Liverpool dengan rasminya mendatangkan Luis Diaz ke kelab mereka. Pemain yang sebelum ini bermain untuk Porto adalah sasaran Spurs yang utama. Antonio Conte turut mahukan pemain tersebut dibawa masuk.
Namun tiba tiba Liverpool masuk ke dalam persaingan dan terus memenanginya.
Sebenarnya Liverpool sebelum ini tidak menyangka bahawa Diaz akan disenaraikan dalam pasaran perpindahan. Tetapi jabatan rekrut pemain Spurs benar benar memantau situasi pemain itu dan mengetahui bahawa Porto terdesak mahukan wang bagi menampung masalah hutang mereka.
Sam Wallace menggunakan terma Backdoored ataupun terkena serangan pintu belakang. Walaupun ramai tak setuju dengan terma itu kerana Diaz masih berada di pasaran terbuka untuk dibida dan dia milik Porto.
‘Backdoored’: how Liverpool hijacked Daniel Levy’s deal for Luis Diaz, the latest round of transfer hostilities between #THFC and #LFC stretching back a decade https://t.co/atmcRvILb1
— Sam Wallace (@SamWallaceTel) January 30, 2022
Tetapi konteks artikel itu sebenarnya merujuk kepada Liverpool menghijack Diaz daripada menyertai Spurs. Sebab tu dia letak simbol (‘ ‘) pada perkataan tu.
Situasinya adalah, Porto sebelum ini merasakan pemain tersebut akan dapat mencapai potensi sehingga dia menjadi pemain bernilai sekitar €80 juta. Maka itulah ada klausa pelepasan €80 juta dalam kontrak pemain itu.
Porto mensasarkan mereka akan mara ke pusingan kalah mati UCL. Jika itu berlaku, mereka yakin akan dapat bertahan untuk musim ini bagi menampung beban kewangan mereka.
Malangnya, mereka bungkus awal. Agak ironi kerana Liverpool antara punca mereka tersingkir awal. Lalu Porto sedia melepaskan beberapa pemain mereka termasuk Diaz.
Spurs yang menghidu perkembangan itu bertindak pantas. Porto dan Diaz dilaporkan sudah melakukan rundingan dengan Spurs. Dan kelab dalam proses penetapan harga.
Menurut laporan Telegraph, Daniel Levy mengetahui bahawa Liverpool cuba mengambil kesempatan untuk memintas mereka daripada persaingan menggunakan kelebihan yang mereka ada sebagai kelab yang lebih besar.
Walaupun awalnya rundingan dengan Spurs dikatakan sudah berakhir kerana isu harga selepas Spurs meminta pengurangan harga. Peluang itu digunakan Liverpool untuk menawarkan harga yang diminta Porto.
Melihat Liverpool membuka langkah, Spurs mulai menawarkan harga yang lebih baik. Liverpool kemudian memperbaiki tawaran mereka, dilaporkan setara dengan apa yang ditawarkan Spurs dan pakej gaji yang sama juga ditawarkan.
Dalam keadaan ini, Porto ada dua pilihan. Dan kedua dua pilihan itu mendatangkan keuntungan yang sama kepada mereka. Jadi mereka tiada masalah untuk meminta pemain itu memilih sendiri.
Dengan status Liverpool yang lebih gah, pastinya Diaz lebih tertarik ke Liverpool. Walaupun Spurs ada Conte, Liverpool tetap memiliki Jurgen Klopp.
Spurs akhirnya datang dengan tawaran €60 juta keseluruhan. Di mana Liverpool menawarkan harga yang sama dengan bayaran asas €40 juta disusuli bonus €20 juta.
If you had the choice to join Liverpool or Tottenham, who would you sign for? 🤔 pic.twitter.com/5DLYgpinR2
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) January 30, 2022
Diaz akhirnya rasmi menjadi milik Liverpool. Lebih menarik apabila Liverpool sudah menghantar terus pegawai mereka ke Argentina untuk melakukan prosedur medikal dan kemudian untuk proses sign kontrak rasmi.
Di mana Spurs tidak tahu langsung Liverpool akan bersedia sampai tahap itu. Diaz ketika ini bersama dengan Colombia dalam aksi kelayakan Piala Dunia.
Here’s new Liverpool signing Luís Diaz after completing first part of medical in Argentina, ready to pen his contract until June 2027. 🔴🇨🇴 #LFC
Agreement reached between clubs for €40m guaranteed fee upfront plus €20m add ons. Paperworks to be completed soon.
Here-we-go 🤝 pic.twitter.com/kzMnvhUmdi
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 30, 2022
Liverpool dalam kenyataan rasmi berkata: “Kelab Bola Sepak Liverpool telah melengkapkan proses menandatangani Luis Diaz dari FC Porto, kini tertakluk kepada proses pemberian permit kerja dan pelepasan antarabangsa.”
“Pemain berusia 25 tahun itu telah menandatangani kontrak jangka panjang dengan The Reds selepas lulus terma perubatan dan memuktamadkan syarat peribadi.”
“Diaz akan tiba di Merseyside sebaik sahaja dia menyelesaikan tugasan antarabangsa bersama Colombia, yang menentang Argentina dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Cordoba pada petang Selasa.”
“Dia menyertai Liverpool selepas dua setengah musim bersama FC Porto, di mana dia membuat 125 penampilan dan menjaringkan 41 gol, dan akan memakai jersi No.23.”
“Penyerang itu berdepan The Reds dua kali dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini bersama pasukan Portugal itu dan telah menjaringkan 14 gol dalam 18 perlawanan liga musim ini.”
“Beliau sebelum ini pernah mewakili Barranquilla FC dan Junior FC di tanah airnya sebelum berhijrah ke Eropah pada 2019.”
“Sehingga kini, Diaz mempunyai 31 caps untuk Colombia, dengan tujuh gol untuk negaranya.”
We have completed the signing of Luis Diaz from FC Porto, subject to the successful granting of a work permit and international clearance ✍️😄 #VamosLuis
— Liverpool FC (@LFC) January 30, 2022
Selamat datang ke Anfield, juara enam kali Eropah dan juara 19 kali Inggeris, Luis Diaz.
Ini bukan pertama kali Spurs disailang dengan kejam di saat akhir. Sebelum ini berlaku kepada Willian apabila pemain itu disailang oleh Jose Mourinho di Chelsea. Sehinggakan Mourinho menyatakan Willian dah tak perlu medikal dan di Chelsea sebab dia dah buat dengan kelab lain – meruju kepada Spurs.
Namun beberapa tahun lalu, Spurs juga banyak menyailang sasaran Liverpool termasuk Clint Dempsey, Dele Alli dan Gylfi Sigurdsson.