Bagaimana Presiden Duterte Memerangi Dadah Di Filipina

Sebuah dokumentari terbitan National Geographic berjudul, The Nightcrawlers berjaya tersenarai dalam senarai pendek untuk pencalonan Oscar 2019.

Mungkin ramai yang dah menyaksikan dokumentari bagaimana Presiden Rodrigo Duterte di Filipina memerangi masalah najis dadah di negaranya.

Mereka menggunakan cara yang sangat agresif dan dianggap kejam bagi sesetengah orang.

Namun alasan, Duterte adalah, beliau akan melakukan apa sahaja untuk memerangi dadah, kerana ia barah kepada negaranya.

Duterte menggelar ia Operation Double Barrel.

The Nightcrawlers memaparkan realiti kenaikan angka kematian kerana kempen memerangi dadah yang diisytiharkan oleh Presiden Rodrigo Duterte.

View this post on Instagram

Thank you PCP.🙏🏼 Press Statement Aug. 1, 2016 The Photojournalists' Center of the Philippines is compelled to issue this statement following concerns raised, mostly in anonymous social media posts, that put doubt on the integrity of news photos of victims of summary executions that appeared in newspapers and news sites in recent days. After looking into the photographs in question and after holding conversations with some of the journalists who have been covering the night shift, we assure the public that there is no reason to doubt the truthfulness and the integrity of the photographs. We are convinced that the photojournalists, especially those covering the police beat in Metro Manila, have been relentless in doing their job to bring out the right information that will benefit the public. There is no truth to insinuations of manipulation of photos or staging or setting up of the scene of the crime. Those who think they know better than those who are on the scene – including the police, the first responders, and the bystanders – are only deceiving themselves. We stand by our photojournalists. Joe Torres Chairman, Photojournalists' Center of the Philippines ––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––– Caption: Jennilyn Olayres holds her partner alleged drug pusher Michael Siaron, a pedicab driver, who was shot and killed by unidentified riding in tandem suspects along LRT Pasay Rotonda, Edsa on July 23, 2016. #PCP #statement #photojournalism #philippines #killings #stopthekillings

A post shared by Raffy Lerma (@raffylerma) on

Ada yang melaporkan angka korban dala masa 3 tahun mencecah lebih 20,000 nyawa. Mereka yang dibunuh adalah pengedar dan juga pembeli, ataupun penagih dadah.

Kerajaan mengamalkan polisi drastik iaitu “shoot then ask” serta ‘shoot to kill’, membuatkan ada yang tidak pasti sama ada si mati benar-benar pesalah.

Polis bertopeng menjadi pemburu pengedar dan penagih dadah. Ada juga pembunuh upahan yang menjalankan tugas untuk mendapatkan ganjaran daripada kerajaan jika membunuh pengedar dan penagih dadah.

Cara Presiden Duterte itu sangat brutal. Ramai yang menyokongnya dan ada ramai juga yang mengkritiknya.

Dalam The Nightcrawlers, ada beberapa wartawan dan jurugambar yang mendedahkan di sebalik kempen perangi dadah oleh Duterte.

Mereka cuba merungkai konflik dihadapi oleh kedua – dua pihak. Mereka cuba menceritakan berdasarkan kacamata mereka selaku pengamal media.

Berdasarkan sinopsis, dokumentari ini mahu mendedahkan realiti sebenar di sebalik kempen memerangi dadah ini merangkumi apa sahaja, termasuk korban nyawa.

Wartawan veteran, Raffy Lerma mengetuai kumpulan ini.

Lerma berkata kepada Huffington Post: “Kami hanya menjalankan tugas kami. Ianya sebahagian daripada sejarah negara. Mungkin sejarah hitam untuk Filipina, tetapi kami harus menunaikan tanggungjawab kami.”

Dokumentari ini diarahkan oleh Alexander Mora dan diterbitkan oleh penerbit yang pernah memenangi anugerah, Joanna Natasegara.

Dokumentari ini mahu memaparkan realiti dari kedua-dua belah pihak. Pada sipnosis turut ditulis: ‘Mendedahkan kisah sebenar yang mengerikan di sebalik perang Duterte.”

Dokumentari ini ditayangkan secara atas talian menerusi aplikasi Nat Geo TV. Namun untuk negara-negara di luar Amerika Syarikat ianya adalah konten yang tidak boleh ditayangkan.

Korang layanlah trailer di sini. Layan trailer pun dah rasa power benda ni.

Korang boleh juga layan banyak filem dokumentari pendek lain untuk perang dadah Duterte ni kalau korang nak.

Yang bawah ni ok jugak:

 

Sumber: Mashable

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan