Satu pemandangan luar biasa apabila Paris Saint Germain bertemu tuan rumah Olympique Marseille pada pusingan 16 terakhir Piala Perancis 2022/23. Ianya kerana nombor jersi Lionel Messi.
Messi sinonim dengan nombor 10. Selama bertahun-tahun dia menggunakan nombor ikonik itu di Barcelona, dia lebih banyak menggunakan nombor itu di dalam kariernya berbanding nombor lain, termasuk ketika berada dalam pasukan kebangsaan Argentina.
Tetapi sejak hari pertama di PSG, dia terpaksa mengalah. Messi memutuskan untuk memakai nombor 30 ketika di Les Parisiens.
Sebabnya, ada Neymar jr yang telah lama menggunakan nombor 10 di kelab tersebut.
Messi diberikan nombor 30 atas permintaannya menandakan nombor yang pernah dia gunakan ketika di Barca pada awal kariernya.
Itupun sebenarnya memerlukan kebenaran khas Ligue 1 memandangkan no.30 sepatutnya hanya digunakan oleh penjaga gol.
Tetapi kerana itu adalah Messi, maka Ligue 1 memberikan kelonggaran dan pengecualian khas.
Satu lagi perkara unik yang kita boleh belajar daripada peraturan nombor jersi di Perancis adalah ketika Messi memakai no.10 pada aksi berdepan Marseille.
Aksi digelar Le Classique itu berlangsung di Stadium Velodrome.
Kenapa?
Ini kerana termaktub dalam peraturan Piala Perancis berbunyi:
“Peraturan dalam Coupe de France menyatakan pemain permulaan / kesebelasan utama mesti memakai nombor jersi dari 1 hingga 11.”
Ini bukanlah kali pertama Messi menggunakan jersi 10 dalam Piala Perancis ketika ketiadaan Neymar.
Sebelum ini, menentang Nice, dia juga menyarung jersi nombor 10.
Namun kali ini agak unik kerana Neymar berada di atas padang. Dan dia membenarkan Messi memakai no.10 dan Neymar memakai no.11.
Ramai peminat teringat gandingan itu ketika di Barcelona ketika Messi memakai no.10 dan Neymar dengan no.11.
Di atas padang, PSG terpaksa mengakui akur kepada pesaing mereka. Skuad Christophe Galtier tewas 1-2 kepada Marseille.
Kini PSG akan menumpukan usaha mempertahankan kejuaraan liga dan UCL.