Liverpool lupakah pasukan yang mementingkan pergerakan ke bahagian tengah.
Bukan semua pemain berkelas dunia yang boleh beradaptasi dengan sistem kehendak Jurgen Klopp.
Misalnya Fabinho, pemain itu tidak terus mendapat tempat automatik di dalam pasukan Liverpool. Bukan kerana dia tidak bagus tetapi ia tidak bermain dengan sistem dimahukan Klopp.
Dalam beberapa perlawanan, Fabinho menunjukkan kualiti beliau ketika. Namun agak terlalu banyak faul beliau lakukan kerana beliau memang seorang defensive midfielder.
Ketika ramai mempersoalkan kenapa pemain itu tak dapat jadi pemain utama. Klopp dalam sidang media dengan LFC menyatakan:
“Ianya tentang kefahaman pemain tentang posisi. Kami juga ada beberapa pemain yang boleh bermain di situ.”
Klopp merujuk, transisi Fabinho tak perlu panik nak buat. Sebab ada pemain lain yang boleh cover dahulu.
“Inilah dia, ianya bola sepak berbeza dan beliau kena hadapinya. Namun beliau meningkat dengan sangat baik. Saya boleh nampak peningkatan itu dalam sesi latihan dan ianya hebat.”
“Korang tengok Andy Robertson berlari ke sana ke sini di Melwood. Beliau pemain yang jauh berbeza dengan ketika beliau mulai tiba di sini. Inilah cara semua ini berkerja, tetapi segalanya akan baik-baik sahaja.”
Klopp memerlukan pemain tengah yang kurang melakukan foul dan melebihkan aspek pressing.
Asasnya sistem Liverpool tengah adalah midfielder 3 dengan lone pivot. Jadi ini struktur asas dia.
Pivot itu sekarang dah jadi milik Fabinho. Selepas beliau berjaya memahami kehendak sistem Klopp. Benda tu dia buat musim lepas la. Saja nak bagi ayat dramatik.
Fabinho akan menjadi half back pada fasa build up, di mana dia akan menyelitkan dirinya di antara koridor 2 bek tengah, tapi dia depan sikit la.
Dan 2 pemain di hadapan beliau akan memberikan sokongan secara depth kepada serangan serta protection pertama kepada barisan belakang. Mereka akan menjadi sebahagian daripada rantaian tengah (chain of 4).
Ye la aku lukis la ni, adoi. Semua benda nak lukis.
Bahagian tengah ini sangat penting, sebab ia adalah ‘gate’ kepada gegenpressing pada fasa bertahan.
Kalau bocor ia akan membuka flood gate kepada lawan.
Klopp banyak menegaskan isu bola kedua untuk dimenangi. Lihat bagaimana 3 pemain tengah ini meletakkan diri mereka dalam posisi ketika counterpressing untuk memenangi bola kedua.
Dari segi hantaran ketiga-tiga pemain ini memiliki variasi hantaran yang bagus.
Jordan Henderson pemain yang memiliki long pass yang baik. Fabinho berkeupayaan membuat ping point pass.
https://www.youtube.com/watch?v=3nI_rblG9pQ
Ketiga tiga pemain tengah harus ada ‘awareness’ yang sangat tinggi terutama sekali apabila Fabinho naik ke atas.
Rasanya tak perlu cerita panjang sangat pasa fleksibiliti 3 pemain tengah ni dalam sistem sama ada nak overload ke atas ataupun reshape turun ke bawah,
Seterusnya 2 pemain tengah di atas tu akan beroperasi untuk track back ancaman di belakang 2 pertahanan sisi Liverpool yang sangat advance.
Rumusan
Itu untuk part ke-3, menyentuh tentang sistem tengah Liverpool. Ini penjelasan sangat ringkas.
Apa yang kita pelajari, Klopp akan membeli pemain yang sesuai dengan sistem ataupun yang dia rasa boleh di-adjust seperti Fabinho.
Sebab itu, dalam beberapa musim ini pemain seperti Trent Alexander-Arnold, Andrew Robertson muncul daripada sistem pembangunan Klopp.
Klopp berkata: “Robertson adalah pemain yang jauh berbeza daripada hari pertama beliau tiba di sini.”
Sejak dari Dortmund lagi Klopp akan membangunkan sendiri pemain yang beliau beli agar sangat efektif dengan sistemnya. Ini bukan kerja mudah.
Sebab tu kadangkala pemain seperti Gotze, Mkhitaryan, dan Kagawa sangat struggle dengan sistem lain. Ini kerana tak semua jurulatih tahu cara menggunakan mereka.