Bagaimana Michael Edwards Menguruskan Perpindahan Rumit Coutinho Ke Barcelona

Pada November 2016 Liverpool melantik Computer Analyst Sebagai Sporting Director. Inilah Michael Edwards. Tengok gambar macam kaki counter strike 1.6.

Dia memang muka skema sikit. Sesuai buat stok ketua kelas.

Klopp ok dengan perlantikan itu. Ini kerana Klopp menyatakan tiada masalah bekerja dengan Sporting Director kerana Klopp masih ada keputusan akhir dalam signing.

Antara tugasan pertama Edwards ketika itu adalah kontrak Coutinho.

Dan ketika itu sempat juga Luis Suarez membuat lawatan beramah mesra bersama Coutinho di Liverpool. Katanya untuk cakap-cakap biasa je, tiada apa pun.

Hai kami jumpa biasa biasa je, sembang hal kampung

Saga Coutinho

Selepas mengetahui Barcelona semakin serius untuk mendapatkan Coutinho, Edwards dan Klopp berjaya memujuk pemain itu merombak kontrak semasa yang masih berbaki 3 musim.

Dengan syarat:

1. Tambah 2 tahun lagi daripada kontrak semasa
2. Remove klausa pelepasan.

Jika setuju Coutinho menerima £8 juta setahun. Itu angka gaji yang besar untuk Coutinho. Coutinho setuju untuk kekal sampai 2022.

Idea untuk memansuhkan klausa pelepasan adalah kerana market semakin menggila. Pada 2016 Wenger memberitahu pemain £200 juta semakin hampir selepas Man. United sign Pogba £89 juta.

Ramai kutuk Wenger cakap dia dah nyanyuk.

Ironinya pada 2017 PSG beli Neymar dengan harga €222 juta / £189 juta. Aktifkan klausa pelepasan. Korang lupa agaknya Wenger ni pakar Soccernomic.

Situasi menjadi semakin rumit

Kau bayangkan sukarnya situasi Edwards. Dia sekarang berdepan dengan unhappy player yang sedang nak melompat keluar tingkap.

Pemain yang nak angkat kaki tu adalah pemain terbaik pasukan serta Marquee player yang Liverpool ada ketika itu.

Kehilangan Neymar membawa kepada minat semakin kuat Barcelona kepada Coutinho. Ini kerana Bartomeu ketika itu mulain hilang undi popular di kalangan fans Barcelona.

Dan dengan mendapatkan Coutinho beliau akan dapat menaikkan sedikit popularitinya. Tak cukup dengan itu, Ernesto Valverde pula jenis yang kalau boleh nak sign semua pemain yang available.

Lalu mereka mahu mendapatkan pemain itu pada jendela yang sama.

Liverpool yang diketuai Michael Edwards enggan menerima bidaan untuk pemain yang baru extend  kontrak. Dan Liverpool mahu membawa kes itu ke FIFA jika Barcelona bertegas nak juga bid Coutinho.

Barcelona membuat 2 bidaan awal yang ditolak oleh Liverpool. Ianya lebih kepada bidaan untuk unsettle si Coutinho ini.

Bidaan pertama – £72 juta
Bidaan kedua – £90 juta

Liverpool kemudian melihat Coutinho mahu ke Barca. Liverpool menyatakan bidaan Barca terlalu rendah daripada apa yang mereka harapkan.

Berapa?

£120 juta.

Edwards memberitahu jika ada £120 juta baru start berbincang. Barcelona menganggap ia satu manipulasi oleh Liverpool yang tahu Barca ada wang Neymar.

Pada 11 Ogos 2017, Coutinho menghantar Transfer request. Klopp menasihatkan Coutinho untuk kekal.

Ini kerana beliau adalah pemain penting dalam  projek baharu Jurgen Klopp.

Coutinho lepas jumpa Klopp dia sejuk la sikit daripada nak pindah.

Liverpool stand firm £120 Juta adalah harga. Ini kerana Liverpool tak ada masa cukup nak cari pengganti. £120 juta tu kira bayaran damage Jika Coutinho pergi.

Selepas itu, Coutinho nak pergi la pulak. Choii. Lalu Klopp dengan terbuka berkata:

“Tino, mung kekal la sini. Kalu mung pegi Barca, mung cuma jadi pemaing biasa. Tapi kalau mung stay dekat Libepul, mung akan jadi lejeng, natiang.”

Lalu bermula tuduhan Liverpool membuli Coutinho dan kempen Free Coutinho di media sosial.

Dan Coutinho buat hal tak nak main beberapa game kerana sakit belakang. Masa nilah EPL mempertimbangkan agar transfer Window tutup pada season bermula.

Coutinho mulai diserang sakit belakang secara tiba tiba. Tanpa angin tanpa ribut ataupun tanpa pengetahuan isterinya. Namun boleh bermain untuk Brazil.

Lebih dahsyat beliau berlari dengan banyak sekali di pusat latihan dan ketika perlawanan. Jarang manusia sakit belakang seperti itu.

Barcelona tampil dengan bidaan ke-3 iaitu £113 juta dan Guilleme Ballague menyatakan Barca yakin Liverpool akan accept. Barcelona menyatakan mereka tak akan sesekali bid £120 Juta.

Liverpool tolak jugak dan pada saat akhir Barcelona bid £118 Juta.

Akhirnya deal gagal!

Coutinho teruskan kelangsungan hidup di Liverpool

Selepas tamat transfer window, Coutinho cergas dan bermain sangat baik. Lalu Klopp yakin pemain itu sudah melupakan apa berlaku pada pra musim.

Barcelona berjaya mendapatkan Ousmane Dembele. Mereka menyatakan menamatkan minat ke atas Coutinho. Paling power, Coutinho siap jadi kapten lagi masa tu.

Ni kalau lari terus keluar stadium ok jugak

Namun selepas tu menuju ke mid season Transfer Window. Coutinho injured lagi dengan keadaan mencurigakan.

Dia tak join team yang bercuti ke Dubai. Masa ini dia nak push perpindahan ke Barca sekali lagi.

Dan di Sepanyol, abang Suarez sudah mencarikan rumah sewa untuk Coutinho. Dahsyat. Dia mendedahkan ketika melawat Coutinho ke Anfield dia sudah mula mengajak pemain itu ke Barcelona.

Hai kami jumpa biasa biasa je, sembang hal rumah sewa pula

Barcelona semakin serius

Ernesto Valverde serius mahukan Coutinho bukan kerana isu Dembele yang injured Dan struggle namun kerana memang dari awal mahukan pemain itu gantikan Iniesta.

Melihat keadaan ini Edwards merasakan Coutinho harus dijual kerana Barcelona menawarkan harga tinggi dan setuju dengan deal £120 juta. Dan perbincangan dilakukan

Awalnya Barcelona setuju Coutinho hanya akan sertai Barca musim 2018/19 kerana Liverpool nak pakai Coutinho untuk UCL. Dia tak boleh main UCL untuk Barca.

Namun Nike buat hal dengan mengiklankan nama Coutinho sebagai pre order. Masa ni Liverpool marah kerana ia melanggar hak imej dengan rakan penaja mereka terkesan.

Liverpool mengugut menamatkan deal serta merta. Barca dan Nike mintak maaf dan berkata ianya satu glitch.

Budak 8 taun boleh la diorang tipu. Kamonlah, ini Peros burger cheese leleh Larkin dia nak tipu phuii.

Coutinho mogok

Mesti korang tak percaya kan budak muka skema, mengugut nak mogok. Tetapi itu berlaku di Liverpool ketika itu.

Liverpool menamatkan perbincangan deal yang sedang berjalan. Dan Coutinho mengugut untuk strike. Lalu Liverpool meminta £140 juta kerana damage dibuat Nike.

Hai membawang aku ke hanat. Aku on da way ke Barca ni

Barcelona hanya membayar angka itu jika Coutinho dilepaskan terus pada Januari.

Liverpool setuju dan memasukkan klausa khas. Ini kerana Liverpool merasakan Coutinho memang terlalu teransang dalam keadaan tegang untuk ke Barcelona.

Deal pun dimeterai. Coutinho milik Barca dengan nilai £140 – £143 juta berdasarkan bonus. Klausa pelepasan €400 juta.

Liverpool memasukkan klausa larangan Barcelona sign mana mana pemain Liverpool dalam 2 musim. Barca setuju.

Klausa ini kerana Nike dan Barca melanggar peraturan dan boleh dituduh cuba tapping up. Umum pemain sebelum deal dimeterai.

Coutinho berjaya ke Barca

Perbincangan masih fasa awal dan Barcelona masih tidak berada dalam fasa dibenarkan bercakap dengan pemain sekalipun.

Dalam perpindahan sepatutnya:

1. Minta kebenaran pemilik nak cakap dengan pemain – masa ni perbincangan awal

2. Bercakap dengan pihak pemain atas izin pemilik

Edwards mendapati ada unsur buli ke atas Liverpool dalam perpindahan termasuk melibatkan Suarez.

Hai saya ada jumpa Hendo juga. Eh salah gambar
Hai kami dah dapat rumah sewa

Barcelona mengganggu Liverpool dalam usaha membentuk pasukan dengan marquee player.

Michael Edward berjaya mendapatkan deal terbaik untuk unhappy player. Klopp pula dikatakan terpaksa menerima walaupun dia kehilangan pemain yang dia sayang.

Klopp tak nak spend terus wang itu kerana melihat situasi Barcelona di mana ramai nak naikkan harga Yahudi bila tahu duit banyak masuk.

Dan Klopp hanya membelanjakan perpindahan itu pada jendela seterusnya. Dan masa itulah datangnya Fabinho, Alisson dan Naby Keita serta pakej Shaqiri.

Itulah kisah Michael Edwards menyelesaikan urusan Coutinho.

Dan pemain itu pun  happily ever after bermain di kelab yang dia sokong dari kecil iaitu FCB ataupun FC Bayern Munich, eh FC Barca. Lepas tu baru dia ke Bayern.

Coutinho sempat membuat lawatan ke Anfield sebelum berpindah ke Bayern. Dan beliau bertuah dapat melihat aksi Lord Origi dalam kebangkitan ke atas Barcelona.

Hai kami melawat lagi. Kali ni abey Suarez tak jumpa siapa siapa ya

Dan itulah cara Edwards yang sukses menjual pemain tak gembira dengan harga yahudi mabuk.

Selamat maju jaya kepada Coutinho. Dan Suarez, lama tak melawat kawan kawan.

Baca yang lain