1 Januari 2021 menandakan bahawa kita sudah melangkah ke tahun baharu. Namun bagi peminat bola sepak, ini juga menandakan permulaan jendela perpindahan pemain telah dibuka.
Jika disebut mengenai “transfer window”, maka nama-nama hebat seperti Ed Woodwards, Fabrizio Romano dan Mino Raiola akan menjadi sebutan ramai.
Yes, 2020 is *finally* over. Total agreement reached for 2021 to start soon. Here we go!
Set be announced on next few minutes 😏
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 31, 2020
Mari bersama penulis kita mengenali “Iron Lady” Chelsea FC, Marina Granovskaia dalam mengendalikan urusan perpindahan pemain serta menstruktur semula kewangan Chelsea. Here we go!
Permulaan Karier
Setelah tamat pengajian di Universiti Moscow, beliau memulakan kerja di syarikat minyak, Sibneft yang dahulunya dimiliki oleh Roman Abramovich.
Beliau bekerja rapat dengan Roman sejak 18 tahun lepas dengan mengurus aset yang dimiliki jutawan Rusia itu sebelum menyertai barisan pengarah pada tahun 2013 dimana beliau bertanggungjawab dalam hal transaksi pemain.
Impak Marina
Menurut sumber dalaman Chelsea, tahun 2009 merupakan detik peralihan pengaruh Marina di Chelsea.
Chelsea's 2009 clash with Barcelona is still infamous for FOUR rejected penalty shouts and Drogba calling the referee a 'f****** disgrace' https://t.co/dGA20Pl6Tj pic.twitter.com/g42MuijcTR
— MailOnline Sport (@MailSport) February 20, 2018
Kedudukan Didier Drogba di Chelsea nampak samar setelah beliau digantung untuk beraksi dalam pentas eropah setelah insiden pergeseran dengan pengadil ketika separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) ketika menentang Barcelona.
Eksekutif di Chelsea mahu beliau pergi namun Marina dengan lantang menolak cadangan tersebut dan mahu memberikan kontrak lanjutan kepada King DD dengan mempertaruhkan reputasi beliau. Marina juga akan bertanggungjawab jika peristiwa tersebut berulang.
After his 2008 CL semi final antics, Drogba’s future at Chelsea was in doubt. Executives wanted him gone. Marina insisted Drogba be given a new contract. She went as far as putting her reputation on the line by assuring that she’d take responsibility for future behaviour issues👏🏼 pic.twitter.com/0ycwpLewKd
— ChelseaFCBlogs (@ChelseaFCBlogs_) December 13, 2020
Hasilnya asyik gaes. Drogba membawa Chelsea memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan paling utama, UCL pertama untuk kelab di London. Bermula dari situ juga Marina mula mengambil alih untuk membuat keputusan akhir.
Transformasi Pembelian Pemain
Sebelum ketibaan beliau, Chelsea dikenali sebagai kelab yang gemar membeli pemain terkemuka dengan harga yang mahal dan menjual dengan harga murah. Banyak kelab mengambil kesempatan dengan situasi itu.
Marina berjaya mengubah imej tu. Pedapatan purata dari penjualan pemain meningkat sebanyak hampir 4 kali ganda. Chelsea merupakan kelab yang mempunyai hasil jualan pemain tertinggi dalam dekad terakhir sebanyak £829 juta berbanding Liverpool £648 juta di tempat kedua.
Ini sangat membantu Chelsea dalam usaha bersaing untuk memenangi piala di zaman Financial Fair Play (FFP) dimana kelab tidak boleh berbelanja melebihi keuntungan.
Pencapaian Terbaik
Antara pencapaian terbaik Marina adalah menjual Eden Hazard dengan harga £100 juta ++ dengan kontrak berbaki setahun dan Oscar ke Shanghai SIPG dengan tanda harga £54 juta, yang merupakan rekod perpindahan Asia.
Chelsea have agreed to sell Oscar to Chinese club Shanghai SIPG for a fee of around £60m: https://t.co/zz4DAIHpdn #SSNHQ pic.twitter.com/DWNLSh9QhO
— Sky Sports News (@SkySportsNews) December 23, 2016
Paling menarik sudah tentu penjualan Diego Costa ke Atletico Madrid. Chelsea membeli Costa pada usia terbaik dengan harga £34juta. Sempat memenangi pelbagai trofi sebelum berselisih faham dengan pengurus, Antonio Conte.
Costa menyatakan yang beliau hanya akan meninggalkan Chelsea untuk ke Atletico Madrid sahaja. Ini menyulitkan situasi untuk penjualan beliau kerana hanya terdapat satu potensi pembeli.
Costa warns Chelsea he will not be pushed to China and only wants to join Atletico Madrid if he goes #cfc https://t.co/Ba9BRxdOgI
— Matt Law (@Matt_Law_DT) May 27, 2017
Namun tiada apa yang mustahil bagi Marina. Beliau dengan tenang menyempurnakan perpindahan Costa ke Atletico dengan tanda harga £54juta, untung lagi £25juta tuan-tuan!
Fakta Menarik
Ada laporan dari peguam kelab bahawa Marina bertanggungjawab dalam menyelesaikan 120 kontrak pada 2017 dan 500 rundingan kontrak.
Beliau juga dikatakan bertanggungjawab dalam urusan usahasama bersama Vitesse Arnhem.
Kental Dalam Negosiasi
Marina juga dikenali sebagai seorang yang tegas dalam rundingan dan acapkali angkat kaki jika permintaan terlampau tinggi. Antara contoh ialah ketika Juventus meminta £80juta untuk Alex Sandro.
Chelsea's interest in Juventus left-back Alex Sandro has stalled after the club was put off by an increased £80m asking price. (Source: Daily Telegraph) pic.twitter.com/bFgptr0Fpm
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 9, 2018
Seorang ejen ada memberitahu Telegraph Sport bahawa:
“Dengan Marina, tidak bermaksud tidak. Itu agak ganjil dalam bola sepak. ‘Tidak’ biasanya membawa maksud “Mari kita berjumpa 20 kali lagi untuk tetapkan harga”. Namun jika Marina berkata ‘tidak’, anda tidak akan dengar berita lagi dari beliau”.
Rumusan
Ketika ramai mengejek kelemahan Chelsea dalam pembaziran £72 juta untuk membeli Kepa Arizzabalaga, ramai terlepas pandang akan sumbangan Marina dalam menstruktur kewangan kelab. Biasa la kadang-kadang terciduk juga, tak gitu?
Sumber: The Athletics