Bagaimana Kejayaan Di UNL Menjadikan Karim Benzema Sebagai Pemain Perancis Paling Berjaya

Kejayaan menjulang Liga Bangsa Eropah semalam menjadikan Karim Benzema kini menjadi pemain Perancis paling berjaya di dalam sejarah, berdasarkan jumlah trofi dimenanginya di peringkat antarabangsa dan kelab.

Amat sayang Benzema tidak disertakan dalam pasukan yang menjuarai Piala Dunia sebelum ini.

Benzema kini sudah memenangi 27 trofi di dalam kariernya. 19 bersama Real Madrid, 7 ketika bersama dengan Lyon dan kejayaan sulung bersama Perancis semalam.

Masih tak ada tanda tanda Benzema memperlahankan rentaknya atau kelihatan sudah tak berpeluang memenangi piala lagi.

Benzema menjadi pemain utama Real Madrid sejak pemergian Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos.

Beliau kini menjadi sandaran utama Perancis di peringkat antarabangsa selepas dipanggil semula ke kem Les Bleus pada Euro yang lalu. Membentuk gandingan ideal dengan Kylian Mbappe di serangan.

Benzema membantu negaranya menjuarai UNL dengan gol penting walaupun mereka ketinggalan dalam aksi separuh akhir bertemu Belgium dan aksi final bertemu Sepanyol.

Perancis memiliki ramai nama legenda dalam sejarah mereka termasuk Platini, Zidane dan ramai lagi.

Nama Benzema pastinya akan diletakkan sebaris legenda tersebut pada suatu hari nanti.

Kini misi Benzema adalah untuk membantu Real Madrid merampas semula kejuaraan La Liga dari jiran mereka Atletico.

Dan juga cuba membantu Real Madrid memenangi UCL sekali lagi. Real Madrid musim ini kembali dikendalikan oleh Carlo Ancelotti.

 

Baca yang lain