Bagaimana Moneyball Oleh Wor Fu Leicester Jual 3 ‘Bare’ £190 Juta Bermodalkan £12.8 Juta

Leicester telah menjual seorang lagi pemain mereka dengan harga tinggi iaitu Ben Chilwell yang menyertai Chelsea.

Chelsea membayar £50 juta untuk mendapatkan khidmat pemain itu. Mujur ada diskaun, sebab sebelum ini Leictester meletakkan tanda harga sama dengan Maguire iaitu £80 juta.

Ini membuatkan Leicester kini menjana £200 juta daripada penjualan 3 pemain dalam masa 2 tahun ini. Mereka ialah Ben Chilwell, Harry Maguire dan Riyad Mahrez.

Agak menarik kerana ketiga tiga pemain tersebut secara terkumpul hanya dibeli dengan nilai £190 juta.

Dan kos ketiga tiga pemain itu di bawah £15 juta.

Moneyball oleh Leicester selaku wor fu baharu dalam penjualan pemain

Leicester mendapatkan Harry Maguire dengan nilai £12.3 juta dari Hull City. Mereka kemudian melepaskan pemain tersebut ke Man United dengan nilai perpindahan £80 juta.

Ini menjadikan Maguire sebagai pemain pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak. Maguire kini menjadi kapten Manchester United.

Demo tak kenal bare

Sementara Riyad Mahrez yang tiba lebih awal dari Le Havre adalah sekitar £500 ribu sahaja. Mahrez adalah hasil daripad scouting yang dipasang oleh Leicester di sekitar kelab kelab kecil di Perancis.

Mahrez menjadi nadi penting Leicester dalam memberikan kejuaraan EPL yang tak terfikir dek akal kita semua.

Beliau tidak terus meninggalkan Leicester sebagaimana N’golo Kante. Selepas satu musim bermain UCL bersama Leicester, Mahrez menyertai Manchester City dengan nilai perpindahan £60 juta, semusim selepas Kante ke Chelsea.

Ben Chilwell adalah produk akademi mereka dan ianya adalah percuma.

Pemain yang baru sahaja diumumkan oleh Chelsea sebagai pemain bek kiri terbaru mereka semalam.

Bermakna Leicester hanya bermodalkan £12.8 juta untuk memiliki 3 pemain itu sebelum ini.

Dan pada hari ini mereka sudah mendapatkan £190 juta daripada penjualan 3 pemain tersebut.

Apa yang kita boleh pelajari daripada Wor Leicester

Sebagai perbandingan, pasukan seperti West Ham tak pernah menjual pemain mereka dengan nilai lebih £25 juta walaupun berbelanja agak besar dalam beberapa musim ini.

Apa yang kita boleh pelajari di sini adalah cara Leicester beroperasi sebagai kelab dan juga entiti perniagaan. Mereka akan memastikan kontrak pemain itu sentiasa dinilai.

Pemain seperti James Maddison baru sahaja mendapat kontrak baharu. Dan jika ada pasukan mahukan beliau bermakna Leicester boleh menjual beliau dengan nilai lebih tinggi.

Berbanding dengan pasukan seperti West Ham yang tidak memikirkan tentang isu menjaga nilai pemain dan menjual mereka pada harga dan masa yang betul.

Dalam pada masa yang sama, bangunkan pemain dengan sebaiknya. Ini adalah aset yang boleh memberikan keuntungan berjuta juta kepada kelab.

Baca yang lain