Sergio Canales, Jesus Navas dan Nacho Fernandez.
Sebaliknya Enrique pergi ke kejohanan eropah bersama-sama pemain yang mempunyai ciri-ciri yang dimahukannya untuk membawa idea yang dimahukannya. Juga pemain yang boleh mengikut arahannya.
Malah Pablo Sarabia dan Cesar Azpilicueta agak terkejut apabila dipanggil semula selepas sekian lama tersisih dari skuad kebangsaan.
Memandangkan rancangan Sepanyol pergi ke kejohanan eropah bersandarkan pemain yang selari dengan idea Enrique berbanding pemain terbaik dimiliki Sepanyol, Enrique tidak melakukan perubahan major pada setiap perlawanannya.
Sebelum kejohanan, Sergio Busquets disahkan positif Covid dan dihantar pulang. Pemain itu diasingkan dari kem pasukan dan melakukan latihan kecergasan di rumah.
Ideanya mula dipamerkan di pentas besar
Pada perlawanan pertama (Sweden) Enrique hanya mengubah 4 pemain dari kesebelasan utama -yang menentang Kosovo dalam Kelayakan Piala Dunia pada Mac.
Bagi perlawanan ke-2 (Poland) Enrique mengekalkan 10 pemain sama. Kedua-dua perlawanan itu berkesudahan dengan keputusan seri.
Banyak tanda soal tentang taktik yang dilakukan oleh Enrique termasuk sumbangan dari Alvaro Morata. Ia seperti Enrique bakal m3n3mbak dirinya sendiri.
Menjelang perlawanan ke-3 (Slovakia) Enrique ditanya apa yang telah dilakukan oleh pasukan dalam latihan untuk membuatkan Sepanyol lebih tajam dibahagian hadapan.
Enrique menjawab pasukan tidak menjalankan latihan finishing tetapi terus berlatih untuk mengawal permainan secara kolektif.
“Perkara yang diperbaiki adalah bagaimana pemain menggunakan ruang, melakukan transisi dan menjadikan pressing kami lebih baik.”
“Memang benar kami perlu memperbaiki isu finishing tetapi itu tidak menjamin (Sepanyol) akan mendapat gol.”
“Perkara terbaik yang boleh kami lakukan adalah mencipta banyak peluang (menjaringkan gol).”
Statistik membuktikan kata-kata Enrique adalah benar. Ketika bertemu Sweden, Sepanyol telah melakukan 17(5) percubaan (tepat). Menentang Poland 12(5) percubaan (tepat) dihasilkan.
Idea permainan tidak berubah. Enrique tidak pernah mahu mendengar apa yang orang mahu katakan. Tapi akhir dia mendengar juga walaupun hanya sedikit.
Turun di perlawanan ke-3 (Slovakia) Enrique mengubah 4 pemain. Busquets kembali, Azpilicueta menggantikan Marcos Llorente di bek kanan. Sepanyol membelasah Slovakia 5-0.
“Kami kekal memberitahu idea bola sepak sama kepada para pemain dan mereka mula jelas tentang hasil (keputusan perlawanan), bermain dengan cara kami.” kata Enrique selepas perlawanan menentang Slovakia
“Anda boleh complain banyak perkara dalam pasukan Sepanyol tetapi mereka (para complain) tidak bermain dari minit pertama hingga ke-90.”
“Keputusan tersebut adalah perkara yang kami mahukan dan ia tiba pada saat terbaik.”
Belajar, memperbaiki ketika bermain
Turun bertemu Croatia pada pusingan 16 pasukan, Sepanyol terus mengekalkan corak permainan yang sama.
Koke dan Morata mempunyai peluang untuk menjaringkan gol sebelum Unai Simon melakukan kesilapan buruk.
Sepanyol mengampil sedikit masa untuk kembali dalam permainan selepas kesilapan itu, tetapi segera bermain seperti apa yang Enrique mahukan.
Sepanyol mencipta 10 peluang untuk menjaringkan gol pada babak pertama sementara itu Croatia 0 peluang.
Croatia menampilkan pemainan positif pada babak ke-2 dan Sepanyol menggunakan ruang dibelakang pertahanan Croatia. Sepanyol berjaya mendahului 3-1.
Selepas dikejutkan dengan 2 gol penyamaan dari Croatia, Sepanyol kembali bangkit untuk menang 5-3.
Selepas perlawanan itu Enrique cukup bangga tentang idea bola sepaknya.
“Sepanyol dibarisi ramai pemain yang mempunyai kurang 10 penampilan antarabangsa. Pada saat tertentu mereka berfikir mereka perlu bertahan dengan mengeluarkan bola (clearance).”
“Namun semakin jauh mereka menendang bola itu, semakin cepat ia dirampas oleh lawan dan kembali semula.”
“Pelajaran hebat berlaku dalam perlawanan ini, Sepanyol bertahan dengan lebih baik pada babak kedua masa tambahan.
“Kumpulan pemain ini cukup bersedia dan mampu belajar dan memperbaiki dalam dalam permainan.”
Melepasi masa sukar
Bertemu Switzerland di suku akhir, Sepanyol sekali lagi bermula dengan baik.
Sepanyol mendahului hasil jaringan sendiri Dennis Zakaria yang mengubah arah percubaan jordi Alba untuk mengelirukan Yann Sommer.
Switzerland berjaya menjaringkan gol penyamaan namun kad merah merah yang dilayangkan kepada Remo Freuler membuka lebih ruang kepada Sepanyol.
12(10) percubaan (tepat) berjaya dihasilkan oleh sepanyol selepas layangan kad merah itu.
Namun aksi gemuruh di depan gawang lawan seperti perlawanan pertama dan ke-2 dahulu kembali menghantui sepanyol. Peluang demi peluang gagal diterjemahkan kepada gol.
Ketika permainanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti, Enrique membiarkan pemainnya sendiri memutuskan siapa yang akan mengambil 5 sepakan.
Simon menebus kesilapannya (ketika bertemu Croatia) apabila melakukan 2 saves dan membantu Sepanyol mara ke searuh akhir.
“Kami telah bersama 33 hari dan telah melalui semuanya, semuanya tidak mustahil.” kata Enrique selepas perlawanan
“Saya ingat ketika saya bercakap dengan semua pemain dan berkata kita akan berada dalam keadaan sukar.”
“Sekiranya ada pasukan yang datang dan mengatasi kesukaran tersebut ia adalah kita.”
“Jika kita melihat secara objektif, permainan pertama kita hebat tetapi tidk menjaringkan gol. Kita tidak dapat selesaikan masalah itu pada perlawanan kedua.”
“Perlawanan ke-3 dan ke-4 adalah hasil ‘seni’ kita dan yang ke-5 kita hanya kurang fortune di depan gawang.”
Setiap perlawanan telah membawa drama yang tersendiri. Tetapi idea Enrique tetap sama.
Peranan pemain
Sepanjang kejohanan keputusan Sepanyol seperti yoyo namun cara permainanan tetap sama.
Walaupun kejohanan kali ini menuntut pasukan bergerak dalam jarak jauh -termasuk Sepanyol yang terbang dari Copenhagen ke Saint Petersburg namun Enrique terus melakukan latihan untuk mengukuhkan taktikal mereka.
Setiap pemain perlu sedar tentang peranannya. Pemain perlu tahu dimana mereka perlu berada ketika dengn bola dan tanpa bola.
“Kami mempunyai idea yang jelas di semua posisi.” kata Gerard Moreno
“Kami mempunyai identiti dengan cara permainan. Semua pemain tahu apa yang harus dilakukan dan ia sangat membantu pasukan.”
“Bola sepak yang kami mainkan sangat mirip dengan Barcelona tetapi disini kami diminta untuk menekan (press) lebih banyak.” kata Pedri pada minggu lepas.
Di Atletico Madrid, Koke hanya berlegar dikawasan tengah namun bersama Sepanyol dia diarahkan supaya lebih banyak bergerak sehingga ke dalam kotak penalti lawan.
“Jurulatih meminta kami melakukan beberapa perkara dalam latihan. Bagaimana bermain, bagaimana memposisikan diri dan kami mencuba dan menyesuaikan diri secepat mungkin” kata koke
“Kami berlatih bersama selama sebulan dan sesiapa yang diturunkan tahu pergerakan pemain masing-masing;”
“Anda perlu mendengar arahan jurulatih, memberi perhatian dan lakukan apa yang diminta.”
Sepanyol muda selepas gagal pada tahun 2014, 2016, 2018
Memandangkan skuad Sepanyol hari ini banyak berpusat kepada idea Enrique, tidak hairan generasi ini hadir dari kumpulan pemain yang tidak mempunyai pengalaman luas antarabangsa.
Malah tidak mempunyai sebarang medal kejuaraan lagi.
Kegagalan Sepanyol pada Piala Dunia 2014, EURO 2016 dan Piala Dunia 2018 yang dibarisi pemain terbaik yang dimiliki Speanyol juga menjadi punca pasukan ini di restart semula.
Pada ketika itu beberapa pemain boleh mengubah keputusan dan gaya permainan yang mahu diterapkan oleh jurulatih.
Pada kali ini profil pemain Sepanyol agak rendah, tidak mempunyai banyak kejuaraan di peringkat kelab dan tidak banyak bermain di peringkat tertinggi Liga Juara Eropah.
Kumpulan pemain ini masih mahu belajar menjadikan mereka lebih mudah dibentuk dan senang untuk mengikut idea bola sepak yang mahu diterjemahkan oleh Enrique.
Sepanyol tidak diberi harapan tinggi oleh peminat dan pundit negaranya lebih-lebih lagi selepas 2 perlawaan pertama peringkat kumpulan.
Sepanyol lawan Itali, 2 jurulatih paling berjaya di kelab
Salah satu persamaan yang dimiliki Sepanyol dan Itali adalah mereka mempunyai jurulatih yang berjaya di kelab.
Roberto Mancini telah memenangi 13 trofi bersama beberapa kelab yang diuruskannya. Enrique menjadi jurulatih tunggal di EURO yang memiliki kejuaraan Liga Juara Eropah.
Luis Enrique menjuarai treble pada musim pertamanya di Barcelona namun tidak pernah menerima penghargaan seperti yang diperolehi oleh Guardiola.
Ideanya telah mengubah Sepanyol yang dikuatkan oleh pemain bahagian tengah kepada pasukan yang dijana oleh pemain atas.
“Sukar untuk melihat top coach di kelab membimbing skuad kebangsaan kerana mereka lebih selesa melatih pemain secara harian.”
“Kami bertuah kerana berada disini bersama Enrique dan dia mengembangkan idea bersama stafnya dengan pemain yang dipercayainya.”
Sifat Enrique
Terdapat beberapa kumpulan di ibu kota Sepanyol tidak mahu berada di belakang Enrique. Penyingkiran Sergio Ramos dan tidak seorang pemain Real Madrid bersamanya menjadi punca utama.
Salah satu tweet Tomas Roncero dari media AS mengatakan Enrique telah menunjukkan ‘wajah sebenarnya’. ‘Anda tidak boleh menamakan skuad kebangsaan berdasarkan perasaan dan fobia peribadi’.
Enrique dikritik cukup kuat dari Madrid selepas mencatat keputusan seri pada 2 perlawanan awal.
Sifat Enrique yang begitu mempertahanankan pemain yang dipercayainya seperti Morata menjadikan hubungan dengan media Sepanyol tegang.
Enrique tidak gemar menjalinkan hubungan dengan media dan dia sering mencabar orang dalam sidang media.
Bagaimanapun Enrique telah memperbaiki Sepanyol menjadi lebih baik selepas 3 kali gagal dalam kejohanan major dengan pemain kegemarannya sendiri.