Bagaimana OG Minit Ke-114 Pemain Monaco Ini Buatkan PSG Bukan Lagi Pasukan Liga Utama Eropah

Gol sendiri pemain AS Monaco pada masa ekstra telah menghantar Shakhtar ke peringkat kumpulan UCL dan menjerumuskan AS Monaco ke UEL.

Shakhtar Donetsk membawa bekalan 1 gol daripada perlawanan pertama. Namun di Kharkiv, pasukan pelawat, Monaco tampil lebih dominan.

Monaco mengatasi defisit hanya selepas minit ke-39 perlawanan. Ben Yedder menjaringkan gol minit ke-18 dan ke-39 untuk pasukannya.

Monaco bagaimana tersentak dengan gol pertama Shakhtar Donetsk pada minit ke-74 yang telah mengheret perlawanan ke masa ekstra.

Musim ini kesemua pertandingan eropah tanpa sistem jaringan gol tempat lawan.

Ketika perlawanan berbaki 6 minit pada masa ekstra, pemain Monaco, Ruben Aguilar tertampan bola ke gawang sendiri.

Own goal itu antara own goal paling malang. Di mana pemain Shakhtar cuba melakukan cut back tetapi dipintas Aguilar dan bola terus melayang masuk.

Lebih malang apabila Ligue 1 yang sarat dengan bintang dunia di PSG serta baru menerima kedatangan Lionel Messi kini ditolak ke ranking keenam dalam senarai UEFA Coefficient ranking.

Ini adalah ranking sebelum Monaco disingkirkan daripada kelayakan UCL.

Beza mata di antara Ligue 1 dan Liga Portugal sangat kecil jurangnya.

Dan selepas penyingkiran oleh AS Monaco, Ligue 1 kini  bukan lagi 5 liga utama Eropah. Mereka terus hilang status lima liga utama Eropah ataupun hanya disebut sebagai liga utama Eropah — hanya dalam masa satu malam.

Ini adalah kedudukannya:

Itu bukan perkembangan yang baik dalam bola sepak Perancis. Dominasi terlampau PSG dalam beberapa musim ini sebenarnya tidak membantu liga mereka secara keseluruhan walaupun musim lalu Lille menjadi juara.

Ligue 1 perlukan pasukan pasukan lain yang lebih baik dan lebih kuat, lebih daripada sekadar PSG.

Malangnya, kelab kelab lain seperti Monaco yang sebelum ini sangat kuat, kini menjadi semakin tidak kompeten.

Nampaknya opta selepas ini tidak akan menyertakan Ligue 1 dalam statistik yang berkaitan lima liga utama eropah. Ataupun terpaksa menggunakan sebutan enam liga utama Eropah?

PSG kini bukan kelab yang bermain di Liga utama Eropah lagi. Termasuk wajah wajah kesayangan peminat seperti Donnarumma, Di Maria, Neymar, Mbappe, Messi, Laki Wanda Nara, Wijnaldum, Sergio Ramos dan ramai lagi.

Paling menarik, Liga Perdana Inggeris kini mengatasi La Liga sebagai liga di ranking tertinggi dari kalangan lima liga utama Eropah.

Serie A berjaya mengatasi Bundesliga untuk menduduki tangga ketiga walaupun Bayern Munich menjuarai UCL pada dua musim lalu.

Kepada Messi, Ramos, Neymar, Mbappe dan seluruh pasukan PSG, kami hanya dapat berpesan:

Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu

Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni…

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari