Bagaimana Liverpool Berfungsi Part 4: Sistem Serangan

Aku sampai terlupa pasal manifesto ni. Korang pula tak ingatkan aku. So yang bersalah dalam hal ini adalah korang. Bukan aku.

Ok kali ini aku akan jelaskan bagaiman sistem serangan Liverpool berfungsi. Aku fokus kepada sistem front 3 iaitu Mohamed Salah:

Roberto Firmino:

Dan Sadio Mane:

Nasib baik lagu aku ada. Rasa nak maki je ni

Front 3

Liverpool mengguakan sistem ini 2 inverted winger dan 1 floating attacker.

Aku bagi ulangkaji ringkas pasal benda ni

Inverted winger – bermaksud pemain yang bermain di posisi kaki lemah. Misalnya Mo Salah kaki kiri dia bermain di kanan, dan Sadio Mane kaki kanan bermain di _________ ?

Dapat jawab tak? Bagus

via GIPHY

Floating Attacker ni bermaksud pemain yang bergerak di zon 14 ataupun penyerang yang turun ke bawah sedikit.

Firmino ni floating attacker tau.

Eh? bukan false 9 ke?

False 9 itu sebahagian daripada Floating Attacker. Firmino memang false 9 sebab dia bukan no.9 tulen.

No.9 tu apa benda bang? No.9 merujuk kepada penyerang paling atas di dalam padang. Dan dipanggil centre forward.

Peranan Firmino

Firmino adalah ‘center of everything’ di antara ketiga tiga mereka ini. Beliau adalah konduktor dan pengalir yang utama.

Firmino akan sentiasa cuba untuk drop deeper untuk menerima bola.

Sifat dia yang tak tamak dan kemampuan untuk menempatkan diri di tight area dan hold bola adalah salah satu perkara yang Klopp suka daripada dia ni.

Pada masa yang sama, Firmino memiliki kemampuan linking up yang sangat tinggi. Kekadang terlebih lebih pula linking up dia, benda patu shot pun dia tunggu Mane Salah untuk nak bagi diorang tu skor.

Dia pemain yang boleh release bola segera macam ni:

Ataupun dia bawa bola tu ke atas lagi untuk melakukan playmaking di atas sana.

Beliau akan mencipta ruang untuk dirinya dan juga 2 penyerang sayap di kiri dan kanan.

Selain itu Firmino antara pemain yang sangat efektif dalam pressing. Sebab masa dia muda dia pernah main posisi defensif.

Dia selalunya akan menjadi first man presser.

Ok kita cerita pasal Mo Salah pula.

Kenapa mesti Salah dulu. Cerita pasal aku dulu la setan

Ok kita cerita pasal Sadio Mane dahulu. Pemain yang memiliki flair dan sangat athletic.

Kau fokus Mino. Orang nak cerita pasal aku tu

Sadio Mane asalnya pemain sayap yang bukan terlalu prolifik. Namun apabila Klopp mendapatkan beliau, Klopp telah berjaya membentuk beliau menjadi goal scorer.

Namun pada tahun pertama Klopp tidaklah mendapat seperti mana dalam musim yang seterusnya.

Boleh dikatakan kehadiran Mohamed Salah banyak memberikan kebaikan kepada Sadio Mane juga.

Korang mesti masih ingat, Klopp berkata, mereka nak sign Salah sebab nak perbaiki aspek permainan di wing kanan.

Dan tak sangka dia boleh cetak gol yang banyak.

Lalu Klopp berusaha study permainan Mo Salah untuk dibangunkan sebagai goal scorer yang padu. Jadi, aku tak hairan kalau Klopp sebenarnya pernah target no.9 yang prolifik, 20 gol semusim tetapi selepas tu tidak terdesak nak sign sebab ada Salah.

Mane: Ni nak cerita pasal aku ke Salah ni?

Kesannya, apabila method latihan yang sama diberikan kepada Sadio Mane. Musim lalu beliau dan Mo Salah berkongsi kasut emas EPL.

Ok next cerita Mo Salah

Mohamed Salah telah memberikan dimensi baru kepada serangan Liverpool. Beliau membuatkan Liverpool membentuk sistem penjaring gol utama berasaskan wide player.

Benda yang dibuat pemain seperti Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, dan ramai lagi wing attacker.

Dengan peningkatan yang mendadak pada Mane sebagai penjaring gol, secara tak langsung Liverpool memiliki 2 prolific winger pada satu masa yang sama.

Jika Mo Salah cedera, Mane masih ada sebagai sumber gol. Dan kita ada Lord Origi buat back up.

Bagi yang kurang jelas bagaimana pattern gerakan inverted winger, mereka ni macam ni, akan  bergerak ke atas dan cuba cut inside (masuk mengejut ke tengah) untuk menukar kedudukan bola ke kaki utama.

Dan apabila benda tu dia dapat, dia akan buat curl ke far post. Ala macam Arjen Robben.

Ini contoh yang ada curl / lencongan.

Ini contoh yang tak ada curl. Biasanya mereka akan buat curl la, sebab kalau tak buat curl kena ada shot power yang sangat kuat.

Jika Mane cedera, kita ada Mo Salah, dan biasalah, Lord Origi pun ada. Pemain lain seperti Xherdan Shqiri memberikan tambahan kepada depth.

Shaqiri memberikan variasi untuk plan B. Beliau lebih kepada pemberi bola berbanding penjaring gol. Itu yang penting si Shaq ni.

2 pemain sayap Liverpool iaitu Sadio Mane dan Salah boleh menjadi false 9 bila diperlukan. Musim lalu beberapa perlawanan Mane menjadi false 9.

Salah ni tak payah cerita la, memang kerapkali korang tengok. Cerita lebih kang susah kang.

Rumusan

Sistem serangan bertiga Liverpool sangat bergantung kepada taktikal. Ia menghubungkan ketiga tiga pemain  dengan sistem yang jelas.

Mane dan Salah juga memiliki kepantasan untuk track back. Ini salah satu sebab kenapa 2 pemain ini sangat lengkap dalam sistem Klopp.

Namun kekangan Liverpool adalah nak mencari pengganti Firmino apabila pemain tu off form ataupun tak cergas.

Untuk Mo Salah dan Mane ia bukan masalah besar sangat sebab kita masih ok nak bergantung kepada hanya 1 prolific winger.

Ok tu je, tunggu part 5.