J League akan menyambung semula liganya pada 4 Julai ini. Sebelum itu mereka hanya sempat melakukan 1 perlawanan sebelum ditangguhkan akibat pandemik coronavirus.
J League 1 mempunyai 18 pasukan dan perlu melakukan 34 perlawanan/pusingan bagi menghabiskan musim dengan sempurna.
Secara keseluruhan J League menguruskan 306 perlawanan semusim- J League 1 sahaja. 9 perlawanan sudah dilangsungkan.
J League memutuskan untuk menyudahkan musim mereka sebelum tahun hadapan, selepas bersambung semula semua pasukan akan mempunyai jadual yang amat padat.
Mengikut musim biasa, selepas bulan Jun, J League 1 sudah memasuki perlawanan ke-17 hingga ke-19.
Kini mereka baru sahaja melakukan 1 perlawanan.
Bermula 4 Julai mereka akan mengharungi baki 33 lagi dan ditetapkan akan berakhir pada 19 Disember.Ia akan dilakukan dalam tempoh 6 bulan atau bersamaan 25 minggu.
Dalam masa yang sama J League juga akan meneruskan pertadingan Levain Cup atau juga dikenali sebagai Piala J League.
Piala ini mempunyai format hampir sama dengan Piala Malaysia.
Pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, pasukan terbaik akan mara ke peringkat kalah mati. Cuma 4 pasukan yang layak ke liga juara asia diberikan bye , tidak perlu bermain peringkat kumpulan.
Ia bagi mengimbangi jumlah perlawanan kerana pasukan yang ke liga juara asia sudah mempunyai 6 perlawanan peringkat kumpulan disana.
Bagi pasukan yang mara ke final Piala J League, mereka perlu menempuh lebih kurang 13 perlawanan.
- 6 perlawanan peringkat kumpulan
- 2 perlawanan playoff untuk ke suku akhir
- 2 perlawnan suku akhir
- 2 perlawanan separuh akhir
- 1 perlawanan akhir
Bagaimanapun format ini diubah menjadi 1 perlawanan di semua peringkat bagi memberi ruang kepada liga.
BAGAIMANA J LEAGUE MENYUSUN JADUAL 2 PERTADINGAN INI
J League akan memenuhkan kesemua perlawanan liga pada 24 hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan memberi 1 ruang hujung minggu untuk perlawanan akhir Piala J League.
Julai akan menyaksikan 6 perlawanan liga dilangsungkan, 6 perlawanan pada Ogos tambahan 2 perlawanan Piala J League dan 6 perlawanan pada September tambahan 1 perlawanan Piala J League.
Pada 3 bulan pertama setiap pasukan perlu mengharungi 18 perlawanan liga dan tambahan 3 perlawanan Piala.
Memasuki Oktober, setiap pasukan perlu mengharungi 6 lagi perlawanan liga dan tambahan 1 perlawanan Piala.
Jumlah perlawanan akan mula berkurangan pada November dengan 5 perlawanan liga dan final Piala J Laegue.
Seterusnya pada 3 minggu terakhir setiap pasukan akan melengkapkan 4 lagi perlawanan liga. Pada 19 Disember, J League dijangka melengkapkan 34 perlawanan liga dan Pertandingan Piala.
- Julai: 6 perlawanan
- Ogos: 6 perlawanan + 2 perlawanan
- September: 6 perlawanan + 1 perlawanan
- Oktober: 6 perlawanan + 1 perlawanan
- November: 5 perlawanan +1 perlawanan
- Disember: 4 perlawanan
25 minggu tersebut kelihatan agak padat namun J League telah memutuskan dan mengeluarkan jadual seperti itu.
Daripada 25 minggu tersebut sesetengah pasukan perlu mengharungi 2 perlawanan untuk 13 minggu dan bakinya 1 perlawanan seminggu.
38 perlawanan dalam tempoh 25 minggu bermakna mereka sudah memenuhi 76% jadual maksima yang boleh disusun (2 perlawanan seminggu).
Kiraan tersebut hanya melibatkan 2 pertandingan domestik, tidak termasuk pertadingan liga juara asia dan perlawanan antarabangsa.
Jumlah keseluruhan baki perlawanan J League 1 297 perlawanan dan 6 perlawanan Piala J League.
Buat masa sekarang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) masih belum mengumumkan apa status 2 pertandingan tersebut.
Ia melibatkan rentasan antara negara yang mungkin memerlukan banyak SOP yang perlu dipatuhi berbanding pertadingan domestik.
Jika perlawanan antarabangsa dan kelab asia dijalankan, J League dijangka menggunakan baki 24% jadual yang masih kosong.
Ia akan membuatkan sebahagian besar pemain mereka akan bermain 2 perlawanan seminggu selama 6 bulan.
Bagaimana jadual kita di liga M, Piala FA dan Piala Malaysia?