Bagaimana Jackie Chan Dan King Khan Uruskan Anak Mereka Yang Ditangkap Ambil Bahan Terlarang

Pada 2021, keluarga Khan telah dikejutkan dengan berita penahanan anak Shah Rukh Khan kerana penyalahgunaan dadah.

Aryan Khan, anak lelaki Shah Rukh Khan yang sangat popular telah membuatkan ayah dan ibunya di dalam dilema.

Beberapa tahun sebelum ini anak Jackie Chan, Jaycee Chan turut ditahan kerajaan China atas kesalahan sama.

Namun cara Shah Rukh Khan dan Jackie Chan mengendalikan kes anak mereka mendapat perhatian ramai terutama sekali di India.

Selepas anak Shah Rukh Khan dicekup polis, dia telah menyatakan sokongan penuh kepada Aryan. Bukan itu sahaja, rakan baik dan legenda Bollywood lain, Pooja Bhatt, Sunil Shetty, Hrithik Roshan, Suchitra Krishnamoorthi, Hansal Mehta, dan ramai lagi menyatakan sokongan kepada Aryan dan keluarganya.

Membuatkan rakyat India marah. Adakah kerana dia anak KING perfileman Bollywood, maka dia dilayan dengan berbeza apabila menggunakan dadah?

Mereka mulai berkongsi kisah Jackie Chan di China pada 2014. Di mana dia tidak langsung menyokong anaknya Jaycee Chan. Terutama sekali dia mempertimbangkan peranan dia dalam masyarakat sebagai role model ramai.

Jackie Chan: Sila hukum anak saya seperti rakyat China yang lain

Jackie Chan turut banyak berlakon sebagai polis yang mencegah pengedaran dan penggunaan dadah.

Maka, Jackie Chan telah memohon maaf kepada seluruh rakyat China dan menyatakan kesalahan itu bukan 100% di bahu anaknya. Sebaliknya dia juga seorang ayah yang gagal mendidik anaknya menjadi lebih baik.

Ketika siasatan ke atas Jaycee, Jackie Chan tidak langsung mengganggu siasatan polis. Dan banyak bukti ditemui di kondominium miliknya. Polis menjejak dari mana dia mendapatkan dadah itu.

Jackie Chan menangguhkan kesemua aktiviti seninya dan mempertimbangkan untuk bersara. Namun netizen di China menghargai kerjasama Jackie Chan yang tak pernah sekali memihak anaknya.

Ketika hari perbicaraan anaknya, Jackie Chan berkata: “Saya sangat malu hari ini. Saya sangat marah dengan kesalahan anak saya. Sekali lagi saya merasa malu.”

Kemudian Jackie Chan dikatakan memberikan amaran kepada anaknya, bahawa dia boleh dikeluarkan daripada nama waris harta miliknya jika berterusan melakukan perkara merugikan diri.

Forbes pernah melaporkan bahawa Jackie Chan meraih $40 juta dalam masa setahun dari 2019 sehingga 2020.

Dan kini hartanya secara terkumpul lebih $400 juta.

Jackie Chan pernah menyatakan bahawa dia tidak akan mewariskan hartanya itu kepada anaknya Jaycee Chan.

Jackie Chan malah merancang mahu mendermakan kesemuanya kepada kebajikan.

Alasan utama Jackie Chan adalah, jika anaknya mahukan wang sebanyak itu, dia boleh berusaha mencarinya sendiri dan bukannya memikirkan bahawa ayahnya sudah ada harta, buat apa dia nak bekerja keras?

Dia sedia membantu anaknya untuk mencapai matlamat hidup. Namun Jackie Chan tidak mahu anak lelakinya itu malas dan kemudian memikirkan bahawa dia sudah ada $400 juta untuk diwarisi daripada ayahnya.

Dipetik daripada Channel News Asia, Jackie Chan berakata: “Jika dia mahu, maka dia boleh membuat wang sendiri.”

“Jika tidak mahu atau malas, maka dia cuma membazirkan duit saya sahaja.”

Jaycee merupakan anak lelaki Jackie Chan hasil perkahwinannya dengan Joan Lin, yang dia kahwini pada 1982.

Jaycee juga terlibat dalam dunia seni persembahan. Dia adalah pelakon dan penyanyi.

Jaycee Chan dipenjara 6 bulan dan ketika itu Jackie Chan banyak melawatnya di penjara dan memberikannya nasihat.

Jackie Chan ketika itu meminta kanak kanak dan remaja agar tidak meniru kelakuan Jaycee dan mengambil iktibar daripadanya.

“Saya berharap, anak anak muda akan melihat Jaycee sebagai satu pengajaran bahawa dadah boleh membinasakan.”

“Saya tidak boleh menyalahkan anak saya 100%. Kerana ini juga bukti bahawa saya pun turut gagal mendidik anak saya. Jadi saya mengambil tanggungjawab ini sebagai seorang ayah.”

“Jaycee dan saya meminta maaf tulus dari lubuk hati kami kepada masyarakat.”

“Saya benar benar malu dengan apa yang telah dilakukan oleh anak saya. Selain itu, ini juga bukti saya turut gagal mendidiknya. Saya tidak akan masuk campur dalam urusan berkaitan hukumannya.”

Jackie Chan tidak menggunakan pengaruhnya untuk membebaskan anaknya daripada penjara. Dia malah meminta Jaycee menjalani sahaja hukuman atas kesalahannya.

Dia mahu anaknya menjalani hukuman penjara sama seperti rakyat yang lain apabila mereka bersalah.

Ketika Jaycee dibebaskan daripada penjara, Jackie Chan menyambut anaknya itu dan dia sendiri menggunting rambut anaknya.

Walaupun Jackie Chan pernah menyatakan dia tak akan mewariskan harta kepada anaknya sama sekali, itu mungkin hanya motivasi agar anaknya berusaha mencari hartanya sendiri. Mana ada ayah di dunia ni nak berkira sangat soal harta kepada anak mereka kan?

Ketika keluar dari penjara, Jaycee insaf dan berkata: “Saya tahu saya dah buat kesilapan besar, dan saya menerima hukuman itu. Saya nak minta maaf dan berjanji tak akan mengulangi kesalahan sama seperti itu lagi.”

Bagaimana dengan Shah Rukh Khan?

Keluarga Khan terutam isterinya yang merupakan anak ahli politi berpengaruh, berterusa memberikan tekanan kepada pihak polis.

Malah dia meminta anaknya dihukum pejara di hotel kerana Aryan tidak pernah hidup susah.

Shah Rukh Khan tidak pernah meminta maaf secara terbuka di atas kesalahan anaknya. Dan dia membuat keputusan untuk berdiam.

Dan pada Mei 2022, Aryan Khan dibebaskan daripada pertuduhan. Kerana polis menyatakan mereka tidak menemui sebarang dadah bersama dengan Aryan Khan ketika serbuan.

Manakala, 14 lagi rakannya yang berpesta liar bersamanya di kapal mewah miliknya, kesemuanya didapati bersalah.

Dia dibebaskan selepas 3 minggu ditahan. Rakyat India benar benar marah dengan keluarga Khan ketika itu.

Kerana sebelum itu polis menyatakan mereka ada bukti kukuh tentang penglibatan Aryan.

Kemudian tular gambar Shah Rukh Khan bertemu dengan ahli politik berpengaruh sebelum mahkamah memutuskan bahawa anaknya bebas daripada sebarang pertuduhan.

Namun dia harus dibebaskan dengan ikat jamin kerana berada di pesta yang ada dadah.

Pada 1997, Shah Rukh Khan dalam satu sesi temubual dnegan Simi Garewal, dalam slot ‘Rendezvous with Simi Garewal’. Dalam slot itu dia bertekad tak akan campur tangan dalam kehidupan Aryan apabila dia semakin dewasa.

Shah Rukh Khan dengan bangga berkata: “Saya pernah beritahu Aryan, saya tak akan rosakkan keseronokannya. Dia boleh keluar dengan berapa ramai gadis dia mahu. Boleh merokok seberapa banyak dia nak. Boleh hisap d a d ah. Boleh menjalinkan hubungan intim dengan mana mana wanita. Dia boleh jadi kaki perempuan.”

Isterinya turut berbangga menyatakan Aryan sudah ada ciri ciri kaki perempuan sejak berusia 3 tahun lagi. Lalu Shah Rukh Khan menambah: “Lebih baik bersedia lebih awal untuk menjadi buaya darat.”

Kenyataan Shah Rukh Khan masa itu mendapat kecaman ramai. Kerana ramai anak muda menonton rancangan itu.