Bagaimana Personaliti Dan Karektor Jurgen Klopp Terbina

Jens Haas masih mengingati, dia dapat merasakan rakan sekelasnya -Jurgen Klopp- mempunyai kebolehan yang mampu menjadi pengurus bola sepak satu hari nanti.

Pada ketika itu mereka berusia 11 tahun. Bermain bola sepakmuntuk pasukan remaja SV Glatten dan pasukan kegemaran mereka adalah Stuttgart.

Sejak kecil Jurgen suka menganalisis

Mereka berdua memdengar salah satu siaran langsung melibatkan perlawanan pasukan tersebut melalui siaran radio.

Jurgen mula menganalisis taktik Stuttgart – dan mencadangkan beberapa pertukaran pemain untuk mengubah permainan.

Beberapa saat kemudian, pengulas mengesahkan bahawa apa yang ‘dicadangkan’ berkaitan pertukaran pemain oleh Klopp sedang dibuat.

“Saya kagum dengan pengetahuan dan pemahamannya mengenai permainan,” kata Haas.

“Kadang-kadang saya fikir dia sudah menjadi jurulatih.”

Ia menjadi pentunjuk pertama bahawa Klopp akan menjadi pengurus bola sepak moden satu hari nanti.

Dia sangat dihormati di Mainz 05, dimana tempat dia bergelar sebagai pemain dan seterusnya pengurus pasukan.

Klopp berjaya membawa pasukan ini naik ke Bundesliga buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Di Borussia Dortmund, Klopp berjaya mengenepikan Bayern Munich dan di Liverpool, beliau membawa trofi liga juara eropah ke-6 untuk kelab tersebut.

Beliau kemudiannya selangkah lagi untuk memberi kejuaraan pertama Liga Perdana Inggeris sejak sekian lama sebelum masalah Covid-19 muncul.

Seorang yang mesra dan bersemangat

Pengendali dari Jerman ini juga dikenali sebagai seorang yang sangat mesra dengan pemain, pegawai kelab, peminat dan wartawan.

Sentiasa tersenyum dan mempunyai reaksi tubuh yang bersemangat.

Para penyokong sangat percaya dengan pelaburan semangat dan emosi Klopp untuk menterjemahkan impian mereka.

Terdapat banyak cerita tentang personaliti dan cara Klopp dalam perjalanannya sepanjang berada di Anfield.

Semuanya bermula di Glatten

Cerita itu bermula di Glatten, sebuah kampung Black Forest yang indah di mana dia menghabiskan tahun-tahun pembesarannya.

Seorang wartawan bertemu Haas bertentangan dengan kedai roti, di sebelah air yang mengalir ke Sungai Glatt, di mana kampung itu mengambil namanya.

Di sinilah Jurgen, Jens dan rakan sepasukan SV Glatten berkumpul sebelum melakukan perjalanan perlawanan di tempat lawan.

Klopp membesar di barat daya Jerman, sebuah kawasan bukit-bukit Swabia yang jauh dari kawasan industri dan intensiti seperti Mainz, Dortmund atau Liverpool.

“Orang di sini sangat tenang dan padat,” kata Haas.

“Mereka berhati-hati dengan wang.”

“Mereka suka bekerja dan mereka menilai orang dengan apa benda yang mereka lakukan.”

“Orang Swabia mengambil sedikit masa untuk menerima orang baru, tetapi apabila anda berkawan dengannya, anda akan menjadi kawan seumur hidup.”

“Di sini adalah tempat yang sangat baik untuk membesar.”

“Anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan anda boleh memberi tumpuan kepada apa yang anda mahu lakukan.”

Klopp mempunyai kakak perempuan yang dianggap sebagai ibu ke-2 dalam hidupnya.

Semangatnya dari ayah, ketenangan dari ibunya

Ayahnya Norbert – seorang jurujual dan bekas penjaga gol amatur – yang menggalakkannya untuk bersukan.

“Norbert mempunyai pengaruh yang besar terhadapnya, dia yang membentuknya,” kata jurulatih pertama Klopp, Ulrich Rath

Rath mengasaskan pasukan Glatten Bawah 11 tahun pada 1972. Kedua-dua anaknya iaitu Ingo dan Harti bermain bersama Klopp dan Jens.

“Ia penting untuk mengetahui bahawa Norbert Klopp tidak dilahirkan di Glatten, beliau datang dari Rhineland-Palatinate, berhampiran dengan Mainz.”

“Orang-orang dari kawasan itu meraikan pesta. Di Glatten dan Black Forest, tidak,” tambahnya.

“Norbert sangat aktif di kelab ini. Pertama, dalam bola sepak dan kemudian tenis. Dan Jurgen mengikut semangat dari bapanya.”

Ibunya orang asal Glatten, dari keluarga yang sudah lama menetap disitu.

Orang-orang dari Black Forest adalah orang yang tenang dan santai. Mereka selalu bekerja keras. Mereka sentiasa mempunyai keinginan yan kuat.

“Apabila Jurgen melakukan latihan, saya dapat melihat Norbert di dalamnya,”

“Tetapi apabila dia pulang ke rumah, dia mendapat kedamaian dan ketenangan. Mengumpul kekuatannya, itulah adalah ibunya.”

Klopp merupakan pemain tengah dan kapten pasukan remaja SV Glatten.

Beliau beralih ke kelab TuS Ergenzingen, sebuah pasukan yang lebih besar dan berada 15 batu jarak dari rumahnya.

Lelaki yang terkenal di Black Forest

Rath menggambarkannya sebagai bad loser tetapi pemimpin semulajadi.

Dia sentiasa berada di barisan hadapan dan dia akan bercakap apabila merasakan ada sesuatu tidak betul- kata Rath yang kini berusia 79 tahun itu.

“Kami mempunyai hubungan yang baik. Dia bercita-cita tinggi. Dan dia akan selalu memberitahu rakan sepasukannya let’s go and push them

Klopp menjadi lelaki paling terkenal di Black Forest ketika dia mengetuai Borussia Dortmund meraih Bundesliga pada tahun 2011.

Foto Klopp ketika era perdananya di Dortmund, ditandatangani dan didedikasikan kepada penduduk tempat kediamannya, duduk dengan bangga di antara trofi dan memorabilia yang lain.

Sekitar 1981, pasukan yang mewakili kampungnya pernah menggunakan jersi berwarna kuning-hitam.

Semasa orang ramai sedang bersorak, Klopp naik ke pentas untuk memberi ucapan sebelum berbual dengan penduduk di tempat zaman kanak-kanaknya.

“Ia sangat mengagumkan” kata Haas

“Satu minit dia menjadi jurulatih profesional di Dortmund dan kemudian dia menjadi rakan kepada rakan sekelas lama.

“Dia menjadi subjek menarik di kampung itu dan dia bercakap dengan orang kampung dalam dialek tempatan.”

Sementara itu Rath jarang dapat melihat Klopp sehingga hari ini tetapi menjadi emosi apabila dia teringat panggilan telefon kejutan dari bekas anak muridnya pada hari ulang tahunnya yang ke-75.

“Dia mengucapkan tahniah kepada saya dan berharap semua yang terbaik untuk saya,” kata Rath, sambil menahan air mata.

“Ini rumahnya dan dia tidak pernah melupakannya.”

Karier lewat Jurgen bertaraf pemain biasa

Selepas meninggalkan Glatten, Klopp bermain untuk beberapa kelab amatur, termasuk Rot-Weiss Frankfurt, sambil menyambung pengajian peringkat ijazah dalam sains sukan di universiti di bandar itu.

Pada tahun 1990, ketika berusia 23 tahun, dia berpindah 30 batu ke barat untuk menandatangani kontrak semi profesional dengan pasukan divisyen 2, Mainz 05 di bawah pengawasan ketua kelab Michael Schumacher.

“Klopp adalah pmain biasa pada masa itu, dalam kedua-dua bahagian penampilan dan keperibadian,” ketawa pemain berusia 62 tahun itu sambil duduk di suite korporat stadium 34,000 tempat duduk baru Mainz.

Simbol berkilauan peningkatan dramatik kelab di bawah pengurusan Klopp.

“Dia selalu memakai jeans dan baju T-shirt. Dia sangat ringkas dan tiada tekanan.”

“Ketika dia menyertai kami, dia adalah seorang penyerang,” tambah Schumacher.

“Dia laju dan sangat baik menggunakan kepala tetapi dia bergelut dengan bahagian teknikal permainan.”

“Sukar untuk dia, apabila stadium mengumumkan namanya, para peminat akan membuat bunyi dan boo

Saya teringat selepas perlawanan kami duduk di kolam renang dan Klopp berkata kepada saya.

‘Apa yang boleh saya lakukan?

Jurulatih selalu mahu menurunkannya. Dia tahu dia bukan pemain paling hebat, tetapi dia melakukan apa yang dikatakannya.

Bakatnya berada di tempat lain, pengurus

Dibawah bimbingan jurulatih yang berpengaruh, Wolfgang Frank, Klopp ditukar menjadi pemain pertahanan.

Dengan ketinggian 6 kaki 4 inci Klopp meraih 325 penampilan dalam kariernya selama sedekad di Mainz.

Tetapi keputusan mengejut untuk menjadikan Klopp sebagai pengurus pasukan benar-benar mengeluarkan kemampuan sebenarnya.

Mainz sedang berhadapan penyingkiran ke divisyen 3 bola sepak Jerman ketika presiden Harald Strutz membuat pengumuman berani pada Februari 2001.

Pada musim tersebut Mainz telah menggunakan 3 khidmat pengurus untuk mengendalikan pasukan namun tetap berhadapan dengan zon pemyingkiran.

Klopp menjadi pengurus yang ke-4 dalam tempoh kurang 12 bulan.

“Kami mempunyai perlawanan yang sangat penting dan kami berkata jika tiada pengurus yang berada di sini untuk membantu pasukan, kami perlu melakukannya sendiri.”

“Jurgen Klopp penuh semangat, lelaki biasa dengan keperibadian istimewa, anda dapat melihat dalam semua perlawanan yang dipimpin olehnya, anda dapat melihat penyokongnya sangat kagum dengan keperibadiannya.”

“Kami membuat keputusan untuk menjadikannya pengurus dan itu adalah satu ledakan emosi bagi semua orang yang tinggal di bandar ini dan dia mula membina masa yang hebat bersama kelab ini.”

Klopp membuat impak segera sebagai pengurus. Mainz mengalahkan Duisburg 1-0 dalam perlawanan pertamanya dan memenangi 6 daripada 7 perlawanan untuk mengelak zon penyingkiran.

Pada dua musim seterusnya, Mainz mencabar untuk mendapat promosi ke Bundesliga sehingga hari terakhir kempen, namun berakhir dengan situasi menyakitkan.

Pada musim penuh pertamanya, Klopp hanya kurang 1 mata dibelakang pasukan yang mendapat promosi. Seterusnya Mainz 05 kurang 1 jaringan untuk meraih slot promosi selepas teringat mata.

Ketika 15,000 peminat berkumpul di hadapan dataran utama Mainz, Klopp bercakap dari hati.

“Semua orang menangis, tetapi Jurgen naik ke pentas dan memberitahu mereka bahawa mereka akan kembali kuat dan mencuba lagi.”

“Ia sangat mengagumkan untuk semua orang mendengar dan melihat kekuatan seperti itu.”

Air mata berubah menjadi kegembiraan pada musim berikutnya apabila Mainz akhirnya memperolehi promosi pertama mereka ke Bundesliga.

Selepas menyelamatkan Mainz dari tersingkir, mencabar slot promosi pada 2 musim berturut-turut akhirnya Klopp menjulang pasukan ini pada musim ke-4 sebagai pengurus pasukan.

Mainz ke Bundesliga pertama dalam sejarahnya.

“Saya boleh berjanji bahawa kami mempunyai petang yang indah,” kata Strutz

“Jurgen selalu memberitahu saya dia selalu mempunyai imej saya yang dia tidak akan pernah lupa.”

“Berdiri di sebuah pub pada pukul 3 pagi dengan gembira, tersenyum, ketawa dan minum.”

Mainz menghabiskan masa 3 musim yang hangat di Bundesliga, masa yang cukup untuk Klopp mendalami ilmu taktikalnya dan dia menjadi antara lelaki paling berkuasa dalam bola sepak Jerman.

“Apabila anda menentang Mainz, ia sangat sukar untuk mengalahkan mereka kerana mereka mempunyai banyak semangat,” kata Hans-Joachim Watzke, ketua eksekutif daripada Borussia Dortmund.

Bagi pandangan umum, dia membuat kesan yang besar semasa Piala Dunia 2006 ketika Klopp menjadi penganalisis di kaca Televisyen.

Bagi orang Jerman, ia adalah satu perkara baru melihat lelaki ini mempunyai kecekapan yang tinggi untuk analisis tetapi juga menjadikannya satu hiburan dan menimbulkan banyak daya tarikan.

Luarbisa di Mainz dan seterus Dortmund

Selepas mengalirkan banyak air mata ketika dia mengucapkan selamat tinggal kepada peminat di lapangan utama Mainz, Klopp menyertai Dortmund pada 2008.

Klopp segera membina ikatan rapat dengan yellow Wall,  peminat kelab di Westfalenstadoin yang berkapasiti 80,000.

Dengan trademark heavy metal bola sepak sambil menjerit dan memberi isyarat dari luar kawasan teknikalnya, Klopp menjadikan pasukan Dortmund yang bergelut menjadi salah satu tempat paling menarik bola sepak Eropah.

Memenangi gelaran Bundesliga pada tahun 2011 dan menyusulinya kejuaraan berganda pada tahun 2012.

“Dia memberikan semangat baru kepada pasukan,” kata Watzke.

“Dia menampilkan satu lagi gaya bola sepak. Agresif, menekan dengan tenaga dan dengan memenuhi ruang berdekatan dengan bola.”

“Para peminat dan pemain menyukainya dari saat pertama. Seluruh bandar, seluruh rantau ini tidak dapat dikawal.”

Status superstar Klopp dirumuskan dalam satu rakaman kamera dari helikopter kemuncak perarakan memenangi gelaran Dortmund pada tahun 2011.

Dengan lagu Kloppo du Popstar, Klopp muncul dari awan asap, menari dia atas pentas dan menendang bola ke arah penonton.

“Dia menjadi salah seorang lelaki paling terkenal di Jerman,” kata sahabat dekat Uli Graf,

Sementara itu penulis dan penerbit lagu Kloppo du Popstar mencapai angka dua dalam carta di Jerman.

“Tetapi dia tidak mahu menjadi bintang pop, dia orang lelaki – budak lelaki dari Black Forest yang menjadi wira.”

Juga berbakat dalam bidang pemasaran

Graf mengatakan bercuti dengan Jurgen Klopp merupakan keseronokan terbesar yang boleh anda miliki.

“Anda akan ketawa, bergurau, anda boleh bercakap mengenai politik, sukan,” katanya.

“Dia seorang yang cerdas dan bijak, anda tidak perlu takut apa yang anda mahu katakan.”

Jurulatih bola sepak yang hebat, penari yang baik dan teman percutian yang ideal. Tetapi bakat Jurgen Klopp tidak berakhir di situ.

Sekiranya penaja Borussia Dortmund tidak sabar-sabar untuk memperbaharui perjanjian mereka, mereka akan menerima panggilan peribadi dari Klopp sendiri.

“Jurgen Klopp adalah impian seorang lelaki pemasaran,” kata Carsten Cramer, yang merupakan ketua pemasaran selama tujuh tahun di Borussia Dortmund dan kini sebagai pengarah urusan.

“Orang seperti dia yang bekerja di kelab seperti Borussia Dortmund adalah sempurna. Dia mampu memberikan kelab ini melalui identitinya.”

“Dia adalah senjata yang serba sempurna dan dia menyokong kami dengan cara yang hebat.”

“Penaja begitu tersentuh apabila pengurus Dortmund membuat panggilan mereka dan melanjutkan penajaannya.”

Selepas 5 tahun berpisah, Cramer dan Watzke tetap berkawan dengan Klopp dan menjadi tetamu di Kiev dan Madrid untuk kedua-dua final Liga Juara-Juara Liverpool di bawah pengendali Jerman ini.

“Sekiranya anda bekerjasama dengan orang seperti Jurgen selama 7 tahun, tipu untuk mengatakan anda tidak merindukannya. Dia adalah seorang yang luar biasa,” kata Cramer.

“Tetapi untuk melihat bagaimana dia memberi harapan dan kuasa bukan sahaja kepada Kelab Bola Sepak Liverpool tetapi juga kepada seluruh bandar, itu menjadikan kami sangat bangga.”

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi