Korea Selatan antara negara yang berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 tanpa penguncian / lockdown. Namun bagaimana mereka melakukannya?
Korea Selatan merupakan antara negara yang teruk dilanda wabak Covid-19. Di kala negara negara Eropah lain dan China terpaksa melakukan lockdown, Korea Selatan pula mengambil langkah lebih moderate.
Pada 20 Mac lalu, Korea Selatan merupakan negara di luar China yang mencatatkan kes Covid-19 tertinggi di dunia.
Pesakit pertama yang disahkan adalah pada 20 Januari 2020. Korea Selatan berjaya menemui pesakit yang menjadi penyebar utama. Al Jazeera melaporkan, pesakit itu adalah wanita – kes ke-31.
Wanita tersebut telah menyertai perhimpunan keagamaan di Gereja Shincheonji. Pesakit 31 ini menularkan virus kepada jemaah gereja yang lain dan kemudiannya menyebarkanya di sekitar Kota Daegu.
Itu yang menjadikan kes Covid-19 di Korea Selatan meningkat dengan mendadak.
Special thanks for the world's support on Koreans battling COVID-19 via the #Stay_Strong_Korea hashtag campaign.
Let's overcome COVID-19 together! #Stay_Strong_Korea#Stay_Strong_World#Defeat_COVID19_Together pic.twitter.com/FAEyFDWfQe— The Office of President Moon Jae-in (@TheBlueHouseENG) March 13, 2020
Peak / kemuncak kepada Covid-19 di Korea Selatan adalah pada 29 Februari lalu dengan lebih 800 kes baru dicatatkan. Dan majoritinya adalah daripada Daegu.
Persiapan
Pemerintah Korea Selatan bertindak dengan sangat cepat. Mereka memiliki sistem perubatan yang sangat cekap, walaupun berdepan dengan isu kekurangan pekerja perubatan.
Apa yang mereka lakukan adalah, melakukan banyak saringan Covid-19 ke atas rakyatnya yang disyaki terjangkiti.
Seterusnya, mereka akan dikuarantin, sama ada dikuarantin di hospital ataupun diarahkan isolasi sendiri di rumah.
Menariknya, sebelum wabak ini melanda Korea Selatan, sudah banyak portal di negara mereka menyuapkan segala informasi tentang apa yang mereka perlu lakukan jika koronavirus menyerang Korea Selatan.
Saringan dan ujian
NY Times menulis, Test, test, test and test, dengan merujuk kepada kekuatan utama Korea Selatan menangangi virus ini.
Pada ketika peak, kerajaan Korea Selatan tetap berjaya mengendalikan lebih 10,000 orang untuk saringan dalam masa sehari.
Bagaimana? Takkan mereka melakukannya di hospital? Sebenarnya mereka menggunakan sistem saringan drive thru di beberapa tempat hot spot.
At drive-through COVID-19 testing centers in South Korea, the test takes 10 minutes at most.
Results are texted to you, usually the next day. And it's free — paid for by the government.https://t.co/JjvQ6lSMm3
— NPR (@NPR) March 13, 2020
Seterusnya, kerajaan melantik lebih ramai pegawai konsultansi di hospital dan juga yang menerima panggilan daripada orang awam.
Korea Selatan memberikan saringan dan ujian secara percuma.
Kerajaan mereka kemudian sentiasa memberikan peringatan kepada rakyatnya tentang hot spot terbaru. Ini untuk warga Korea Selatan dapat mengelakkan hot spot itu.
Hebahan ini mudah dilakukan kerana adanya bantuan telefon pintar pada hari ini. Itulah kebaikan teknologi kepada manusia.
Tidak ada lockdown
Kerajaan Korea Selatan memutuskan untuk tidak melakukan lockdown. Mereka mahu mengurangkan impak lebih teruk kepada ekonomi dan sosial. Yang ada pun dah teruk impaknya.
Korea Selatan menumpukan untuk ujian dan saringan yang lebih banyak bagi mengenalpasti hot spot kepada virus Covid-19.
What the U.S. Needs to do Today to Follow South Korea Model for Fighting Coronavirus https://t.co/Nbcw580PJj pic.twitter.com/fHkhIVjnxn
— michael francis (@michael88861333) March 19, 2020
Rakyat Korea Selatan ni dengar cakap. Mereka menuruti perintah kawalan pergerakan ataupun social distancing.
Apabila ada kawasan yang menunjukkan peningkatan kes, dengan segera mereka menghantar pasukan perubatan tambahan dan pakar epidemik. Daegu adalah tempat yang menjadi tumpuan utama.
Seterusnya, kerajaan Korea Selatan akan memantau pergerakan mereka yang di bawah perintah kuarantin dengan menjejak pergerakan mereka dengan GPS sepanjang masa.
Jika ada mereka yang dijangkiti wabak ataupun dalam tempoh kuarantin ini keluar melebih sempadan yang ditetapkan, bunyi alarm akan keluar pada notifikasi pegawai.
Kesemua pelancong yang masuk ke negara mereka diminta untuk mengisi maklumat di aplikasi khas. Jika mereka ada gejala gejala seperti yang dinyatakan, maka pelancong itu perlu datang terus ke hospital.
How did South Korea #FlattenTheCurve without imposing a nationwide lockdown?
Strict self-isolation, social distancing and mass testing.
We have a small time frame that decides whether we have the same stats as Korea or Italy.https://t.co/KDixwjTpXg
— Nailah Huda (@nylahuda) March 15, 2020
Sikap kerajaan Korea Selatan yang agak mesra dengan semua pihak ini membolehkan ramai yang senang untuk berhubung dengan mereka. Ala, kat Malaysia ni pun mesra, tetapi ramai ambil kesempatan kan.
Semangat solidariti di antara semua pihak termasuk rakyat dan pemerintah adalah kunci utama kepada kejayaan mereka.
Korea Selatan juga dilaporkan sudah bersedia dengan alatan ujian Covid-19, sebaik sahaja mendengar kes penularan di China pada akhir tahun 2019.
Ini bermakna, peralatan saringan mereka sudah bersedia sebelum kes pertama lagi di negara mereka.
Dipetik dari CNN, Pada 16 Januari pengarah eksekutif dan founder kepada perusahaan bioteknologi molekuler Seegene – Chun Jong-yoon mengatakan kepada pasukannya bahawa mereka kini harus fokus kepada koronavirus.
Siouxsie explains why we're not seeing widespread testing a la South Korea. Plus: one simple thing you can do online to help the fight against the virus https://t.co/8BG6OrTGkd
— The Spinoff (@TheSpinoffTV) March 17, 2020
Persiapan yang mereka lakukan jauh sebelum virus covid-19 membunuh ribuan orang di China dan sebelum wabak itu rasmi diberikan nama COVID-19.
Dan kini, Korea Selatan dilaporkan sedia menghantar alat bantuan untuk saringan Covid-19 ke negara-negara yang memerlukan secara percuma.
Fasiliti yang pratikal
Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit di Korea Selatan mengesahkan bahawa mereka memiliki 118 fasiliti khas yang dapat menguji dan melaporkan hasil makmal dalam masa yang pantas.
Sistem drive thru yang diperkenalkan oleh mereka sangat memberikan kesan. Di mana mereka berada di tengah bandar untuk memeriksa orang yang lalu lalang.
Covid-19 adalah wabak yang boleh disebarkan sebelum pesakitnya mengalami gejala.
Korea Selatan kemudian berjaya meratakan lengkungan pandemik (flatten the curve). Dan pada satu ketika mereka akhirnya berjaya mencatatkan angka pesakit sembuh berbanding dengan kes baru.
Well done!
South Korea 🇰🇷 are now reporting more people recovering from corona than new cases. 250 000 people are tested. A hospital in Seoul implemented a virus testing facility resembling telephone booths to minimize social contact .— Erik Solheim (@ErikSolheim) March 19, 2020
Sehingga 18 Mac lalu dilaporkan sudah leboh 250,000 orang disaring. Hospital di Seoul pula cuba menubuhkan beberapa pondok saringan Covid-19 yang seperti pondok telefon.
Jadi, tak semestinya fasiliti yang canggih manggih, paling penting praktikal dan cukup peralatan.
Ini untuk mengawal jarak dan mengurangkan sentuhan di antara manusia.
Rumusan
Apa yang kita dapat pelajari dari Korea Selatan adalah, mereka sudah bertindak lebih awal sebelum wabak menyerang mereka.
Mereka mendengar jiran mereka China sudah mencatatkan penularan yang drastik, dan Korea Selatan terus memperkasakan pasukan yang menumpukan usaha untuk membendung koronavirus.
Seterusnya, kita juga dapat belajar bahawa, disiplin dan pemahaman tentang wabak juga penting. Rakyat Korea Selatan mendapatkan informasi tentang wabak dan apa yang perlu mereka lakukan.
South Korea has done more than just "flatten the curve" of new Covid-19 infections. It bought the curve down through:
– Aggressive testing (20,000 tests daily, "drive through" testing)/isolation
– School holiday extended
– Government advice to stay inside
– large events cancelled pic.twitter.com/MGzuX9Oc6w— Tom Hancock (@hancocktom) March 13, 2020
Mereka tak panik apabila ada simptom awal ataupun diminta untuk menjalani saringan kerana dikhuatiri ada bersentuhan dengan pembawa wabak.
Masyaratak Korea Selatan tahu bahawa Covid-19 adalah virus yang cepat merebak menerusi sentuhan fizikal.
Dan mereka semua taat dengan peraturan duduk di rumah. Kalau keluar pun mereka akan cuba memastikan jarak mereka di antara satu sama lain adalah 2 meter.
Selain itu, Korea Selatan memfokuskan kepada test / saringan sebanyak mungkin yang mereka mampu untuk mengenalpasti situasi semasa dan mengasingkan pembawa virus.